BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 5, 2011

SASTERAWAN NEGARA KE -11 --- UNTUK SUHAIMI HAJI MUHAMMAD SAHAJA

 Sasterawan Suhaimi Haji Muhammad

Malang sungguh dunia sastera Malaysia kini kerana politik sudah mendominasi dan menjadi teguh didalamnya. Sastera kini bukan lagi diertikan untuk seni atau masyarakat, tetapi lubang najis untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh. Kasar ayat-ayat namun itulah realitinya .... pelbagai anugerah dan gelar wujud di negara kita namun permata sebenar dalam dunia sastera terus dibuang di terbiar hina. Itulah sastera politik. Lambang cara pengurusan sastera negara yang semakin hina dan bodoh.

Saya merasakan gelar Sasterawan Negara ke-10 dan ke-11 hanya layak dinobatkan kepada sasterawan Suhaimi Haji Muhammad dan bukannya penyandang sedia ada ( SN-10 ) dan yang baru menerimanya ( SN - 11 ).  Ketika diumumkan Anwar Ridhwan sebagai SN ke 10 dahulu, saya merasa begitu jengkel kerana beliau masih terlalu awal untuk diiktiraf. Namun akhirnya saya menerimanya dengan redha dan yakin untuk Pak Suhaimi akan dinobat untuk gelar ke-11. Namun ketika sahaja gelar Sasterawan Negara ke-11 diumumkan beberapa hari yang lalu.... sekali lagi saya mencebik.... orang lain yang ternobat dan bukannya Pak Suhaimi Haji Muhammad !!!

Kenapa dan apa kriteria pemilihan Sasterawan Negara itu saya tidak tahu. Mungkin kerana Pak Suhaimi bukan seorang sarjana bertaraf profesor atau beliau tidak mempunyai title '' Datuk'' di pangkal namanya menyebabkan beliau dipinggir terus dari gelar terhormat itu. Atau mungkin juga puisi-puisi beliau terlalu bersifat surelisma dan mistik sehingga menyebabkan tokoh-tokoh sasterawan agung, profesor-profesor bertaraf dunia ( walaupun hakikatnya agung di Malaysia sahaja )  terus meminggirkan nama beliau.

Jangan nanti apabila Pak Suhaimi mati baru kita hendak mengenang ketokohan beliau. Belajar dari kematian sasterawan Shaharom Hussain yang mati tanpa gelar SN. Begitu juga dengan nama-nama besar lain yang terus mati tanpa gelar. Kebobrokan politik sastera membunuh sastera tanpa sedar. Saya hanya melihat dan mengulas dari kaca mata seorang yang jahil. Namun percayalah .... Suhaimi Haji Muhammad jauh lebih mendahului dan berwibawa dari SN -10 dan SN -11 dan beliau jauh lebih layak dari mereka.

6 ulasan:

Iskandar Suhaimi said...

Bapa saya telah pulang ke rahmatullah. Kami bersyukur yg perkataan akhir beliau adalah Allah, Allah. Beberapa jam sblm itu beliau panggil adik sy sbb ada perkara penting yg hendak dicatit. Waktu itu pukul 2 pg dan adik ingatkn arwah ingin tuliskn bait sajak. Tp kata arwah perkara yg terpenting yg ingin ditulis nya ialah Lailahaillallah,muhammadurrasulullah. 2 jam kemudian beliau meninggal dunia di sisi kami. Kali juga bersyukur krn 2 hari sblm meninggal, arwah sakit perut dan kurang makan, dan mudah urusan mandinya. Dan beberapa hari smlm pergi telah bayar zakatnya. Moga Allah ampun kn dan redha kpdnya. Amin

hafez j malim said...

Salam Tuan Iskandar Suhaimi.
Jutaan takziah dari saya Hafez J.Malim atas pemergian ayahanda sdra. Sebak saya sendiri mendengar kisah yang tuan coretkan. Alhamdulillah Allahyarham Pak Suhaimi pergi dengan cara yang indah. Semoga rohnya dicucuri rahmad. InsyaAllah. Juga bermohon maaf atas kegagalan menaikkan allahyarham ke atas gelar yang sepatutnya itu. semoga sdra dan keluarga terus kuat dan tabah..

ves said...

alfatehah utk allahyarham ayah suhaimi..
al fatehah~
we love you pak mi~

Hanom said...

Assalamualaikum Iskandar,
Salam Takziah dan Al-Fatihah untuk seorang guru yang pernah berbakti di Sekolah Rendah Kebangsaan Tambun, Perak. Saya anak muridnya dari tahun 1969.

Saya mengikuti karyanya di akhbar-akhbar. Saya pernah beberapa kali bercakap melalui telefon semasa Arwah bertugas di DBP. Setelah arwah bersara saya sesekali teringat dan cuba mencari.

Semalam 3/09/2014 saya mencarinya lagi dan goggle. Sudah terlewat rupanya, ya! dia telah meninggalkan kita semua untuk bertemu kekasih sejati.(Januari lalu saya masih di Southampton, UK.

Sekali lagi salam untuk seisi keluarga. Di doakan semoga Arwah tergolong di antara hambaNya beriman, di ampunkan segala dosa dan sejahtera di sisiNya Yang Maha Pencipta.... ameen!!

alb said...

Salam takziah dari jauh buat Tuan Iskandar Suhaimi sekeluarga daripada saya A Latiff Bidin yang pernah jadi "anak didik" Allahyarham ayahanda tuan. Ribuan maaf sebab saya yang berkelana di luar negara baru tergerak utk ggogle nama Allahyarham dan baru tahu berita sedih ini. Saya banyak belajar daripada Allahyarham namun memilih untuk menjadi penterjemah..
Doa saya semoga Allahyarham dicucuri rahmat Kekasih sejatinya dan diletakkan dalam kalangan umat pilihan-Nya. Amin

Rhetorics and Phonetics said...
This comment has been removed by the author.