BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 25, 2011

Kembara Melihat Pekan - Pekan Lama 3 : Pekan Kota Bharu


Jangan salah faham... nanti marah pula orang-orang Kelantan bila saya menyebut Kota Bharu sebagai pekan lama. Kota Bharu yang saya maksudkan bukanlah ibu negeri Kelantan Darul Naim, tetapi adalah Kota Bharu yang terletak tidak jauh dari bandar Gopeng didalam negeri Perak Darul Ridzuan. Rasanya bagi penduduk negeri Perak Darul Ridzuan juga agak asing dengan kedudukan pekan ini. Saya sendiri mengakui bahawa inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pekan Kota Bharu ini. Mari ikuti catatan perjalanan saya. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan.

Selepas sahaja keluar dari simpang pekan ke pekan Malim Nawar, saya meneruskan perjalanan saya ke destinasi seterusnya iaitu menghala ke utara. Sasaran saya ialah pekan Kota Bharu yang terletak tidak jauh dari bandar Gopeng. Namun untuk ke pekan ini kita kan melalui satu jalan yang sunyi. Hanya sesekali sahaja motosikal saya berselisih dengan kenderaan lain. Pada awalnya agak ragu-ragu juga diri saya untuk ke pekan ini. Namun saya gagahkan juga hati dan perasaan saya untuk melihat sendiri pekan kelahiran kartunis tersohor Malaysia ini iaitu Dato' Lat.

Sampai sahaja ke pekan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah sunyi, sepi dan tenang. Namun dapat saya rasakan, dahulu ia sebuah pekan yang agak hidup dengan aktiviti penduduknya. Namun kini ia seolah-olah menunggu masa sahaja untuk mati. Sebuah balai polis yang pada saya agak besar tidak sesuai dengan saiz pekan ini menyambut kehadiran saya. Pelik juga saya... hanya beberapa orang manusia sahaja yang saya temui di pekan ini. Itupun memandang saya dengan pandangan yang tajam.

Balai Polis Pekan Kota Bharu

Pekan Kota Bharu bolehlah disifatkan sebagai sebuah pekan perkampungan. Setelah melintasi balai polisnya, nun jauh disana dapat dilihat sebuah jejambat merintangi pekan ini. akibat dari projek pembinaan  landasan berkembar. Dalam fikiran saya sudah pasti pekan ini akan terputus dua seperti yang terjadi terhadap pekan Malim Nawar dan Tanjong Malim. Tekaan saya tepat, memang pekan ini terputus dua. Namun sesuatu yang melegakan saya ialah, rumah kedai lamanya masih wujud dan masih boleh dilihat. Namun keadaannya agak uzur. Sempat saya merakamkan gambar-gambar kenangan rumah kedai yang terdapat di pekan ini.
 

Rumah kedai klasik yang masih terdapat di pekan Kota Bharu.
Dapat dilihat jejambat yang merintangi landasan keretapi 
yang memisahkan pekan ini kepada dua bahagian.

Rumah kedai di pekan Kota Bharu

Saya juga sempat meninjau kawasan di seberang landasan keretapi. Rupa-rupanya masih ada rumah kedai yang uzur. Ia kelihatan seperti sebuah kedai makan. Seperti biasa ianya tetap sunyi dan tiada manusia yang kelihatan. Apa yang menarik perhatian saya ialah kewujudan papan tanda jalan yang tertulis JALAN PANGGUNG. Errmm.. ini mungkin bermakna satu ketika dahulu di pekan ini terdapat sebuah panggung wayang. Lokasinya tidak pula saya berjumpa.

Antara rumah kedai lama 

Papan tanda jalan yang tertulis JALAN PANGGONG 
di hadapan deretan rumah kedai lama

Apa yang menyedihkan ialah jalan-jalan di sekitar pekan ini adalah tidak berturap denganh sempurna. Malahan di sesetengah kawasan hanya jalan pasir sahaja yang ada. Pekan Kota Bharu kelihatan terlalu uzur. Namun demikian, terdapat sebuah klinik kesihatan kecil di pekan ini. Rasanya itu sahaja kemudahan kesihatan yang ada di pekan ini. Oleh kerana kedudukan pekan ini berhampiran dengan bandar Gopeng, secara tidak langsung penduk-penduduk di sini lebih selesa membeli - belah di bandar Gopeng. Saya tidak menjumpai pejabat pos di sini. Sebuah masjid yang agak besar menjadi bukti bahawa penduduk Kota Bharu adalah mejoritinya terdiri dari Melayu Islam.

Klinik Kesihatan Kota Bharu

Masjid Jamek Kota Bharu

Dari tinjauan didalam internet saya mendapati suatu ketika dahulu terdapat sebuah stesen keretapi di Kota Bharu. Besar juga harapan saya supaya stesen keretapi lama Kota Bharu masih wujud sebagai suatu tinggalan sejarah yang berharga. Namun demikian apa yang saya fikirkan itu tidak menjadi kenyataan. Sebuah stesen keretapi baru telah dibina bagi mengantikan stesen yang lama. Namun demikian stesen keretapi baru ini tidak lagi digunakan untuk penumpang tetapi khusus untuk perkhidmatan barang sahaja. Lesu fikiran saya. Nampaknya stesen-stesen keretapi lama semakin hilang dari pandangan.

Pintu masuk ke stesen keretapi baru pekan Kota Bharu

 Stesen keretapi Kota Bharu Perak baru yang
hanya mengendalikan perkhidmatan barangan sahaja.

Papan tanda stesen keretapi lama Kota Bharu
( http://zkeretapi.blogspot.com/ )

Apa yang menarik perhatian saya ialah kewujudan bangunan-bangunan kuarters kerajaan lama yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. Pada pandangan saya berkemungkinan bangunan lama ini dahulunya milik pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB ). Namun kini ianya telah dijadikan sebuah taman asuhan kanak-kanak. Sebuah Dewan Masyarakat yang klasik juga boleh dilihat. Ia sebuah bangunan yang sunyi dan sepi. Lama saya berdiri di hadapan bangunan dewan ini. Ada sesuatu yang seolah-olah meminta saya memandangnya. Aahhh...secara tiba-tiba hati saya menjadi sayu sendiri. Saya sendiri tidak tahu kenapa.

Bangunan lama yang dijadikan taman asuhan kanak-kanak
dari pandangan atas

Bangunan lama dari pandangan sisi. Ia sangat klasik

Dewan Masyarakat Kota Bharu

Lama juga saya di Kota Bharu. Dari seberang landasan keretapi berkembar, saya memandang bangunan stesen keretapi Kota Bharu. Sunyi .... tiada lagi penumpang yang menunggu di situ. Pekan Kota Bharu juga semakin sepi. Terserempak saya dengan beberapa orang pekerja warga Indonesia yang senyum simpul melihat saya termangu dan termenung dipinggir landasan keretapi. Berapalah hayat rumah-rumah kedai yang masih tersisa di Kota Bharu ini, itu saya tidak tahu. Pekan-pekan kecil dan lama seperti ini bagaikan tempat menangis sendiri menunggu saatnya hilang ditelan zaman.

Saya bergerak meninggalkan pekan Kota Bharu  ketika hari sudah agak redup. Sepanjang perjalanan meninggalkan pekan ini fikiran saya kosong. Tidak ada apa-apa yang bermain di kepala saya melainkan cuma satu .... semoga saya ketemu lagi dengan pekan sunyi dan sepi ini. Sasaran saya selepas ini ialah pekan Kampung Kepayang. Motosikal yang saya naiki terus membawa saya dengan setia.

Di Kota Bharu ada rasa tenang yang sayu terjumpa disini. Hati bagai menangis melihat landasan lama menjadi saksi bisu kewujudan sebuah pekan kecil yang menunggu mati.... semoga ketemu lagi pekan Kota Bharu !!!!







56 ulasan:

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Sememangnya klasik tempat ini.

hafez j malim said...

tuan thomas pernah sampai ke pekan Kota Bharu?

Berjuang Terus said...

Kami daripada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak telah mengadakan lawatan ke Pekan Kota Baharu pada 15 Disember 2011. Saya Datuk Dr.Haji Dzulkarnain bin Haji Abdul Rahman(Pengerusi), Tuan Haji Razali bin Suradi (Setiausaha Kehormat)dan Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul Wahab (AJK) telah sampai pada pukul 11.15 pagi. Kami telah melawat Makam Almarhum Teja, Makam Syed Jaafar bin Syed Yunus, Sekolah Kebangsaan Kota Baharu, Rumah Keluarga Allahyarham Tuan Syed Adam dan Rumah Encik Azizi bin Haji Abdul Rahim. Lawatan ini merupakan usaha menulis Sejarah Kota Baharu, Perak dalam Edisi MISA PERAK Terbitan 6/2011

hafez j malim said...

salam tuan Berjuang Terus..
terima kasih kepada Datuk kerana sudi mengunjungi ke laman blog saya. untuk makluman pihak tuan, pada 10 disember 2011 saya telah mengunjungi makam YAM Raja Bendahara Alang Iskandar bagi tujuan siri catatan berkaitan dengan Makam-makam bersejarah di Perak Darul Ridzuan. Apa yang ingin saya kongsikan bersama tuan disini ialah keadaan beberapa makam lama khusunya di daerah Perak Tengah yang agak terbiar. Saya berharap agar pihak Persatuan Sejarah Malaysia dengan beberapa agensikerajaan yang lain mempunyai agenda untuk memulihara makam2 ini terutamanya makam2 DYMM Sultan-sultan yang pernah memerintah negeri Perak. Terima kasih atas kunjungan Datuk ke blog saya. semoga ada sesuatu yang boleh kita kongsikan dimasa kan datang.

Berjuang Terus said...

Pekan Kota Baharu terpahat sejarahnya sendiri. Di pinggir Makam Teja disitu pusat perdagangan diabad 17 dan 18. Disinilah pusat perdagangan yang menyambungkan Pekan Loting dengan pekan-pekan sekitar Sungai Kenta (Kini disebut Kinta).
Menurut orang tua-tua orang Kota Baharu untuk mengukurkan ketuah keris bilangannya begini. "Gelegoh gelegah anak rimau menyemberang kenta, ada gaduh ada susah keris tercampak rimau tiba" Ukuran menggunakan jari, jika bilangan jatuh ke gelegoh atau gelegah keris itu baik tetapi jika kena keris tercampak, keris ini tidak sesuai untuk penyukatnya.
Jalan keretapi yang pertama sebelum jalan keretapi di Johor adalah terbena disini daripada Pekan Kota Baharu ke Kuala Teja itu di Pekan Loting. Menurut penduduk disini bekas jalan ini terdapat lagi Sebelum Perang Dunia Kedua.

Dzura,Ipoh
6.1.2012

hafez j malim said...

salam Tuan Berjuang Terus.

Terima kasih atas maklumat tuan. Jika benar apa yang Datuk katakan tadi, satu kajian terperinci harus dijalankan bagi menukarkan semula fakta sejarah berkenaan dengan pembinaan landasan keretapi di negara kita ini. Hal ini secara tidak langsung akan menaikkan semula martabat pekan Kota Bharu seperti yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu.

Berjuang Terus said...

Hafez j malim jelas amat berminat untuk buat kajian. Terima kasih. Diharap kita dapat usaha bersama kerana Sejarah Kota Baharu, Perak melakar rentitan sejarah yang panjang bagi peminat sejarah dan budayawan boleh membuat kajian.Zaman keagungan sejarahnya Kerajaan Islam Petani telah melahirkan ulama terkenal dengan karya yang boleh dirujuk hingga ke kini. Kitab-kitab "kuning" masih digunakan rujukkan hingga kini.

Saya diberitahu bahawa penduduk di sini mereka merupakan pelarian penduduk Kerajaan Islam Petani, setelah tumbangnya kerajaan tersebut.Ciri Kota Baharu Kelantan terdapat di Perak.Di Kelantan terdapat tempat Ipoh, Batu Gajah dan Kampung Kota seperti di Perak. Kelantan juga ramai pelarian Petani yang pindah ke sana.

Dzura,Ipoh

hafez j malim said...

salam Tuan Berjuang Terus.
Saya sememangnya berminat dengan sejarah negeri Perak Darul Ridzuan namun malangnya, kini saya bertugas di kawasan pedalaman Sarawak. Hanya sesekali dapat pulang ke Perak barulah saya dapat melakukan perjalanan bagi menjejaki tempat-tempat bersejarah di sekitar negeri Perak. Walau apapun saya sentiasa menyokong usaha-usaha pihak Datuk dan Persatuan Sejarah Malaysia dalam meperbanyakkan kajian sejarah supaya fakta-fakta sedia ada terutamanya seperti sejarah Kota Bharu dapat dipertingkatkan. Saya ingin bertanya kepada pihak Datuk, bagaimana saya hendak membeli Edisi Misa Perak bagi keluaran yang terdahulu?

Miss Ierda said...

salam, btw sy adalah anak jati kota bharu and my family still ada lg disana.so proud ada org mem-blog ttg my kg.Sy google, then terjumpa blog ni.thanks.rindu kat kg, sgt berbeza dlm tempoh 10 tahun yg lalu.

hafez j malim said...

CIK MISSY... terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini. semoga perkongsian ringkas tentang Kota Bharu ini mengemabalikan semula ingtan cik missy pada kampung halaman sendiri... salam

Anonymous said...

Nama asal Kota Bharu ialah Simpang Tiga. Simpang Tiga ditukar nama kepada Kota Bharu kerana tempat tersebut hendak dijadikan "Capital of Kinta Valley" oleh Residen British pada ketika itu.

Kota Bharu dilanda banjir maka perancangan "Capital of Kinta Valley" dipindahkan ke kawasan yang lebih changkat iaitu Batu Gajah.

Itulah sbbnya Pejabat Daerah Kinta terletak di Batu Gajah dan Ipoh hanya ada Pejabat Daerah dan Tanah (Kecil) shj.

Wallu'alam. Sekadar menyampaikan apa yang disampaikan kepada saya.

Anonymous said...

Taman Asuhan Kanak-Kanak adalah tempat sy mengaji Qur'an dulu dgn Tn Syed Sarbaini (garang wooo) dan Ustaz Ahmad. Tapi tak habis mengaji pun sbb pindah ke Ipoh.

A strange stranger said...

Siapa sangka di Perak jg ada pekan Kota Bharu seperti mana di Kelantan.

Anonymous said...

Kawasan Kota Baharu sebenarnya 'hidup". Aktiviti masyarakat setempat masih berjalan seperti biasa setiap hari, subuh-malam. Pagi-beberapa warga emas berbasikal utk membaca Al-Quran disebuah rmh seseorang, kaum lelaki ada yang menjala, memancing dilombong / sungai disekitar..kanak2 bersekolah..Waktu tengahari, beberapa kanak2 membaca Al-Quran di masjid..(waktu tengahari suasana agak lengang)..petang-kawasan padang SK Kota Baharu,Gelanggang Futsal menjadi tumpuan masyarakat. Meriah. Malam-Lengang selengangnya. Cuma kadang2 golongan belia, remaja melepak diatas 'fly-over'. Sekarang ni atau tak lama lagi, Kota Baharu bakal sibuk sedikit, sebab sebuah kilang simen(besar juga) sedang dibangunkan. Kota Baharu mmg banyak telah melahirkan beberapa tokoh / individu yg telah berjaya. Sekian...Cikgu Azli

hafez j malim said...

salam cikgu azli... terima kasih atas komen cikgu tentang catatan saya berkenaan dengan pekan Kota Bharu ini. semoga cikgu boleh selalu berkongsi pendapat tentang penulisan di blog ini. perkongsian maklumat seperti inilah yg akan menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara...

anak beringin said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... ambo yang berasal dari Kota Bharu Kelantan pun sudah sampai di Kota Bharu Perak ni...

Ambo ada pergi ziarah makam ulama lama/masyhur keturunan Syed yang menjadi penasihat kepada sultan perak.. Beliau adlah Syed Fariz Hussin Jamalullail...

Jika berhajat buleh lawat disini :
http://www.anakberingin.blogspot.com/2011/12/briged-al-jenderami-ziarah-ulama-utara.html

Sekian Wassalam..

hafez j malim said...

salam sdr anak beringin...
alhamdulillah saya juga turut pernh ke makam berkenaan. insyaAllah, ziarah ke makam berkenaan akan saya ulas didalam blog ini tidak lama lagi. terima kasih atas kunjungan sdr ke blog saya... insyaAllah saya kan selalu berkunjung juga ke blog tuan

Berjuang Terus said...

Edisi Penulisan Sejarah Kota Baharu terbaru telah ditulis oleh Azmi bin Abdul Muttalib bertajuk,"KOTA BAHARU,GOPENG PERAK SEKITAR 1942-1950"' Jika berminat boleh menghubungi beliau Talian 017-6838014.
Beliau telah bersara sebagai Timbalan Pengarah I,di Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (Kini Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dzura,Ipoh.
5 September 2o12

Berjuang Terus said...

Sejarah Keturunan Saidina Sharif Al-Farazd sesiapa yang berminat boleh membaca "MISA PERAK" Jurnal Persatuan Sejarah Malaysa Cawangan Perak Bilangan 5/2011. Beliau telah kembali meninggal dunia dan di makankan Di Pasir Bijih, Kota Baharu Perak. Keturunannya ramai ada di Mukim Teja.

Dzura,Ipoh.
5 September 2012.

hafez j malim said...

salam Datuk Dr Haji Dzulkarnain..
terima kasih atas maklumat yang Datuk berikan itu... insyaAllah saya amat berminat dengan apa yang Datuk perkatakan itu. Bagaimana pula untuk saya mendapatkan jurnal MISA PERAK yang Datuk maksudkan?

Berjuang Terus said...

Misa Perak boleh dibeli melalui pos berharga RM15.00 beralamat:
Pengerusi Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Perak,
No.99, Jalan Raja Musa Mahadi,
Desa Perwira,
31350 Ipoh,Perak.
Atas nama"Persatuan Sejarah
Cawangan Perak"

Dzura,Ipoh.

Berjuang Terus said...

Ahmad Janatul Firdaus salah seorang keturunan Saidina Sharif Husain Al-Faradz telah berjaya menulis, "SMS MUAR Kolej Tingkatan Enam" jejak alumni 2011-2012. Menceritakan kejayaan pelajar Tingkatan VI atas usaha menambah bilangan pelajar Melayu dalam berbagai bidang.

Dzura,Ipoh.
5.09.2012

Berjuang Terus said...

Penulis Sejarah, "Salasila Sayid Perak dan Siak" Dato' Mior Jaafar bin Mior Safi telah kembali ke alamn baka baru-baru. Semua waris keturunannya diminta sedekah Fatihah kepadanya dan mendoakan agar Allah S.W.T. meletakkan orang Saleh dan dimasukkan ke dalam surga.

Dzura,Ipoh

hafez j malim said...

Al-Fatihah untuk rohnya...semoga ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan beriman.

Dzulkarnain said...

Penulis Salasih Keturunan Sharif Husain a-Faradz ilah Dato'Haji mohd.Jaafar bin Mior Safi Pesara Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Awam Malaysia yang bersara pada tahun 1983.

Dzura,Ipoh.

Berjuang Terus said...

Persatuan Sejarah Cawangan Perak akan menerbitkan edisi Misa Perak bilangan 6/13.InsaAlah etikal lawatan ke Kota Baharu Perak akan diterbitkan nanti.

Dzura,Ipoh 4.1.2013

hafez j malim said...

salam Tuan Berjuang Terus
InsyaAllah saya akan berusaha untuk mendapatkan buku berkenaan sebagai satu simpanan dan koleksi poeribadi saya.

Azmeer Azmi said...

Salam Datuk Berjuang Terus,

Ingin bertanya, jurnal edisi Misa Perak bilangan 6/13 sudah diterbitkan? Kalau sudah, saya ingin membelinya melalui pos. Kalau belum, maklumkan mengenai penerbitannya kelak. Terima kasih.

Azmeer Azmi

Berjuang Terus said...

27 Januari 2014
Selmat datang ke blogger Indahrasa
Tahun baru 2014 membawa erti
Mari berkunjung ke Kota Baharu
Bandar lama banyak cacatan sejarah
Setiap kita harus menghayati sejarah
Bagi kita terus berjuang

Cinta kepada negara setengah iman
Banyaklah bersyukur kepada Allah
Orang bertuah dapat hidayah
Merasa mesra nikmat Allah

Pekan Kota Baharu bersejarah
Melawat Pekan Loting
Makam Teja tinggalan sejarah
Di Kuala kenta
Pertemuan dagang senteri abad ke-18

Marilah melawat tinggal sejarah
Paya Tampang hilang ditelan perlombongan
Hanya tinggal gerotak kerantang
Sungai kecil sudah kurang air
Dulunya penuh ikan lampang
Ikan baung
Ikan belida
Kini tinggalan tanah gersang

Dzura,Ipoh
27.0.2014

Berjuang Terus said...

Tinta Tualang terbitan Ogos 2013 menceritakan Kampung Changkat Tualang telah dibuka oleh tujuh orang:
1. Haji Daud bin Endin.
2. Haji Zain bin Endin.
3. Alang Hassan
4. Puteh Rais bin Endin
5. Uda Lahid bin Endin
6. Bilal Bagai bin Haji Osman.
7. Alang Iskandar Zulkarnain atau dikenali sebagi Keramat Batu Rentang.
Keluarga Endin antara yang membuka Kampung Changkat Tualang. Mereka membuka Kampung Changkat Tualang Tahun 1899. Menurut ceritanya bapa Endin ialah Syed Salim telah meninggalkan Melaka pindah ke Ayot Agat membuang gelaran syed dengan tujuan tidak dapat dikesan. Dikatakan keturunan mereka keturunan Nbai Besar Muhammad S.A.W. atau disebut Ahlul Bait. Jika disusur keterunannya berkait dengan keturunan Syed di Kota Baharu Perak iaitu Saidina Husein Alk-Faradz yang meninggl dimakankan di Pasir Bijih Kota Baharu,Perak.

Dzura,Ipoh.
29.3.2014

Anonymous said...

Hari ini 27 Mei 2014
Apakah khabar peminat Indah Rasa J.Malim ?

Baru ini pewaris Yob Ahmad anaknya terakhir Ibrahim bin Yob Ahmad telah kembali ke Alam Baka pada bulan yang lalu. Kini habislah anaknya telah pulang semuanya.

Yob Ahmad mendapat anaknya ialah:
1. Tuan Haji Shamsuddin.
2. Saadiah
3. Hajah Khadijah.
4. Ibrahim
5. Aishah

Tuan Haji Shamsuddin dapat anaknya:
1. Ahmad Farid
2. Sallehuddin
3. Dr.Yang Khadijah
4. Dr.Zainab

Ahmad Fari dan Haji Sallehuddin dapat putera ini sebelum pergi ke England tahun 1948 dan l956 Tuan Haji Shamsuddin balik dari belajar dapat pula dua orang puteri iaitu Dr.Yang Khadijah dan Dr.Zainab. Dua-dua puteri lulusan bidang perubatan dan mendapat doktor falsafah di Universiti Harbard Amerika Syarikat. Anakn ya yang tua Ahmad Farid telah meninggal dunia.

Yob Ahmad
3.

Unknown said...

Pembetulan tu anak yob ahmad tertingal seorang iaitu baharudin yang membawa diri ke terengganu. Saya ada lah anak kepada baharudin. Saya ingin mencari salasilah yob ahmad ini jika dpt berhubung sila emailkan ke ymputera@gmail.com dan no fon/whatsapp 0169374991 sekian

Anonymous said...

Assalam tuan..rasanya arwah yob ahmad ada lg seorang ank adik kpd hj.shamsudin??

Unknown said...

Salam. Saya cicit Yeop kaya anak kepada cucu Yeop Kaya Pn.Arfah anak kepada Sa'adiah

Unknown said...

Saya memang lahir dan membesar di Kota Bharu, anak kepada Saadiah binti Yeop Ahmad,cucu kepada tok Yeop Kaya, gelaran kepada datuk saya.Acik Ein saya baru meninggal bulan Mac yang lalu maka kosonglah rumah di tepi sungai tu.Makin sayu hati bila mengenangkan nasib rumah yang hampir berumur 100 tahun itu. Kawasan kelilingnya pun sudah ditumbuhi hutan,Sungaipun dah tak boleh mandi lagi macam saya kecil-kecil dulu tapi saya akan cuba berkunjung juga ke sana sebagai mengenang dan bercerita kepada anak-anak saya betapa seronoknya tinggal di situ dulu.

Anonymous said...

Saya ingin membuat sedikit pembetulan kepada kenyataan anonymous tentang anak Ayah Ngah Sham tentang Dr. Khatijah. Beliau berkelulusan dari Mesir dan telah berkahwin dengan Dr. Amir anak kepada sasterawan negara Keris Mas

Unknown said...

Saya ingin menyeru dan merayu kepada keturunan Tok Yeop Kaya terutamanya yang tinggal jauh di pantai timur atau di mana sahaja dan belum pernah berkunjung ke Kota Bharu, datanglah dan lihatlah rumah usang yang dibina oleh datuk kita sebelumnya ia rebah ke bumi. Luangkanlah sedikit masa anda berjalan-jalan di kawasan rumah dan rasakanlah penat jerih tok membina rumah itu bagi memberikan tempat berteduh kepada ibu atau bapa kita dalam membesarkan mereka

Wan Nur Safirah said...

Assalamualaikum Tuan. Terima kasih kerana begitu rajin menggeledah kampung saya yg nyata sudah kian uzur dan menunggu masa untuk mati ini. Saya berusia 20 tahun dan selama 20 tahun ini saya membesar disana. Iya mmg kampung ini serba serbi kurangnya, tapi amannya kampung ini tiada tandingan. Dahulu menurut ibu bapa saya merupakan sebuah kampung yg meriah. Tetapi disebabkan ramai keluarga yg telah berhijrah keluar ke bandah Ipoh merubah segalanya. Mereka memilih bandar Ipoh utk meneruskan kehidupan mereka, kerana lbh mudah bagi mereka memandangkan disana ckup kemudahannya utk membesarkan anak2 mereka. Tambahan kg ini menjadi suram kerana terbinanya flight over yg merentasi landasan keretaapi. Jika dahulu struktur kg ini lebih tersusun kerana kedai, tadika, masjid tidak terpisah. Gmbar deretan kedai lama itu mmg daif dan sebenarnya terdapat sebuah lagi deretan kedai berhadapan dgnnya. Namun ianya musnah disambar api dan ianya amat menyedihkan apabila apek2 dan nyonya di deretan itu yg membuka kedai makan keci kecilan hilang punca pendapatan. Saya kurang pasti tahun berapa tapi sudah agak lama kejadian ini berlaku. Kemudiannya gambar tadika yg tuan tgkp itu, disatasnya dahulu merupakan sekolah agama bg murid2 utk belajar ilmu al quran. Saya ingin nyatakan, meskipun semua org mahu berpusu2 keluar dri kampung itu tapi tdk bagi sy sekeluarga. Keluarga mat sayangkan kampung tersebut kerana keadaanya damai, penduduknya ramah dan kebanyakkannya terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Utk pengetahuan Tuan, kg ini ramai melahirkan Datuk2 dan org kenamaan, kampung ini kg bertuah sebenarnya. Byk sekali sejarah kg ini, dan terbaru kg kami dilawati oleh Sultan Perak dan isterinya bersempena pertabalannya. Sultan Nazrin berkenan melawat mukim teja, dimana disitu wujudnya peninggalan kubur lama ketrunanya(sy kurg pasti apa hubungannya). Kami berasa amat bangga kerana Sultan merupakan Sultan yg sgt baik, peramah dan sggp melawat kg kami. Ketika itu barulah sy lihat betapa ramainya penduduk kg ini kerana mereka pulang semata2 utk melihat adat istiadat yg diadakan. Disini juga terlahirnya ramai dari keturunan Syed dan Syarifah dimana kami akan berkumpul disekolah SK Kota Bharu setiap tahun pada raya kedua. Tuan, kalau punya waktu terluang marilah kembali ke kampung kami lagi. InsyaAllah ada makanan kg yg enak yg boleh sy juadahkan. Kg kami terkenal dgn ikan air tawar yg tiada baunya, dan lemak. Salam, anak jati Kg Kota Bharu.

Wan Nur Safirah said...

*fly-over

hafez j malim said...

asalamualaikum Wan Nur Safirah..
Terima kasih kerana sudi membaca dan berkunjung ke blog perkongsian saya ini. InsyaAllah jika ada masa dan rezeki saya akan selalu ke Kota Bharu. Setelah pertama kali menjejakkan kaki ke pekan ini, seringkali juga saya berkunjung ke Kota Bharu untuk menziarahi makam marhum teja mahupun ke makam almarhum syed Hussain Al-Faradz. Ada juga sesekali saya berkunjung ke pekan ini bersendirian hanya sekadar untuk menikmati suasana petangnya yang tenang.
Terima kasih juga memberi komen yang positif di blog ini dan sememangnya komen yang sdri berikan menambahkan lagi rencah dan fakta yang menarik berkaitan dengan pekan Kota Bharu. Jujurnya, saya amat menghargai catatan komen dan pelawaan yang diberikan oleh sdri.
Saya sebagai anak jati negeri Perak, insyaAllah akan sentiasa memberikan penulisan berkaitan sejarah mahupun tempat2 yang kini semakin ditinggalkan sebagai kenang-kenangan bagi generasi akan datang. InsyaAllah.
Teruskan membaca blog picisan ini... insyaAllah mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama.

nickychi said...

Dulu Sy sekolah kat situ rindu nk balik kmpung

digital4ever said...

Saya ingin bertanya adakah sesiapa mengetahui nama moyang saya kulup ahmad berasal dari asalnya dari Kg.changkat tualang Saya bertanya kerana ingin menanyakan salahsilah keturunanya keatas. Saya ingin bertanya kerana tiada lagi saudara mara yang mengetahuinya. untuk makluman datuk saya bernama Mohd Ali bin Kulup Ahmad. harap saudara dapat membantu.

digital4ever said...

Satu Pekara lagi siapakah yang mengetahui salasilah ngah berdut, saya turut ingin mengetahuinya..sekian terima kasih

Anak Pak Lah said...

Pekan Kota Bharu ni membawa seribu kenangan bg sy yg lahir & membesar di sini. Begitu juga buat kartunis Lat... satu nama besar di negara kita.

Anak Pak Lah said...

TADIKA tu adalah sekolah saya dahulu tu.
Tahun 1972 sy dlm djh 6. Tmpt jatuh lg kan dikenang...
Byk nostalgia juga bg kartunis Lat satu nama yg tak perlu dikenalkan lg...sebelum beliau berpindah ke Ipoh suatu ketika dahulu.

apekinahdotcom said...

Ni kampung mak saya. Masa kecik2 sebelum ada flyover ni ada satu kedai cina jual abc kalau tak silap. Sekarang ni opah pun dah tak duduk sini dah. Sekali sekala je jenguk rumah tu. Banyak kenangan kat sini

Yadzid7007 said...

As salaam alaikum.. masih aktifkah blog ini? Peace

Unknown said...

Assalamualaikum. Yg sy ingat kat pekan ni ada kedai getah cutat. Kedai runcit pakyu kurus, pak yu gemuk, kedai sayur apong, sebelah kedai abc, byk nostalgia kat situ. Ayah saya masa tu ketua balai polis kota bharu. Mcm2 nostalgia. Pak pin buat kompang.

Unknown said...

Assalamualaikkum.. Ibu saya dilahirkan di kota bharu perak ni pada thn 1945..arwah atuk saya bernama kifli @zulkifli bin hj hashim.. Arwah atuk berpindah ke terengganu kerana atas urusan kerja dgn kerajaan terengganu...rumah arwah atuk saya seigt saya perlu melalu padang bola.. Blkg rumah ada lombong... Maaf.. Sekadar share cerita dan saya mmg berminat nk tahu sejarah kota bharu ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya sedang membaca komik LAT, The Kampung Boy (entah kali ke berapa). So saya mmg peminat setia LAT dan saya nak explore lebih lanjut tentang Pekan Kota Bharu ni. Tu yang jumpa blog ni. Saya cuba nak bandingkan lakaran2 LAT seperti sekolah kebangsaan, masjid, kedai2 lama melalui google street view. Cuma apa yg saya dpt padankan persamaan mungkin masjid yg mana mungkin masih ada sebahagian struktur lamanya seperti menara. Yang lain2 seperti sekolah, balai polis saya rasa struktur lamanya dah lama dirobohkan dan diganti dengan struktur baru.

Pada sekitar tahun 1964-1965, LAT telah berpindah ke Ipoh dan kisah beliau di Ipoh, rumah di Sunga Rokam dan bersekolah di Anderson School diceritakan dalam karya Town Boy.

ZachSaMe said...

ada tak tempat memancing kat kota bharu nie .. baru landed kat apartment kota bharu salaam suites ni, tak sabar nak explore!

Anonymous said...

ye..ini juga kg arwah emak saya...dikhabarkn juga kami keturunan alang marsila

Anonymous said...

cantik kg ni..rindu nk pergi..kg halaman nenda2 n bondaku

Anonymous said...

Asalamualaikum wbt,mohon bantuan semua,seorang anak yang tengah membesar ingin berjumpa ayahnye kembali,Faizal@epoy kampung lalang kota bharu gopeng..sesiapa yang mengenali,boleh contact nombor saya 01114340532

G.ex5 said...

Keturunan kulop ipoh.berasal kepayang fair park .tinggal sorg waris saja lagi ,pn halimah @nama sebenar rokiah bt kulop ahmad..

Anonymous said...

As salam...lama dah blog ni...maaf sy mencelah sedikit... Tapi tak salah saya, pekan ini juga merupakan tempat kelahiran pelakon wanita yg terkenal di tahun 80an... Cik Puan Julia Aishah binti Abdul Rais... Atau dikenali dengan panggilan Julia Rais.... Harap2 siapa yg ada maklumat lebih lanjut, bolehla kongsi disini...