Sebuah karya dari seorang teman yang begitu saya sayangi dan sanjungi. Ada cerita yang tersirat disebalik sajaknya dan saya menyukainya sebagai kenangan indah yang tidak mudah dilupakan.
Kadangkala tidak semua perasaan yang indah antara dua hati mampu diakhiri oleh penyatuan. Walaupun sejauh mana hati mendesak untuk memiliki namun kuasa Ilahi yang menjadi penentu segalanya.......dan dengan sebatang pena dan secarik kertas segalanya terluah.
PERKHABARAN SEDIH
Perkhabaran sedih
dari insan yang bernama kekasih
tragisnya...
hingga bisa meremuk hatiku
ibarat kaca
yang terhempas ke lantai
berderai...berkecai...bertaburan
musnah !
Hatiku kini hilang segala rasa
hilang segala pedoman
Perkhabaran sedih
ianya bagai merentap nyawaku
bagai membunuh rohku
tubuhku terkulai sepi
terbujur kaku.
Perkhabaran sedih
kau membunuh jiwaku !
kau membunuh perasaanku !
kau membunuh sayangku !
kau membunuh cinta agungku !
Perkhabaran sedih
kau telah meranapkan
masa depanku
hilangkah sudah tempat mengadu
tempat merintih
tempat mencurahkan kasih,
tiada lagi panggilan "buah hati"
di cuping telingaku,
tiada lagi pujian
menggunung untukku,
tiada lagi panggilan SAYANG
disebalik bait gurauan
dari kekasihku.
Perkhabaran sedih
kau membuatkan aku
kehilangan akal yang waras
merintih pilu tiap saat dan detik..
Kini...tiada lagi
senyuman indah dibibirku
tiada lagi gelak manja
yang dapat ku pamer
semuanya hilang
kerana kau ....PERKHABARAN SEDIH !!
Kini..segala-galanya akan dicoret
sebagai kenangan..
kenangan yang sayu untuk kukenang.
Selagi minda ini berfungsi
kau yang tersayang
akan tetap di sanubari
dan aku...
hanya sendiri bersama sepi
sendiri bersama sunyi !