BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 22, 2013

Ziarah Makam Lama 7 : Siapa Syed Hussain Yamani ?

Nisan Berbalut Kain Bewarna Kuning dan Hijau


Batu nisan dengan balutan kain kuning dan hijau

Aneh ... jika sebelum ini, kunjungan ziarah saya ke makam-makam lama pasti akan melihat batu nisan yang berbalut dengan kain kuning sebagai tanda makam berkenaan adalah milik individu yang berdarah raja. Namun untuk makam yang satu ini terdapat perbezaannya kerana batu nisannya berbalut dengan kain yang bewarna hijau dan kuning. Siapakah yang bersemadi di dalamnya fikir saya .... sejuta satu persoalan mula membengkak di minda saya .

Saya memberhentikan motosikal sebaik sahaja terpandang kepuk makam yang kelihatan masih terjaga. Kedudukannya tidak jauh dari rumah penduduk kampung. Sungai Perak yang mengalir perlahan masih boleh dilihat dari arah makam ini. Bentuk batu nisan makam ini juga agak aneh dan jauh berbeza dengan batu nisan makam sultan-sultan Perak yang pernah saya ziarahi sebelum ini. Saya tidak terus turun dari motosikal sebaliknya memandang dahulu ke arah kepuk makam. Tindakan saya itu kelihatannya tidak disenangi oleh Hidayat. Agaknya dia hairan melihat saya yang termanggu-manggu melihat suasana makam berkenaan. Hidayat pantas turun dari motosikal dan terus melangkah ke kawasan kepuk makam.

Kepuk makam

Saya sebenarnya sengaja berkeadaan sedemikian. Selain mahu melepaskan lelah, saya juga seboleh-bolehnya mahu mengambil masa untuk berfikir mencari makna disebalik makam ini. Namun setelah melihat Hidayat mula melangkah ke arah makam terus sahaja saya mengekorinya. Mujur juga kawasan kepuk makam ini agak terjaga. Sayangnya pagar besinya sudah mula dimakan karat. Terdapat juga beberapa makam lain yang terletak berhampiran dengan makam ini. Ianya terletak dalam sebuah kepuk besar yang sama.

Kawasan di dalam kepuk makam

Setelah memberi salam kepada penghuninya, pandangan saya mula tertumpah pada batu nisan utama makam yang berbalut dengan kain bewarna kuning dan hijau. Bentuk batu nisannya juga agak aneh dan lebih kurus jika dibandingkan dengan batu nisan makam yang pernah saya ziarahi sebelum ini. Teori awal saya pasti seorang kerabat diraja dari negeri lain telah dikebumikan disitu. Jika tidak pun pasti makam ini milik seorang pembesar yang mempunyai titisan darah diraja. Namun fikiran saya berbelah bahagi untuk mengiyakan teori berkenaan.

Usai sahaja menyedekahkan bacaan Al-Fatihah, tiba-tiba Hidayat bersuara bertanya siapakah insan yang dikebumikan di makam ini. Saya diam seribu bahasa. Rugi benar tidak membuat rujukan dahulu sebelum ziarah. Saya memerhatikan balutan kain batu nisan yang sudah usang dimamah masa ... fikir saya kenapa ia perlu bewarna hijau ? ... entah mengapa secara tidak sedar mulut saya terus menyatakan kepada Hidayat bahawa yang dimakamkan disini ialah seorang ulama yang tersohor dan mungkin bertaraf wali. Saya bungkam ... terasa jawapan itu benar-benar membuatkan saya menjadi serba salah.


Hijau melambangkan agama Islam dan seperti yang telah saya ketahui dari penceritaan orang-orang lama bahawa kawasan persisiran Sungai Perak dari mukim bandar membawa ke hulu memang suatu ketika dahulu merupakan tempat lahirnya bijak pandai agama yang hebat. Tambahan pula kawasan di persisiran Sungai Perak sememangnya pernah menjadi lokasi pusat pemerintahan sultan-sultan Perak terdahulu. Jadi adalah tidak mustahil para ulama dan ilmuwan Islam akan bertumpu di sini untuk berdakwah kepada penduduk tempatan. Apabila mereka meninggal dunia, mereka dimakamkan di kawasan ini juga dan pastilah makam mereka dijaga dengan sempurna kerana berkat ilmunya.

Namun itu sekadar telahan saya sahaja. Mahu ditanya pada penduduk tempatan tidak kelihatan pula kelibat mereka walaupun kedudukan makam berkenaan berhampiran dengan rumah penduduk kampung. Papan tanda penerangan mengenai makam juga tiada. Pasti ia akan menyusahkan para peminat sejarah bagi mengetahui akan sumbangan tokoh-tokoh tertentu dalam perkembangan tamadun Melayu Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Tetapi apabila difikirkan kembali, saya juga perlu bermuhasabah diri ... sewajarnya saya membuat penyelidikan dahulu sebelum melakukan sesuatu perjalanan. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya hal seperti ini akan membuatkan saya lebih bersedia untuk siri-siri perjalanan yang akan datang.

Setelah hampir 15 minit berteka-teki di makam ini, saya dan Hidayat meneruskan semula perjalanan kami untuk ke dua buah makam lama milik sultan Perak yang terletak tidak jauh dari makam ini. Sepanjang menunggang motosikal fikiran saya melayang memikirkan siapakh pemilik makam bernisan kurus dan berbalut kain hijau itu .... mahu sahaja saya berpatah semula ke pekan Kampung Gajah untuk mencari pusat internet bagi membolehkan saya mendapat rahsianya. Saya benar-benar mahu mengetahuinya !!!

Mencari Rahsia Syed Hussain Yamani 

Malam itu saya sibuk mencari misteri pemilik makam berkenaan. Alhamdulillah jawapan kepada masalah saya dapat diselesaikan. Makam berkenaan adalah milik seorang ulama yang bernama Syed Hussain Yamani. Tidak banyak maklumat yang dapat saya perolehi berkenaan dengan tokoh ini. Namun jika dilihat pada hujung namanya jelas beliau mungkin berasal dari Yaman. Tidak pula saya menemui catatan berkenaan tarikh kehadiran tokoh ini ke Perak.

Jika dilihat secara sepintas lalu melalui carian internet sememangnya keluarga Syed amat berpengaruh dalam urusan pentadbiran negeri Perak suatu ketika dahulu. Namun demikian, nasab keturunan Syed di Perak ini bermula dari warisan Syed Hussain Al-Faradz yang seterusnya bersambung sehingga ke cucunda Rasullullah, Saidina Hussein. Saya tidak pasti pula berkenaan Syed Hussain Yamani ini sama ada beliau dari nasab yang sama ataupun tidak. Namun yang pastinya gelaran Syed merupakan suatu gelaran yang mulia kerana mereka semuanya adalah anak cucu kepada Nabi Muhammad SAW.

Salah satu sumbangan terbesar golongan Syed di Perak ialah penciptaan Undang-Undang 99 Perak yang berteraskan hukum syariah. Undang-undang 99 Perak ini telah diilhamkan oleh Syed Hasan ( Raja S'ari )* yang juga merupakan waris langsung dari Syed Hussain Al-Faradz ini. Beberapa jawatan penting dalam hieraki pembesar negeri Perak juga pernah disandang oleh keluarga Syed ini sehinggalah ke hari ini. Syed Hussain Al-Faradz merupakan penyandang jawatan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan yang pertama di negeri Perak.

Misteri kepada watak Syed Hussain Yamani ini terus membelenggu diri saya sehingga kini. Semasa artikel ini ditulis, saya masih lagi ragu-ragu dengan beberapa perkara yang agak samar-samar. Namun saya tetap gagahi juga mencari fakta tentang Syed Hussain Yamani  sehinggakan saya terpaksa mengambil keputusan membuat kunjungan ziarah kedua ke makam ini bagi mendapatkan pencerahan.

Sayangnya ketika kunjungan kali kedua saya ke makam ini, kain bewarna hijau yang pernah menjadi kain balutan batu nisannya telah tiada lagi. Yang tinggal hanyalah kain balutan bewarna kuning tunggal. Apa yang membanggakan saya ketika ini ialah pagar kepuk makam yang sudah bercat baru. Jelas masih ada yang prihatin dengan tinggalan sejarah negeri Perak ini.

Tiada lagi balutan kain bewarna hijau 

Syed Hussain Yamani terus kekal sebagai suatu watak yang misteri di minda saya dan sehingga kini saya terus mencari fakta berkaitan tokoh ini tanpa jemu !

tambahan kepada catatan ini ... saya merasakan Syed Hasan ( Raja S'ari ) yang memperkenalkan Undang-Undang 99 Perak adalah insan yang sama dengan Syed Hussain Yamani.... wallahualambissawab. Tidak ketahuan kenapa hati ini berkata sedemikian ....

Bersambung

Rujukan




43 ulasan:

Anonymous said...

salam... makam syed hussin faradz terletak di kota bharu gopeng...))

hafez j malim said...

wasalam...
Alhamdulillah saya telah melakukan ziarah ke makam Syed Hussin Faradz pada hujung tahun 2011... insyaAllah artikel berkaitan dengan makam beliau yang mulia akan saya ulas dalam siri yang akan datang....terima kasih atas komen.

Anonymous said...

Salaam,
Sebenarnya Syed Hussain Yamani adalah orang yang berlainan, bukan Syed Hussin Faradz atau Syed Hassan (Raja S'ari)...
Syed Hussain Yamani adalah seorang Ulama' dari Yaman yang telah datang ke Perak pada tahun sekitar 1850-an.
Beliau telah berkahwin dengan orang tempatan dan mempunyai anak dan cucu keturunan sehingga kini.
Mengikut cerita, beliau telah berjaya menghasilkan Al-Quran tulisan tangan sebelum beliau meninggal dunia.
AlQuran tulisan tangan boleh dilihat di surau kg tok paduka raja & muzium negeri.
Pihak surau mungkin ada menyimpan rekod sejarah berkenaan ulama ini.

hafez j malim said...

Asaalamualaikum.
Syukur ke hadarat Allah kerana persoalan tentang watak Syed Hussain Yamani telah berjaya Tuan rungkaikan untuk saya. Terima kasih atas maklumat yang telah Tuan berikan berkaitan dengan dua tokoh penting Perak ini.

SHZLI said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sallam kalau tuan ingin mencari jawapan siapakah Sayed Hussin Yamani...sedikit info yg saya tahu keturunannya ramai di Kg Gelugor Matang Taiping...bagaimanapun drpd beliau dikatakan telah membuang nama Sayid/Syarifah pd keturunannya disebabkn beliau telah menerima sedekah dan zakat penduduk kg utk biaya ke Meqah bg menunaikan Haji...utk lebih maklum tuan boleh menemui Pak Hitam(Saad) disana

hafez j malim said...

salam Anon..
alhamdulillah nampaknya sedikit info berkenaan Syed Hussain Yamani ini telah tuan berikan kepada diri saya. insyaAllah jika ada rezeki dan masa tidak justahil saya akan mencari nama individu seperti yang tuan jelaskna td. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sya

Anonymous said...

Siapa ada kelebihan..lh bertanya kpd amalan beliau

Anonymous said...

Insyaallah jika tuan berminat, saya ada menyimpan sebuah buku salasilah syed hussein al faradz. Hubungi 017-5739303 (saya adalah salah seorang daripada keturunan syed hussein al faradz dari keluarga "tok talib dan opah tekah")

Aliza Othman said...

Salam. menarik mengikuti kisah syed hussien yamani ni.

Apa perkembangan yang seterusnya.

Anonymous said...

salam. blh rujuk kpd ktyrunan syed husin ni di nom. 0123116288

Anonymous said...

Nombor ni masih bole digunakan ke?

Anonymous said...

Bole saya dapatkan email tuan utk menanyakan beberapa soalan mengenai ni

hafez j malim said...

hafez_abdul@yahoo.com.sg

Unknown said...

Mohon anonymous berhubung dengan saya.saya cucu kepada Pak Hitam Saad.

Unknown said...

Siapa anonymous sepertinya banyak tahu mengenai hal keluarga saya. Mohon berhubung dengan saya.

Unknown said...

Salam, puan aznida saya nak tanya mengenai syed Hussain yamani boleh tak? Keluarga saya salah satu dari keluarga Syed Hussain yang tinggal did Kg tok paduka raja. Saya ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai syed Hussain serta keluarganya yang lain.

Mohd Tajrie said...

Tuan Ridwan Zainal boleh contact saya juga. Saya sepupu Pn Aznida.

Unknown said...

Assalamualaikum... Syed Hussin Yamani memang seorang ulama sepengetahuan ana akan tetapi tidak banyak catitan berkenaan beliau. Berkenaan dengan Salasilah Jamalullail Perak perlu rujuk kepada Munshib yang tsiqqah dan arif kerana pada tahun 2017 pihak Persatuan Keluarga Jamalullail Perak bercadang untuk untuk mengemaskini data yang terkini.

Unknown said...

Mcm mna untuk saya contact dengan Cik Tajrie

Tajrie said...

0196002066

Noor Hazami said...

Baru melawat makam ni minggu lepas. Kami ni generasi (tak ingat yg keberapa) kepada Sheikh Hussein Al Yamani. Mak saya ni samada cucu atau cicit kepada Sheikh Hussein. Ada mak saya simpan salasilah keluarga. Nanti saya check semula.

Aliza Othman said...
This comment has been removed by the author.
Aliza Othman said...
This comment has been removed by the author.
Aliza Othman said...

Dah Jumpa ke salasilah tu.
Ada tak Sampai ke nama Abdul Rahman bin Yeop Ahmad. Atau keempat Nama Tok Perak (pelakon)

Unknown said...

Tolong maklum, kt mana lokasi nye.. Km cr x jumpa

NADAFI KONGSI said...

syed husein yamani ni 1 nasab dengan dgn syed hussein al farid,tok tambak,syeikh abdullah tok syeikh gunung jerai, syeikh abdul qadir jalani smpila ke rasullullah. dalam pagar ni bukan ada 1 makam je,ad 7 makam asal keseluruhannya (adik beradik). ada yang dh jatuh tanahnya dan pagar yang dipasang hanya menutupi makam yang masih nampak shj. berdekatan makam ada 1 makam sultan perak juga. sempat besembang dengan seorang nenek yang duduk di rumah kayu bersebelahan makam.nenek tu pun x byk sgt info yang diketahui. tp sy dptla info untuk sy yg dtg membuat kerja keluarga.

Shahar said...

Salam.sampi y.ahmad

Azwa Kamar said...

Tepi rumah saya tu

Azwa Kamar said...

Saudara jauh ni tok nenek oyang sama dgn Tok Perak. Atok saya Tok Tan jJana bendahara Perak Pahlwan Pulo Tiga.

Unknown said...

apa nama kampungnya boleh tahu

SHZLI said...

assalamulaikum puan boleh saya dapatkan no untuk saya hubungi.. kerana opah saya saedah dari susur galur sheikh hussien yamani.. rumah opah saya sebelah masjid teluk sareh..

Unknown said...

sayed hussain al yamani ada beberapa org anak...antaranya sayed salaiddin yg akhirnya membuang gelaran sayed pd anaknya kerana dikatakan telah menerima duit sadaqah org kampung...kalau x silap datuk siti nurhaliza juga datang dari salasilah ini..wallahualam

Anonymous said...

Boleh saya dapatkan foto kopi silsilah yg ibu puan simpan?.. No telefon saya 0192912728

Anonymous said...

Salam sangat2 nak tahu tntg nasab keturunan ni 😔 sy sangat perlukan boleh ke contact sy di 0137953731

Anonymous said...

Kami anak Allahyarhamah tlh diketahui adalah keturunan DRP Syed Husin Yamani...
Syed Husin Yamani lama tinggal di kawasan Istana semasa Sultan Idris (1) memerintah Perak.Selalu mengiringi Sultan kemana sahaja dengan menaiki kapal masa dulu...di Sg.Perak. Jalanraya dan kenderaan belum ada lagi.
Ada masa nya hingga ke Hilir Perak..Bagan DATUK.

Anonymous said...

Syed Husin Yamani dan Syed Hasan Yamani adik beradik datang dari Yaman. Syed Husin tinggal di Perak dan Syed Hasan tinggal di Terengganu.
Syed Husin telah berkahwin dengan orang Bukit Chandan K.Kangsar..
Ibu kami Hajjah Saidah adalah keturunan sebelah Moyang Syed Husin.Moyang Syed Husin selalu ikut kemana Sultan pergi dengan menaiki kapal di Sg.Perak menghilir dan menghulu Sungai Perak.Kadang2 hingga ke Bagan Datuk.

Anonymous said...

Salam... arwah opah saya pernah bagitau yang kami ini keturunan Syed Hussin Al Yamani... kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat susur galur keturunan Syed Hussin boleh hubungi saya pada nombor 012 573715.

Pak Hitam di Matang Gelugor masih ada ke?

Anonymous said...

Setelah dikaji salasilah sebelah bonda kami Hjjh Saidah...kami adalah DRP keturunan Moyang Syed Yamani.
Syed Husain Yamani datang dari Yaman .Mereka berdua beradik. Seorang lagi Syed Hasan menetap di Terengganu..Syed Husain Yamani berada di istana Bukit Chandan semasa Sultan Idris (1) .Memang kami berasal drpd susur galur Moyang Syed Husin Yamani.






muzamier@ymail.com said...
This comment has been removed by the author.
muzamier@ymail.com said...

Mohon bertanya, kenapa ramai dari keturunannya dia memakai gelaran Syed. Ayah saya juga dari keturunan beliau.

khairul akmal rahimi akmalkr91@gmail.com said...

saya Rahimi juga mencari salasilah Syed Hussein yang hilang. saya mencari sesiapa yang ada dokumen kerana saya dan saudara lain sedang bina family tree. 011-21098592

Anonymous said...

Pak itam tok saad dah meninggal lama dah tak silap tahun 1996 yang tinggal sana anak dia.. iman masjid Tengku Menteri Matang..