BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.

Photobucket

Thursday, March 3, 2011

Balada Kematian Seekor Kucing .....


Saya mengalami satu kejadian yang benar-benar mengesankan saya pagi ini. Ia membuatkan saya terfikir panjang tentang nikmat hidup yang diberikan Allah SWT kepada diri sendiri. Sehingga artikel ini ditulis saya masih mengenang kejadian pagi tadi ....ianya  tentang kematian seekor kucing.

Ketika enak menunggang motosikal ke sekolah pagi ini secara tiba-tiba kereta di hadapan saya membrek secara mengejut membuatkan saya juga terpaksa membuat tindakan yang sama. Ianya berpunca dari tindakan sebuah van di hadapan sekali yang telah melanggar seekor kucing berwarna oren yang secara tiba-tiba melintas jalan. 

Saya tidak menyedari kejadian tersebut sehinggalah motosikal saya melalui tempat kucing itu dilanggar. Ketika itu kucing itu masih bernyawa namun keadaannya amat parah dan nazak. Kucing itu meronta-ronta dan mengiau sayu... pandangan mata kucing itu terlintas di mata saya. Perasaan kasihan mula melanda saya namun nyawanya melayang sebaik sahaja kaki hadapannya bergerak meronta untuk kali terakhir. Kucing itu mati .... mati dilanggar van.

Sepanjang hari ini, saya memikirkan kejadian ini. Masih terbayang saat-saat akhir pertarungan kucing itu untuk nyawanya yang terakhir. Betapa sakitnya nyawa keluar dari tubuh dan betapa siksanya mati dalam keadaan berdarah dilanggar. Saya sendiri tidak tahu bagaimana akhirnya nanti kematian saya. Mati di atas katil hospital, mati bersendirian atau mati dilanggar..... itu semua atas kuasa Allah SWT. Saya menjadi terlalu insaf akan kematian yang bakal menyusul. Ia terlalu dekat dengan kehidupan kita...... 

Kucing yang mati dilanggar..... ia membuatkan saya sedar, hidup bukan seperti yang kita jangkakan.

0 ulasan: