BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.

Photobucket

Tuesday, April 5, 2011

Pilihan Raya Negeri Sarawak


 
InsyaAllah blog Indahrasajmalim akan mengikuti dan menceritakan kempen pilihan raya negeri Sarawak bagi kawasan DUN N.54 Pelagus dan DUN N.56 Baleh dalam bahagian Kapit. Tinjauan sekilas pandang saya di sekitar Kapit kelihatan sudah mula sesak dengan manusia menjelang hari penamaan calon esok ( 6 April 2011 ). Pada pandangan peribadi saya mungkin kawasan DUN N.56 Baleh merupakan kawasan selamat bagi Barisan Nasional namun bagi kawasan DUN N.54 Pelagus sukar untuk diramal. Keupayaan parti pembangkang dilihat agak lemah di sini namun jika Barisan Nasional alpa dan leka tidak mustahil parti pembangkang mampu membuat kejutan. 


Mungkin isu jalan perhubungan dan isu tanah akan dimainkan dalam pilihanraya negeri kali ini. Namun saya yakin jentera pilihanraya Barisan Nasional mampu untuk mematahkan propaganda-propaganda yang akan dimainkan oleh parti pembangkang. Saya juga sudah mendengar slogan berani berubah dari kalangan orang muda Kapit .... ia agak merisaukan saya. Jika benar mereka berani berubah tidak mustahil apa yang berlaku dalam PRU ke 13 di Semenanjung akan merebak ke Sarawak.

Namun inilah yang dinamakan pesta demokrasi. Pilihan rakyat yang menentukan segalanya. Namun pilihan yang tepat akan memastikan kesinambungan pembangunan di bahagian Kapit amnya. Segala-galanya bergantung kepada pilihan rakyat..... sama ada..... ada yang dihukum atau ada yang dijulang... 16 April 2011 ini penentu segalanya. 


SARAWAK TANAH AIR KU !!!!









0 ulasan: