Suatu Ketika Yang Telah Lama Berlalu
Dahulu sekitar lewat 1980an dan awal 90an saya sering ke Batu Gajah bersama keluarga. Untungnya pada ketika itu selain dari menggunakan perkhidmatan bas, kami sekeluarga juga berpeluang menaiki Railbus sebagai salah satu alternatif lain kepada perkhidmatan keretapi yang disediakan oleh pihak KTMB. Jika tidak silap dalam ingatan, saya pernah menaiki Railbus sebanyak dua kali. Itu sahajalah kenangan yang ada dalam diri saya berkaitan dengan Railbus KTMB ini sebelum perkhidmatannya ditamatkan pada awal tahun 1990an. Maklumat berkenaan dengan perkhidmatan Railbus ini boleh dirujuk di blog Kerambit Assasin's.
Sebuah Railbus KTMB
( Sumber http://www.malayarailway.com )
Railbus hanya tinggal kenangan bagi
yang masih mengingatinya.
( sumber http://www.timlightnostalgia.co.uk )
Ketika itu, stesen keretapi Batu Gajah ialah antara stesen keretapi yang penting dan sibuk. Tambahan pula perkhidmatan jalan raya masih belum dimodenkan seperti hari ini maka tidak hairanlah ramai yang lebih suka menaiki keretapi untuk kemana-mana destinasi. Jika pertama kali menjejakkan kaki ke Batu Gajah pada ketika itu jelas terasa sekali aura klasik yang dimilikinya. Malah sehingga ke hari ini kita masih boleh menemui bangunan-bangunan lama yang dibina sejak zaman penjajahan yang terus kekal digunakan di Batu Gajah.
Bangunan lama Hospital Batu Gajah antara monemen lama
yang masih kekal di Batu Gajah.
( sumber http://timesofmalaya.blogspot.com )
Tetapi itu cerita dahululah. Cerita tentang zaman-zaman lama yang penuh dengan nilai keemasan. Selepas itu, saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke stesen keretapi Batu Gajah walaupun selalu berulang-alik ke Batu Gajah. Pernah juga beberapa kali saya melalui di hadapan stesen ini semasa ia masih beroperasi sayangnya hati tidak pernah terdetik untuk singgah.
Sehinggalah pada suatu ketika dimana hayat stesen-stesen lama yang pernah menjadi memori kenangan silam saya mula dirobohkan satu persatu bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan berkembar, barulah saya mula terkejar-kejar berlumba dengan masa bagi merakamkan momen-momen indah stesen keretapi lama yang masih tersisa. Untung juga salah satunya yang masih kekal ialah stesen keretapi Batu Gajah. Ya kini saya menjejakinya semula ..... saya yakin saya mampu membeli memori lama saya di stesen tua ini !

Harith Dan Perjalanan Yang Tidak Terjangka
Kunjungan ziarah kepada seorang bapa saudara yang uzur di Batu Gajah kira-kira tiga bulan yang lalu telah membenihkan satu perjalanan ringkas yang sungguh tidak terjangka oleh saya. Ajakan secara berseloroh kepada sepupu saya Harith ternyata berjaya memujuknya untuk bersama-sama saya meneroka stesen keretapi lama Batu Gajah yang kini tidak lagi beroperasi. Ah... ia suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja !.
Semenjak dari pembinaan landasan berkembar sektor Rawang-Ipoh dimulakan, banyak stesen-stesen dan perhentian keretapi lama telah dirobohkan. Namun demikian, terdapat pengecualian bagi stesen keretapi Batu Gajah ini. Jika tidak salah hanya stesen keretapi lama Kuala Kubu Road, Tanjong Malim, Tapah Road dan Batu Gajah sahaja yang masih kekal bagi sektor laluan Ipoh-Rawang. Manakala yang lainnya dirobohkan atau dinaiktaraf.
Stesen keretapi lama Batu Gajah pada waktu tengah hari
Kami bergerak ke stesen ini ketika hari sudah menjengah tengah hari. Walaupun tidak lagi beroperasi, stesen ini masih lagi menjadi perhatian kepada warga Batu Gajah. Ini adalah kerana di bangunan stesen ini masih terdapat sebuah kedai makan dan kedai gunting rambut. Ia secara tidak langsung memberikan warna baru kepada hayat stesen keretapi tua ini. Ini menjadikan masyarakat sekitar akan sentiasa dekat dengan stesen ini walaupun peranannya tidak lagi seperti yang terlihat dahulu. Sekurang-kurangnya, bagi generasi muda pasti mereka dapat mengenali sebuah stesen keretapi warisan yang amat berjasa kepada proses urbanisasi Batu Gajah sejak dari zaman penjajahan lagi.
Walaupun sudah tidak lagi beroperasi ekoran dari pembinaan sebuah stesen baru, stesen keretapi Batu Gajah ini masih mengekalkan beberapa tinggalan-tinggalan lama yang begitu unik. Salah satunya pasti papan tanda stesen bewarna putih yang menjadi lambang kepada stesen-stesen keretapi lama seluruh Malaysia. Walaupun papan tanda ini sudah uzur dimamah masa dan tulisan di permukaannya sudah semakin pudar namun dari jarak yang dekat saya masih dapat melihat tulisan BATU GAJAH terpamer dengan megahnya. Sayangnya keadaan di sekitar papan tanda stesen ini agak bersemak samun dan tidak terjaga. Namun pada saya itu sudah menjadi lumrah bagi setiap stesen-stesen keretapi lama yang telah ditinggalkan.
Saya memasuki kawasan ruang legar utama stesen ini. Masih terasa suasana lamanya. Kaunter tiket yang sunyi menyambut saya dengan seribu satu kenangan. Ia masih sama seperti dahulu. Saya meninjau-ninjau kawasan platform stesen ini yang kelihatannya masih terpelihara dengan baik. Jika tidak silap saya suatu ketika dahulu jarak antara platform dengan landasan agak berhampiran namun kini ia sudah agak jauh dari landasan utama. Beberapa orang pelanggan restoran di sebelah melihat saya dengan senyuman. Saya membalas senyuman mereka.
Ketika berlegar-legar di laluan utama platform ini saya terpandang pintu yang tidak berkunci bagi memasuki bilik utama kaunter tiket. Saya berbelah bahagi sama ada mahu memasukinya atau tidak. Harith secara tiba-tiba muncul dari belakang saya. Saya mengajaknya masuk dan beliau menurut sahaja ajakan saya. Rasanya ruangan kecil ini telah dijadikan oleh individu-individu tertentu untuk aktiviti yang tidak bermoral. Saya bersyukur kerana beberapa tinggalan zaman-zaman keemasan stesen ini masih kekal dan tidak diusik sepenuhnya.
Satu lagi pelekat yang benar-benar menarik dan unik ialah pelekat gambar lokomotif diesel elektrik KTMB dari kelas 20 yang kini tidak lagi digunakan. Lokomotif kelas 20 merupakan antara lokomotif diesel elektrik terawal yang digunakan oleh pihak KTMB. Jasanya terlalu besar kepada rakyat Malaysia dan telah berkhidmat selama 23 tahun iaitu bermula dari tahun 1957 sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1980. Lokomotif kelas 20 ini tinggal sebagai satu tinggalan sejarah dan kenangan indah perkhidmatan keretapi di negara kita. Lokomotif kelas 20 ini masih boleh kita lihat sebagai bahan pameran di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor.
Terdapat ruangan solat yang agak luas. Saya tidak pasti sama ada ia dikhususkan kepada para penumpang atau kepada kakitangan stesen ini sahaja. Di suatu ruangan pula terdapat satu binaan yang menyerupai bekas berkunci. Pintu besinya kukuh dan berkunci. Mungkin suatu ketika dahulu ia pernah dijadikan tempat menyimpan wang kutipan tiket. Sayu hati saya melihat ia terbiar begitu sahaja. Pada pandangan saya, ruangan kecil ini jika diselenggara dengan baik, pasti boleh dijadikan galeri mini khusus untuk mempamerkan bahan-bahan bersejarah perkhidmatan keretapi di Batu Gajah. Tetapi itulah ... ia hanya detikan dari hati saya sendiri dan saya pasti ia pasti kekal sebagai satu angan-angan yang tak sudah.
Ketika keluar dari ruangan dalam stesen ini, barulah mata saya dapat melihat papan tanda arah stesen ini. Walaupun papan tanda ini kelihatan agak moden namun ia tetap satu tinggalan bersejarah stesen tua ini. Ketika memandang papan tanda ini barulah saya mengetahui, ruangan yang saya masuk tadi ialah pejabat bungkusan ( Parcel Office ) yang bersambung dengan ruangan kaunter tiket. Patutlah terdapat satu bekas berkandang di dalamnya yang mungkin digunakan sebagai tempat menyimpan barang dari dicuri. Stesen keretapi tua ini benar-benar telah menjual memorinya kepada saya dan saya tidak boleh menipu, banyak maklumat yang saya perolehi di sini.
Di seberang jalan stesen ini terdapat dua buah rumah kayu lama masih digunakan. Jika dilihat dari bentuk dan gaya binaannya ia adalah sebuah rumah kerajaan ( kuarters ). Kedudukan kedua-dua rumah ini yang berdekatan dengan stesen keretapi lama Batu Gajah ini mungkin memberi petunjuk ia adalah kuarters KTMB. Jika andaian ini salah, mohon para pembaca membetulkannya. Hehehehe.
Saya tidak dapat menjangka berapa lamakah lagi hayat stesen ini. Masa dan kemodenan bagaikan berlari di sini dan stesen tua ini sudah terlalu uzur untuk bersaing dengannya. Zaman keemasan stesen ini mungkin telah berakhir. Nun di kejauhan, sebuah stesen baru yang moden telah menjadi mercu tanda baru bagi bandar Batu Gajah. Jika dahulu ada keretapi yang singgah menghantar dan mengambil penumpang disini namun kini keretapi hanya melaluinya sahaja tanpa berhenti. Benar ... stesen tua ini sudah tamat perkhidmatannya !.
Bergerak Dengan Kenangan
Setelah hampir 40 minit meninjau dan melihat sendiri suasana stesen keretapi lama Batu Gajah ini, saya dan Harith mengambil keputusan untuk bergerak meninggalkannya. Sengaja saya meminta Harith memandu kereta. Ketika mengundurkan kereta secara tiba-tiba di kejauhan saya terpandang sesusuk tubuh anak kecil berlari riang turun dari gerabak keretapi ! Anak kecil itu melambai-lambai kepada saya. Ah .. ilusi yang benar-benar indah .... benar ... saya melihat memori saya dijual kembali oleh stesen ini dengan harga yang mahal ... ya sangat mahal dan saya membelinya tanpa kompromi.
Semakin jauh kami bergerak meninggalkan stesen ini, semakin menghilang bayang kanak-kanak kecil itu. Ia terus menghilang dan mengecil tanpa berbekas .... ia terus hilang dibawa oleh hari -hari tua stesen keretapi lama Batu Gajah !
Kedai makan warisan dari stesen keretapi lama Batu Gajah
Tinjauan Yang Mengharukan
Papan tanda lama stesen keretapi Batu Gajah
yang diliputi semak samun
Walaupun sudah tidak lagi beroperasi ekoran dari pembinaan sebuah stesen baru, stesen keretapi Batu Gajah ini masih mengekalkan beberapa tinggalan-tinggalan lama yang begitu unik. Salah satunya pasti papan tanda stesen bewarna putih yang menjadi lambang kepada stesen-stesen keretapi lama seluruh Malaysia. Walaupun papan tanda ini sudah uzur dimamah masa dan tulisan di permukaannya sudah semakin pudar namun dari jarak yang dekat saya masih dapat melihat tulisan BATU GAJAH terpamer dengan megahnya. Sayangnya keadaan di sekitar papan tanda stesen ini agak bersemak samun dan tidak terjaga. Namun pada saya itu sudah menjadi lumrah bagi setiap stesen-stesen keretapi lama yang telah ditinggalkan.
Kaunter tiket
Saya memasuki kawasan ruang legar utama stesen ini. Masih terasa suasana lamanya. Kaunter tiket yang sunyi menyambut saya dengan seribu satu kenangan. Ia masih sama seperti dahulu. Saya meninjau-ninjau kawasan platform stesen ini yang kelihatannya masih terpelihara dengan baik. Jika tidak silap saya suatu ketika dahulu jarak antara platform dengan landasan agak berhampiran namun kini ia sudah agak jauh dari landasan utama. Beberapa orang pelanggan restoran di sebelah melihat saya dengan senyuman. Saya membalas senyuman mereka.
Platform stesen keretapi lama Batu Gajah
Keadaan di dalam bangunan stesen
Satu lagi bahagian lain di dalam bangunan stesen
Saya tertarik dengan beberapa poster lama KTMB yang masih terlekat di dinding stesen ini. Timbul juga niat di hati untuk mengambilnya. Namun saya sedar itu bukanlah tindakan yang baik kerana ia tetap hak milik KTMB. Saya hanya seorang peminat sejarah keretapi dan bukannya penjarah khazanah sejarah keretapi. Yang mampu saya lakukan hanyalah mengambil gambar poster-poster ini sebagai kenang-kenangan di masa depan. Terdapat juga makluman nombor telefon stesen-stesen keretapi lain yang masih beroperasi ketika itu. Saya dapat melihat tiada nombor telefon stesen keretapi Bidor di situ. Ini bermakna, stesen keretapi Bidor merupakan antara stesen keretapi terawal yang ditamatkan perkhidmatannya ketika masa-masa awal pembinaan landasan berkembar.
Poster-poster lama KTMB yang masih kekal
Maklumat nombor telefon stesen-stesen keretapi lain
Terdapat sebuah papan kenyataan yang usang di dalam ruangan ini. Walaupun banyak permukaannya usang dimamah masa namun terdapat beberapa keratan pelekat yang masih jelas kelihatan. Antara yang menarik minat saya ialah pelekat tajuk JAJARAN. Jika tidak salah saya, JAJARAN ialah tajuk bagi majalah rasmi KTMB yang kini sudah tidak lagi diterbitkan. Melalui maklumat yang saya dapati dari blog zkeretapi, keluaran akhir majalah JAJARAN ini ialah pada bulan Jun 1997. Selepas itu ia tidak lagi diterbitkan.
Papan tanda usang dengan pelekat majalah JAJARAN dan
lokomotif kelas 20 tertampal di atasnya.
Majalah JAJARAN milik KTMB
( sumber http://zkeretapi.blogspot.com )
Satu lagi pelekat yang benar-benar menarik dan unik ialah pelekat gambar lokomotif diesel elektrik KTMB dari kelas 20 yang kini tidak lagi digunakan. Lokomotif kelas 20 merupakan antara lokomotif diesel elektrik terawal yang digunakan oleh pihak KTMB. Jasanya terlalu besar kepada rakyat Malaysia dan telah berkhidmat selama 23 tahun iaitu bermula dari tahun 1957 sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1980. Lokomotif kelas 20 ini tinggal sebagai satu tinggalan sejarah dan kenangan indah perkhidmatan keretapi di negara kita. Lokomotif kelas 20 ini masih boleh kita lihat sebagai bahan pameran di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor.
Sebuah gambar lama lokomotif kelas 20
( sumber http://www.timlightnostalgia.co.uk )
Lokomotif diesel elektrik KTMB kelas 20
yang dipamerkan di muzium Sultan Alam Shah
( sumber http://www.keretapi.com )
Terdapat ruangan solat yang agak luas. Saya tidak pasti sama ada ia dikhususkan kepada para penumpang atau kepada kakitangan stesen ini sahaja. Di suatu ruangan pula terdapat satu binaan yang menyerupai bekas berkunci. Pintu besinya kukuh dan berkunci. Mungkin suatu ketika dahulu ia pernah dijadikan tempat menyimpan wang kutipan tiket. Sayu hati saya melihat ia terbiar begitu sahaja. Pada pandangan saya, ruangan kecil ini jika diselenggara dengan baik, pasti boleh dijadikan galeri mini khusus untuk mempamerkan bahan-bahan bersejarah perkhidmatan keretapi di Batu Gajah. Tetapi itulah ... ia hanya detikan dari hati saya sendiri dan saya pasti ia pasti kekal sebagai satu angan-angan yang tak sudah.
Ruangan solat dan ruangan pejabat bungkusan
Mungkin pernah dijadikan tempat meletak
duit kutipan tiket ?
Ketika keluar dari ruangan dalam stesen ini, barulah mata saya dapat melihat papan tanda arah stesen ini. Walaupun papan tanda ini kelihatan agak moden namun ia tetap satu tinggalan bersejarah stesen tua ini. Ketika memandang papan tanda ini barulah saya mengetahui, ruangan yang saya masuk tadi ialah pejabat bungkusan ( Parcel Office ) yang bersambung dengan ruangan kaunter tiket. Patutlah terdapat satu bekas berkandang di dalamnya yang mungkin digunakan sebagai tempat menyimpan barang dari dicuri. Stesen keretapi tua ini benar-benar telah menjual memorinya kepada saya dan saya tidak boleh menipu, banyak maklumat yang saya perolehi di sini.
Papan tanda arah stesen
Di seberang jalan stesen ini terdapat dua buah rumah kayu lama masih digunakan. Jika dilihat dari bentuk dan gaya binaannya ia adalah sebuah rumah kerajaan ( kuarters ). Kedudukan kedua-dua rumah ini yang berdekatan dengan stesen keretapi lama Batu Gajah ini mungkin memberi petunjuk ia adalah kuarters KTMB. Jika andaian ini salah, mohon para pembaca membetulkannya. Hehehehe.
Dua buah rumah lama berhadapan
dengan stesen keretapi lama Batu Gajah
Bergerak Dengan Kenangan
Setelah hampir 40 minit meninjau dan melihat sendiri suasana stesen keretapi lama Batu Gajah ini, saya dan Harith mengambil keputusan untuk bergerak meninggalkannya. Sengaja saya meminta Harith memandu kereta. Ketika mengundurkan kereta secara tiba-tiba di kejauhan saya terpandang sesusuk tubuh anak kecil berlari riang turun dari gerabak keretapi ! Anak kecil itu melambai-lambai kepada saya. Ah .. ilusi yang benar-benar indah .... benar ... saya melihat memori saya dijual kembali oleh stesen ini dengan harga yang mahal ... ya sangat mahal dan saya membelinya tanpa kompromi.
Semakin jauh kami bergerak meninggalkan stesen ini, semakin menghilang bayang kanak-kanak kecil itu. Ia terus menghilang dan mengecil tanpa berbekas .... ia terus hilang dibawa oleh hari -hari tua stesen keretapi lama Batu Gajah !
8 ulasan:
tinggal kenangan sahaja.
Salam sejahtera Tuan Thomas..
Lama sudah bertemu di alam blogger ini... ini sahajalah yang masih tersisa di Batu Gajah. saya mengambil peluang yang masih ada untuk mengimbau kenangan lama
masih berdiri lagi stesen tua ini..
Says pernah tinggal bersama org tua saya di kg sg terap 1974 - 1978. Ayah saya berkhidmat sbg tentera.
Stesen keretapi itu mmg satu nostalgia pd saya di mana rel keretapi di depan masjid kg Sg terap adalah tempat permainan saya. Klu nak blk ke kg saya di NS maka naik lah keretapi dr batu gajah ke Tampin transit di KL.
Depan stesen dulu ada panggung wayang.
Huhuhu.....
Jika begitu mesti tahu kedai salam berdekatan dengan masjid sg terap. Tempan anak kg bermain..
Sudah tentu tapi sekarang dh xde lagi.
Saya tinggal rumah sewa sebelah rumah mantan tok sidang. Rumah sewa arwah cikgu halim. Opposite landasan keretapi.
Kedai salam tu tmpt upah saya teman kan kak ikin jumpa bakal suami dia ketika itu pilot tudm. Heli landed kat lombong blkg.
Dan yang paling saya ingat 2 org adik beradik org kg panggil Aaa dan Eee.
Sekarang ramai yg saya kenal dh tiada. Saya ada pergi ziarah mereka mereka yg ketika itu masih hidup.
kali terakhir kat sini masa tahun 2003 hantar arwah adik masuk askar dia naik tren pukul 12malam . masatu suasana stesen ni meriah sebab dalam keretapi yang datang dari arah utara ni bawak banyak budak² rekrut askar yg baru nak melapor sebagai pelati kat port dickson tapi skrg semua tinggal kenangan. arwah adik aku pun dh hembuskan nafas terakhirnya diserawak setelah berkhidmat di kem semenggor kuching . alfatihah untuk amin
Mengenang kembali selama 3 tahun (85 - 88) saya menaiki pengangkutan kereta api ini dari Batu gajah ke Tg. Malim. Tak boleh lupa pengalaman dan kenangan tersebut. Terima kasih atas perkongsian artikel ini. Kenangan mengusik jiwa.
Post a Comment