BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.

Photobucket

Tuesday, October 28, 2014

Ini Padang Ragut Kita



Ini padang ragut kita di masa kecil
yang membina segala sendi dan darah kita

Dan pada padang ragut  mewah
dengan hijau dan air biru itu
telah mengajar kita tentang bahasa budi
yang diberi Tuhan
dalam sejuta rezeki yang bergelimpangan.

Ini padang ragut pengalaman
ia menimbus bapa-bapa kita
yang menyembunyikan jutaan
pokok-pokok derita
yang tidak berkesudahan itu

Ini padang ragut yang kelaknya
kita tinggalkan tanpa perasaan

Ia menjadi penyendiri
dan wajah-wajah yang pernah
meniti di mata kita
mula menghilang satu persatu
tanpa sedar
tanpa rindu

Ini padang ragut yang dimakan anai-anai
ia menjadi semakin tua dan asing

Saban masa ia menyanyi
lagu-lagu rindu
pada satu kepulangan anak watannya
yang bergelandangan
jauh, jauh, jauh, jauh dan jauh

Ini padang ragut yang akhirnya
menyapa kita
pada kematian yang menghampir

Lalu dengan kepayahan
kita membeli
setiap lorong kenangan itu
dengan jutaan air mata
tapi sayang
denainya semakin hilang
ditelan detik yang berubah

Ini padang ragut kita
yang mati dengan membawa
selaksa kenangan
merosak sukma.














2 ulasan:

m.johar 1977 said...

Assalammualaikum saudara. Bagaimana saya boleh menghubungi saudara? Sekurang-kurangnya wassaup. Terima kasih.

hafez j malim said...

salam Tuan M.Johar... boleh menghubungi sya di nombor 0176959172