Malam itu terus berjalan melewati setiap kenangan yang mendewasakan aku. Cerita - cerita malam terus membuatkan senyuman selalu terukir di wajahmu. Menjelang penamat usia belasan tahunku, aku berazam untuk tinggal di asrama. Bersekolah di SMK Buyong Adil Tapah menyebabkan aku perlu untuk tinggal di asrama ekoran dari jarak pekan Bidor ke Tapah yang agak jauh. Peliknya sekolahku itu tidak mempunyai asrama lelaki dan aku beserta beberapa orang temanku yang kebanyakannya berasal dari FELDA Gunung Besout, Sungkai dan Trolak terpaksa pula penumpang di asrama lelaki SMK Hamid Khan yang terletak tidak jauh dari sekolahku. Duduk di asrama memang menyeronokkan dan pastinya cerita-cerita malam tentang kehidupan di asrama mula menyelinap masuk ke celah-celah diari kehidupanku.
Menjadi pelajar dengan usia paling tertinggi di asrama adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Hampir kesemua penghuni asrama menghormati kami lantaran kami ialah pelajar tingkatan enam. Memiliki dorm sendiri yang hanya boleh diakses atau diduduki oleh pelajar-pelajar yang dipercayai sahaja. Namun masih juga ada beberapa pelajar tingkatan 1,2,3 dan 5 yang tetap tinggal bersekali di dorm kami atas alasan menjimatkan ruang. Jujurnya kami pelajar tingkatan 6 pasti memiliki 4 locker pakaian yang dibawa masuk secara haram ke dalam dorm berbanding pelajar lain yang hanya memilki sebuah locker pakaian sahaja. Juga satu keistimewan yang tiada di dorm lain ialah hanya di dorm kami sahaja boleh mendengar radio.
Radio itulah yang menyeronokkan malam-malam kami. Itulah hiburan yang paling enak penyeri kehidupan kami. Masih teringat lagi aku dengan rancangan pilihan lagu yang paling terkenal ketika itu iaitu rancangan Pilihan Bersama di Radio Muzik yang tidak salah dalam ingatanku bersiaran hingga jam 12 tengah malam. Rancangan berkenaan menyediakan pilihan lagu-lagu semasa yang popular ketika itu dan ia dipilih oleh pendengar radio itu sendiri. Jika ada lagu yang popular maka kami akan menyanyikannya beramai-ramai.
Rancangan Pilihan Bersama sangat popular
suatu ketika dahulu pada penghujung tahun 1990an.
Pernah juga aku dan teman-teman mencuba nasib menghantar lagu permintaan sayangnya tidak pula pernah mendengar nama kami disebutkan oleh dejay radio berkenaan sebagai pendengar yang bertuah untuk dipilih lagu pilihannya. Kini ia tetap kekal sebagai satu kenangan sahaja. Rancangan Pilihan Bersama yang terkenal suatu ketika dahulu itu juga sudah tidak ada wujud kini. Aku juga kini sudah amat jarang mendengar radio di rumah apatah lagi mendengar radio pada waktu malam. Aku merindui suasana yang dahulu ... alangkah indahnya masa yang telah berlalu itu.
Tipulah jika di asrama tidak ada masalah rokok. Tetapi aku bukan perokok walaupun berkawan dengan kawan-kawan yang hampir semuanya kaki rokok. Di hujung kawasan tempat menyidai pakaian tidak jauh dari tandas lama yang dikatakan begitu angker itulah lokasi paling strategik untuk kegiatan itu. Seringkali juga aku mengikuti teman-temanku yang sesetengahnya berjawatan imam surau asrama, pengawas asrama dan balaci warden menghisap rokok di tempat itu. Ada sekali jika tidak silap dalam ingatanku, "port" kebanggaan perokok asrama putera itu diserbu oleh ketua warden. Mujur juga malam itu aku tidak berapa sihat dan terbaring sahaja di atas katil. Jika tidak ... aduhai Allah sahaja yang tahu apa yang akan terjadi.
Cerita-cerita seram memang tidak pernah hilang dari benak warga asrama kecil itu. Aku sendiri sesekali gerun mendengar kisah-kisah seram yang pada pandanganku baunya sama dengan cerita seram di mana-mana sahaja asrama era 90an. Tetapi di asrama ini juga punya kisahnya yang tersendiri iaitu tentang suatu tiang dinding yang dikatakan dahulu pernah mengeluarkan darah. Kononnya tiang berkenaan dihuni oleh makhluk halus dan atas usaha seorang ustaz, makhluk berkenaan telah berjaya dihalau dari tiang berkenaan. Sebagai satu usaha untuk mengelakkan makluk berkenaan kembali semula ke tiang berkenaan, beberapa potongan ayat Al-Quran dan kalimah Allah dan Muhammad yang diperbuat dari zink dilekatkan pada tiang atau dinding berkenaan.
Cerita ini tersebar untuk setiap generasi pelajar di asrama berkenaan dan pastinya jalan ceritanya telah ditokok tambah tanpa tapisan. Pada mulanya aku tidak mengambil pusing sangat dengan cerita berkenaan tiang berkenaan sehinggalah pada suatu hari seorang temanku yang kami panggil Jelmol menunjukkan aku kedudukan tiang berkenaan di dorm kami !. Dapat kulihat kalimah Allah dan Muhammad di kiri dan kanan dinding berkenaan. Juga sebahagian dari ayat Al-Quran yang telah kabur tulisannya. Paling tidak kusukai ialah kedudukan tiang berkenaan betul-betul terletak tidak jauh dari hadapan katilku. Namun aku agak kagum dengan Jelmol, beliau tidak pernah ada rasa takut dan katil beliau sendiri memang terletak betul-betul di bawah tiang berkenaan.
Perkara yang paling tidak kusukai ialah apabila terjaga secara mengejut di tengah malam. Ketika suasana asrama sunyi dan semua penghuninya tidur nyenyak. Aku di masa remaja punya sedikit kesusahan untuk tidur semula apabila terjaga dari tidur di tengah malam. Hal ini sesekali membuatkan aku menjadi ketakutan apabila terpandang pada dinding berkenaan. Situasi ini berlarutan untuk beberapa bulan lamanya. Namun apabila sudah semakin biasa dengan kehidupan asrama berkenaan, ketakutan berkenaan semakin hari semakin hilang dan aku sendiri pernah bermalam berdua sahaja dengan Jelmol di dorm berkenaan ketika semua pelajar sudah pulang bercuti dan kami terpaksa kekal di asrama berkenaan kerana memepunyai tugasan di sekolah.
Hasil dari cerita-cerita seram malam inilah yang menyebabkan kebanyakan pelajar khususnya yang baru dalam tingkatan satu amat takut untuk pergi membuang air di tandas pada waktu tengah malam. Bagi yang bernasib baik dapatlah mengejutkan teman baik untuk menemani ke tandas. Bagi yang tidak bernasib baik, cuma ada dua sahaja pilihan... lepaskan sahaja di katil atau di longkang koridor hadapan dorm. Esok pagi pasti bau hancing akan menerpa ke hidung kami dan kebiasaannya amat sukar menentukan pelakunya. Pernah juga kami dikejutkan dengan penemuan seluar dalam yang dipenuhi dengan najis di dalam longkang berkenaan. Namun pelakunya sudah boleh diteka kerana kebanyakan pelajar tingkatan satu akan menulis nama pada seluar dalam mereka. Seperti biasa... pasti ia akan menjadi bahan cerita jenaka yang mengambil masa yang lama untuk hilang dari ingatan warga asrama berkenaan.
Aku tidaklah menyatakan diri aku ini sebagai seorang yang baik. Sesekali belangku sebagai abang senior tetap juga ada. Biasanya aku akan meminta pelajar tingkatan satu mengurut badanku dan atau cukup sahaja menolong menjemur pakaian basuhanku. Namun yang pasti kebanyakan pelajar tingkatan bawahan pasti akan mencuba mengejutkan aku dari tidur untuk menemani mereka ke tandas pada waktu malam. Aku pula tidak sampai hati melihat pelajar-pelajar cilik ini menahan diri untuk ke tandas akibat dari perasaan ketakutan itu. Tambahan pula kebanyakan dari pelajar-pelajar tingkatan bawahan ini mempunyai kakak yang manis yang bersekolah sekali dengan kami. Namun kerana kebaikan ku inilah pada suatu malam keberanianku benar-benar teruji.
Aku tidur di bahagian bawah katil dua tingkat dan diatasnya menempatkan Izad, pelajar tingkatan satu yang memiliki 3 orang kakak yang pada pandanganku sangat-sangat cantik. Seringkali juga aku dan kakaknya yang kedua itu saling berkirim salam namun tidaklah lebih dari itu. Pernah juga Izad meminta aku berkirim gambar kepada kakaknya namun permintaannya itu tidak pernah kuturuti. Sebenarnya ketika di tingkatan enam aku merasa agak rendah diri untuk berkenalan dengan mana-mana gadis. Bukan tidak ada yang berminat denganku namun apabila memikirkan soal diri dan kemahuan untuk berjaya, keinginan untuk berkasih-kasihan itu aku tahan sahaja dalam diri.
Pada suatu malam yang dingin aku dikejutkan oleh Izad yang memintaku menemaninya ke tandas. Buka sahaja mata tanpa banyak bicara aku mengikutinya ke tandas. Kata Izat perutnya sakit. Kasihan pula kulihat wajahnya yang berkerut itu. Ketika melalui katil Jelmol, terlintas di fikiranku untuk mengejutnya dan mengikutiku menemani Izad ke tandas. Tetapi apabila memikirkan dengkurannya yang kuat itu, cadangan itu aku buang jauh-jauh. Biarlah Jelmol tidur dengan seenaknya. Sampai ke tandas Izad dengan segera masuk ke tandas dan aku menunggunya seorang diri di luar. Lama aku menunggu dan Izad tidak pula keluar-keluar dari tandas berkenaan. Aku mengetuk pintu tandas berkenaan memanggil nama Izad namun senyap tiada sahutan dari dalam.
Suasana malam yang sepi dengan bunyi unggas dan lolongan anjing membuatkan aku menjadi seram sendiri. Aku mencuba untuk mengetuk pintu bilik air tersebut namun tidak ada jawaban dari dalam. Pada perkiraanku waktu berkenaan hampir memasuki jam 3 pagi. Waktu yang selalu ku kenang sebagai waktu permainan hantu syaitan yang meliar. Aku bergegas pulang semula ke katilku. Alangkah terkejutnya aku Ijad sedang seronok lena di katilnya tanpa sebarang gangguan. Siapakah gerangan yang bersama dengan ku ke tandas sebentar tadi ?. Aku berbaring semula di katilku. Fikiranku buntu dan seperti biasanya mataku mula sukar untuk tidur.
Debaran jantungku semakin kencang dan ini ditambah pula apabila pandanganku jatuh ke pangkal tiang berdarah yang begitu berlagenda di asramaku itu. Allahuakbar ... jujur untuk aku katakan inilah kali pertama aku merasa ketakutan yang maha hebat. Aku berselubung di dalam selimutku yang tebal. Aku seperti dapat merasakan bagaikan ada seseorang sedang berada rapat dengan aku ketika itu namun kelibatnya tidak kelihatan.
Aku tidak sedar bila aku terlena. Cuma ketika bangun dari tidur aku merasakan tubuhku sedikit longlai. Aku masuk ke bilik air dan melihat tandas yang dimasuki oleh "Ijad" pada malam tadi terbuka pintunya. Aku tidak pernah menceritakan hal yang kualami ini kepada teman-teman seasrama denganku. Aku bimbang ia akan menjadi buah mulut dan akan lebih menakutkan penghuninya. Peliknya selepas kejadian itu, aku menjadi lebih berani malahan tandas yang telah mengenakan aku pada malam itu menjadi tempat utama kepadaku untuk melepaskan hajat walaupun di tengah malam. Pada pandangan aku, mungkin kejadian itu sebagai salam perkenalan dari makhluk yang tidak mampu kulihat itu kepada diri aku. Aku tahu ... ia sekadar memberi peringatan kepadaku untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan di dunia yang penuh rahsia ini.

Gambar kenangan ketika di asrama dalam tahun 2003.
Duduk di belakang dari kiri Azli, Hafez J.Malim dan Jelmol.
Duduk di hadapan dari kiri Syamil, Faizal dan Pakdin.
Katil di sebelah kanan ialah katil penulis semasa kejadian
disakat oleh " Ijad".
Keluar pada waktu malam atau istilah popularnyanya "fly" adalah sesuatu yang paling hebat dilakukan oleh para penghuni asrama. Amat sukar untuk melakukannya namun bagi pelajar tingkatan enam yang jumlahnya cuma beberapa kerat ini ia adalah suatu yang sangat enteng dan mudah. Walaupun perbuatan itu adalah merupakan satu kesalahan yang berat namun bagi kami ia adalah satu keseronokan yang tiada taranya. Tiada istilah takut kepada kami kerana semuanya dilakukan dengan terancang dan penuh ketelitian. Jika tidak salah dalam ingatan aku antara teman-teman seasrama yang sering fly bersama aku ialah Faizal, Jelmol, Mamak dan beberapa orang pelajar tingkatan lima.
Tujuan keluar pada waktu malam itu adalah lebih kepada faktor mencari makanan. Duduk di asrama kecil yang makanannya serba serbi berkongsi sebenarnya agak memberikan kesan kepada diriku. Tambahan pula aku adalah dari jenis yang agak memilih makanan. Semua benda aku tidak makan kecuali ayam. Jika tiada lauk ayam maka tidaklah aku makan di kantin asrama sebaliknya aku akan makan apa sahaja yang ada di dalam almari pakaianku ... selalunya mee segera. Sesekali ada juga seorang cikgu yang sudah aku lupa namanya datang ke asrama pada waktu malam untuk berjual nasi lemak. Jualannya memang tidak menghampakan kerana memang selalu habis diborong oleh warga asrama yang kelaparan termasuklah aku.
Hal keluar malam ini sebenarnya punya banyak cerita kenangan yang sangat sukar untuk aku lupakan. Pekan Tapah dalam 13 tahun dahulu bukanlah seperti yang terlihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah pekan mati dan tidak banyak kedai dibuka pada waktu malam. Kebetulan pula pada ketika itu terdapat sebuah kedai yang menjual roti canai pada waktu malam dan letak kedai berkenaan bersebelahan sahaja dengan stesen bas Tapah. Itulah tempat utama yang kami tujui sekiranya melakukan aktiviti keluar malam ini. Harga bagi sekeping roti canai cuma RM 0.50 sen sahaja ketika itu dan ia adalah dalam kemampuan kewangan kami.
Usai menikmati roti canai, kami akan melepak dahulu di bangku kayu bertingkat yang terletak di gelanggang tenis Tapah. Tidak ada apa yang dilakukan melainkan berbual kosong atau berbaring sahaja disitu. Seronok menikmati alam persahabatan ketika itu. Tanpa keluarga disisi, cuma teman-temanlah yang menjadi penguat diri. Kini sebahagian dari teman-teman di asrama sudah jarang-jarang kutemui. Perhubungan juga sudah semakin menipis walaupun sesekali dapat juga kulihat mereka di media sosial seperti Facebook. Ada juga yang sudah berpulang menemui Ilahi. Al-Fatihah untuk sahabatku Mamak ( Mohd Syukri Bin Kaja Maidin ).
Untuk Mamak, ada secebis kenangan yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Terasa sebak apabila mengenangkan betapa kecilnya kehidupan kami ketika itu. Hidup berbulan-bulan di asrama menyebabkan aku dan beberapa teman tingkatan enam begitu kepingin untuk menikmati keenakan sate. Maka dirancang satu aktiviti keluar malam yang akan dilakukan ketika warden dan sebahagian warga asrama keluar untuk satu lawatan yang aku sudah lupa kemana hala tujunya. Mamak dilantik sebagai ketua dan beliau berjanji untuk membelanja kami makan sate sekali ganda dari apa yang mampu kami kongsikan. Maksudnya jika aku cuma mampu membayar untuk lima cucuk sate sahaja maka beliau akan menambahkan lima cucuk sate lagi sebagai satu dorongan untuk kami keluar malam.
Jika tidak salah dalam ingatan kami keluar berlima yang terdiri dari aku, Mamak, Faizal, Jelmol dan Azli. Kami berjaya keluar dengan mudah kerana pada ketika itu pengawal keselamatan berada jauh dari pintu pagar utama asrama. Tambahan pula pengawal keselamatan tua itu memang selalu lihai dalam tugasannya. Kami menuju ke Taman Malaysia kerana disitu terdapat kedai yang berjualan sate. Betapa enaknya menikmati sate yang rasanya sudah berbulan-bulan tidak kujamah itu.
Ketika sedang enak menikmati sate yang berjumlah 50 cucuk itu secara tiba-tiba aku terlihat sebuah kereta bewarna perak yang begitu familiar dalam penglihatanku. Tidak syak lagi itu ialah kereta warden asrama. Hampir terkeluar semula sate-sate yang telah kami telan itu. Mahu menangis melihat sate-sate yang masih tertinggal di dalam pinggan yang pada perkiraanku masih banyak. Tanpa berlengah kami perlu segera angkat kaki. Jika dapat dilihat oleh warden alangkah dashatnya dendaan yang akan kami terima nanti. Alhamdulillah kami dapat melepaskan diri namun jauh di dalam hati alngkah sedihnya mengenangkan sate yang masih tersisa. Nampaknya bukan rezeki kami malam itu.
Bergerak berjalan kaki untuk pulang ke asrama juga merupakan satu perkara yang sangat sukar. Tambahan pula jalan menuju ke asrama tidak mempunyai lampu jalan. Baru sahaja kami memasuki simpang ke asrama, terasa bagai ada sinar lampu kereta di belakang kami. Pada waktu malam sebegini jika ada kereta yang masuk ke asrama pastinya ia adalah milik warden. Sebaik sahaja melihat silauan lampu keretanya kami bertempiaran lari ke kiri dan kanan jalan berkenaan. Aku masih ingat lagi aku bersempunyi dan meniarapa di tepi sebatang pokok. Lebih melucukan, Mamak terjun ke dalam parit kecil di kanan jalan. Habis lenjun seluarnya !.
Terasa malam berkenaan begitu sial. Kusangka ia akan berakhir begitu sahaja sebaliknya ia berlanjutan lagi apabila warden tidak terus memasuki asrama sebaliknya duduk berbual dahalu dengan pengawal keselamatan. Pada perkiraan aku, pastinya beliau sudah dapat mengesan kehilangan kami di asrama pada malam berkenaan. Tidak disangka beliau dan warga asrama akan pulang lebih awal ke asrama. Mahu tidak mahu, kami perlu mengambil keputusan untuk masuk ke asrama terlebih dahulu dari warden. Alangkah siksanya bergerak secara meniarap di padang sekolah semata-mata untuk mengelakkan dari dikesan oleh warden dan pengawal keselamatan yang sedang rancak berbual. Kami terpaksa melompat pagar dan seterusnya masuk ke dorm. Ada yang ke bilik air dan ada yang terus mencuci pakaian seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Ketika warden memasuki dorm kami, beliau hanya tersenyum memandang kami. Kami hanya membuat bodoh sahaja seolah-olah memang kami berada di dorm sejak dari azali lagi. Alhamdulillah lakonan kami berjaya.
Malam sepi yang meliar itu tetap juga sesekali memberikan aku dan teman-teman idea nakal untuk mengganggu teman-teman asrama yang dianggap barua warden. Ijad ... pelajar tingkatan satu yang tidur di atas katil dua tingkat ku sering menjadi mangsa yang dipergunakan bagi membantu melicinkan kerja-kerja jahat kami. Dengn cadar kain putih yang kami ambil ( curi ) dari stor asrama, rambut palsu dan warna air, wajah Ijad yang tidak berdosa itu bertukar menjadi begitu menggerunkan. Menambahkan lagi kegerunan itu, Ijad akan dijulang oleh seorang kawanku yang akak besar tubuhnya. Mereka berdua kemudiannya kami balut dengan cadar putih dan disimbah dengan warna merah. Jika dipandang dari jauh memang agak menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat susuk ciptaan kami itu.

Taman Malaysia Tapah... tempat kami cuba
menikmati keenakan sate.

Kiranya adalah sebegini rupa hantu ciptaan kami
di asrama.
Namun demikian masalah yang paling sukar diatasi ialah bagaimana mahu mengejutkan individu yang menjadi sasaran untuk disakat. Hal ini adalah kerana kebanyakan penghuni asrama adalah dari jenis tidur mati. Mahu tidak mahu salah seorang teman harus bersedia untuk melakukan kejutan dengan cara menampar pipi "suspek" sekuat hati dan paling penting hantu buatan kami harus berdiri mendiamkan diri di hadapannya apabila beliau sedar dari tidur.
Lucu melihat tangisan dan jeritan teman yang disakat. Ada yang berani dan hanya meletakkan muka di bawah bantal sahaja. Esoknya heboh di asrama dan sekolah tentang kehadiran makhluk halus yang menakutkan itu. Maka pada malam Jumaat diadakan majlis bacaan doa selamat yang disambung dengan iringan solat hajat supaya segala mara bencana dapat dielakkan. Bagi pelaku-pelakunya hanya saling memandang sesama sendiri sambil tersenyum sinis. Paling tidak dapat diterima ialah insan yang menangis tersedu-sedu disakat oleh kami bercerita besar di seluruh penjuru asrama bahawa bacaan ayat-ayat sucinya berjaya menghalau hantu ciptaan kami yang cuma mengganggunya. Lusanya .... beliau menangis lagi !
Tahun 2003 aku dalam tingkatan enam atas di SMK Buyong Adil. Tamat sahaja tahun berkenaan setelah menduduki peperiksaan STPM maka tamatlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar sekolah. Terasa begitu berat untuk meninggalkan alam persekolahan yang menjadi sebahagian besar cerita dalam kehidupanku. Selepas itu kehidupan aku agak statik. Bekerja menjual santan kelapa di pasar awam Bidor dan melayani keseronokan bermain bola sepak pada sebelah petang. Kehidupan malam tidaklah begitu menyeronokkan ketika ini. Teman-teman seperjuangan kebanyakannya menyambung pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam dan ada pula yang sudah bekerja di sektor awam mahupun swasta. Aku selalu menganggap sela masa antara tahun 2003 menuju ke tahun 2004 sebagai suatu tempoh yang membekukan aku.

Mujur juga masih ada teman-teman sekampung yang setia dengan kehidupan di pekan Bidor itu. Ketika ini aku sudah mula menjadi kutu embun duduk di simpang jalan masuk ke kampung. Mereka-mereka inilah yang menemani aku pada tempoh berkenaan. Sesekali kami bermain rebana namun tidaklah serancak dahulu malahan ahli pasukan rebana Perak kami juga semakin berkurangan. Jemputan untuk bermain masih ada namun ada juga yang terpaksa ditolak kerana ketiadaan ahli untuk bermain rebana.
Alhamdulillah ... memasuki usia 20 tahun, aku diterima memasuki kursus perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim setelah keputusan STPM ku agak cemerlang. Maka bermulalah satu babak baru dalam kehidupan seharianku. Ia juga memerikan lebih banyak cerita malam yang tidak pernah berkesudahan itu. Aku tetap mengenangnya sekadar yang termampu. Aku tidak pernah lupa ......
bersambung
3 ulasan:
Anak sulong saya akan bersekolah di hamid khan sessi 2020..berasrama di situ.. Harap2 takde apa lah yg berlaku... Dia tu penakut bleh tahan gak
Tahniah....Tuan....Saya pernah tidur Di Situ semasa terlibat Dalam sukan Hoki pada Tahun 1989-90...Semua yg Tuan Tulis mengenai keadaan sekolah,Area Masuk me sekolah of waktu mlm mmg menyeramkan...Dan mmg Ada pada masa Tu tandas yg Di pagar sebagaimana Tuan maksudkan.....Tahniah....Salaam....
Memang menyeramkan sekolah tu masa tahun 2002 bawah asrama tu bilik sains tepi bilik sains yg paling hujung tu berhampiran kebun getah ada tandas lama yg usang disitu kalau sekolah sesi petang time hujan akan kedengaran suara org menangis n bernyanyi...mgkn sekarang sekolah tu dah berubah akibat renovate
Post a Comment