Inilah
Hidup Saya
Inilah hidup saya ... nuansanya
seringkali berubah dalam pelbagai irama dan episod yang tidak pernah saya duga.
Melalui setiap perjalanan hidup dengan pelbagai kisah manis, gelap dan
sebagainya memberikan saya sejuta satu makna yang tidak ternilai harganya.
Inilah yang mendewasakan saya sehingga terlihat seperti hari hari ini. Bila
memandang diri di cerminan, saya tahu saya kini sudah menjauh meninggalkan alam
kenangan saya yang silam, dan ia tidak akan dicapai lagi sampai bila-bila.
Benar juga kata pujangga... masa
seringkali mencuri setiap saat indah yang pernah kita lalui, namun masa juga
seringkali mengembalikan setiap kenangan itu walaupun dalam bentuk yang jauh
berubah.
Bila membelek semula gambar-gambar lama,
terasa seperti baru semalam sahaja saya meninggalkan alam remaja saya. Zaman
remaja saya bukanlah suatu yang boleh dibanggakan dengan cerita-cerita yang
indah. Dahulu saya adalah anak remaja yang bertarung dengan nasib dan keringat.
Hidup didalam keluarga yang berpendapatan rendah tidak memungkinkan saya
menikmati kesenangan dan kemewahan. Inilah yang menjadikan saya lebih awal
menempuh alam pekerjaan. Sedari usia 10 tahun lagi saya sudah mula bergelar ‘buruh
kanak-kanak’ …. Dan sehingga kini sudah berbagai-bagai pekerjaan sudah saya
lakukan namun saya tidak pernah menyesal.
Saya merasakan bahawa segala pengalaman
dan kenangan saya dialam pekerjaan sejak dari zaman remaja saya begitu unik dan
penuh dengan warna-warni. Elok rasanya saya kongsikan cebisan-cebisan kenangan
itu sebagai satu wadah bacaan untuk sesiapa sahaja yang sudi membacanya di blog
perkongsian ini. Siapa tahu apa yang pernah dilalui oleh saya turut juga pernah
dirasai oleh sesiapa sahaja di luar sana.
InsyaAllah beberapa siri catatan dengan
judul “MENGENANG SUATU MASA YANG TELAH
BERLALU” akan saya siarkan untuk tatapan kita bersama di blog ini. Bukan
mahu membuka pekung di dada cuma harapannya satu supaya kita tahu bahawa hidup
tidak semudah seperti kita jangkakan.
Inilah
cerita saya dan apa yang pernah saya lalui …. Sekadar berkongsi cerita bahawa
hidup adalah sebuah perjuangan.
SELAMAT MEMBACA
0 ulasan:
Post a Comment