BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.

Photobucket

Thursday, May 5, 2011

SASTERAWAN NEGARA KE -11 --- UNTUK SUHAIMI HAJI MUHAMMAD SAHAJA

 Sasterawan Suhaimi Haji Muhammad

Malang sungguh dunia sastera Malaysia kini kerana politik sudah mendominasi dan menjadi teguh didalamnya. Sastera kini bukan lagi diertikan untuk seni atau masyarakat, tetapi lubang najis untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh. Kasar ayat-ayat namun itulah realitinya .... pelbagai anugerah dan gelar wujud di negara kita namun permata sebenar dalam dunia sastera terus dibuang di terbiar hina. Itulah sastera politik. Lambang cara pengurusan sastera negara yang semakin hina dan bodoh.

Saya merasakan gelar Sasterawan Negara ke-10 dan ke-11 hanya layak dinobatkan kepada sasterawan Suhaimi Haji Muhammad dan bukannya penyandang sedia ada ( SN-10 ) dan yang baru menerimanya ( SN - 11 ).  Ketika diumumkan Anwar Ridhwan sebagai SN ke 10 dahulu, saya merasa begitu jengkel kerana beliau masih terlalu awal untuk diiktiraf. Namun akhirnya saya menerimanya dengan redha dan yakin untuk Pak Suhaimi akan dinobat untuk gelar ke-11. Namun ketika sahaja gelar Sasterawan Negara ke-11 diumumkan beberapa hari yang lalu.... sekali lagi saya mencebik.... orang lain yang ternobat dan bukannya Pak Suhaimi Haji Muhammad !!!

Kenapa dan apa kriteria pemilihan Sasterawan Negara itu saya tidak tahu. Mungkin kerana Pak Suhaimi bukan seorang sarjana bertaraf profesor atau beliau tidak mempunyai title '' Datuk'' di pangkal namanya menyebabkan beliau dipinggir terus dari gelar terhormat itu. Atau mungkin juga puisi-puisi beliau terlalu bersifat surelisma dan mistik sehingga menyebabkan tokoh-tokoh sasterawan agung, profesor-profesor bertaraf dunia ( walaupun hakikatnya agung di Malaysia sahaja )  terus meminggirkan nama beliau.

Jangan nanti apabila Pak Suhaimi mati baru kita hendak mengenang ketokohan beliau. Belajar dari kematian sasterawan Shaharom Hussain yang mati tanpa gelar SN. Begitu juga dengan nama-nama besar lain yang terus mati tanpa gelar. Kebobrokan politik sastera membunuh sastera tanpa sedar. Saya hanya melihat dan mengulas dari kaca mata seorang yang jahil. Namun percayalah .... Suhaimi Haji Muhammad jauh lebih mendahului dan berwibawa dari SN -10 dan SN -11 dan beliau jauh lebih layak dari mereka.

0 ulasan: