Datanglah dalam mimpi
rindu-rindu yang beribu itu
akan aku ikuti
dalam setiap arah yang berselerakan
dan biarlah malam gelap ini
menjadi panjang yang berjela-jela
aku rela mengembara
di ruangannya
Datanglah dalam mimpi
wajah-wajah yang telah lama mati itu
akan aku peluk dan ciumi
setiap pipi-pipi abadi itu
agar aku bisa
menghilangkan sakit kenangan
yang semakin menghilang
Datanglah wahai segala masa-masa silam itu
datanglah di mana-mana
dalam setiap sisi hidupku
biarkan aku tertinggal bersama mu
aku terlalu tua disini
menjadi lelaki yang tidak beerti
pada derap kaki manusia
yang lalu lalang
Datanglah malaikat maut
menjemput aku yang masih bersisa ini
tariklah aku ke rumah mereka
biarlah mereka menyambut aku
dan tidak membenarkan aku pergi lagi
aku rindukan mereka
pada wajah-wajah
yang telah menutup mata itu !
Aku mahu pergi .......
Hafez J.Malim
2015
aku terlalu tua disini
menjadi lelaki yang tidak beerti
pada derap kaki manusia
yang lalu lalang
Datanglah malaikat maut
menjemput aku yang masih bersisa ini
tariklah aku ke rumah mereka
biarlah mereka menyambut aku
dan tidak membenarkan aku pergi lagi
aku rindukan mereka
pada wajah-wajah
yang telah menutup mata itu !
Aku mahu pergi .......
Hafez J.Malim
2015