Prolog
Berapa banyak nyawa yang mati dalam keadaan bergelimpangan dalam memerdekakan negara kita yang tercinta ini ?. Kenapa perlu ada rasa kebanggaan apabila menyebutkan kemerdekaan yang ada pada hari ini direbut hanya dengan menggunakan kuasa diplomasi dan kuasa sebatang pena ?.
Fikiran-fikiran seperti ini seringkali mengganggu gugat hati dan perasaan saya. Apakah sejarah yang saya baca sehari-hari itu benar atau ia ditulis bagi mengenang mereka-mereka yang tertentu sahaja ?. Atau ia ditulis sebagai satu tanda bahawa apa yang berlaku pada hari silam adalah milik sekelompok tertentu sahaja ?.
Ada rasa kemuyskilan bermain di fikiran apabila terfikir tentang semua hal yang terkait dengan frasa MERDEKA ini. Ia satu frasa yang begitu bertenaga. Diucap dengan pekikan dan intonasi yang berani. Namun sejauh mana kita sebagai generasi baru berusaha mengenang mereka-mereka yang sebenarnya jauh lebih kehadapan dalam mencari kata-kata dan makna merdeka itu?. Atau kita lebih selesa menerima segala fakta-fakta sejarah yang tertulis sama sejak dulu itu dengan seenaknya ?.
Berapa banyak nyawa yang mati dalam keadaan bergelimpangan dalam memerdekakan negara kita yang tercinta ini ?. Kenapa perlu ada rasa kebanggaan apabila menyebutkan kemerdekaan yang ada pada hari ini direbut hanya dengan menggunakan kuasa diplomasi dan kuasa sebatang pena ?.
Fikiran-fikiran seperti ini seringkali mengganggu gugat hati dan perasaan saya. Apakah sejarah yang saya baca sehari-hari itu benar atau ia ditulis bagi mengenang mereka-mereka yang tertentu sahaja ?. Atau ia ditulis sebagai satu tanda bahawa apa yang berlaku pada hari silam adalah milik sekelompok tertentu sahaja ?.
Ada rasa kemuyskilan bermain di fikiran apabila terfikir tentang semua hal yang terkait dengan frasa MERDEKA ini. Ia satu frasa yang begitu bertenaga. Diucap dengan pekikan dan intonasi yang berani. Namun sejauh mana kita sebagai generasi baru berusaha mengenang mereka-mereka yang sebenarnya jauh lebih kehadapan dalam mencari kata-kata dan makna merdeka itu?. Atau kita lebih selesa menerima segala fakta-fakta sejarah yang tertulis sama sejak dulu itu dengan seenaknya ?.
Mungkin penulisan ini tidak punya apa-apa yang menarik untuk dikongsikan. Saya cuba melihat sesuatu yang berbeza dalam pensejarahan kemerdekaan. Ia mungkin dalam bentuk kenang-kenangan yang berbeza tetapi mungkin lebih adil buat semua yang bernostalgia dengan takrifan merdeka. Ia sebagai tanda hormat bagi memperingati para leluhur kita yang terdahulu. Juga sebagai tanda ... mereka tetap dalam ingatan sejarah kebangsaan.
Sengaja saya memilih lima tajuk penulisan ( lima siri ) yang sebenarnya punya cerita besar dalam perjuangan kemerdekaan negara kita ini. Mereka yang tertulis dalam penulisan ini punya jiwa besar namun jasa dan sumbangan mereka bagaikan hilang begitu sahaja dalam lipatan sejarah. Penulisan ringkas ini mungkin tidak mencukupi bagi mengenang dan mengangkat ketokohan mereka. Namun ia adalah sebagai satu usaha kecil dalam memberikan satu sisi cerita sejarah yang agak berbeza tentang perjuangan kemerdekaan yang tidak kunjung padam sehinggalah detik 31 Ogos itu tercapai dengan megahnya.
Cikgu Haji Buyong Bin Adil - Bapa Pensejarahan Malaysia
Sengaja saya memilih lima tajuk penulisan ( lima siri ) yang sebenarnya punya cerita besar dalam perjuangan kemerdekaan negara kita ini. Mereka yang tertulis dalam penulisan ini punya jiwa besar namun jasa dan sumbangan mereka bagaikan hilang begitu sahaja dalam lipatan sejarah. Penulisan ringkas ini mungkin tidak mencukupi bagi mengenang dan mengangkat ketokohan mereka. Namun ia adalah sebagai satu usaha kecil dalam memberikan satu sisi cerita sejarah yang agak berbeza tentang perjuangan kemerdekaan yang tidak kunjung padam sehinggalah detik 31 Ogos itu tercapai dengan megahnya.
Cikgu Haji Buyong Bin Adil - Bapa Pensejarahan Malaysia
Haji Buyong Bin Adil
Nama Haji Buyong Adil begitu menonjol dalam kajian berkenaan dengan pensejarahan Malaysia. Adalah begitu mustahil bagi setiap pengkaji sejarah untuk tidak mengambil rujukan dari buku-buku karangan beliau, sebelum menghasilkan sesuatu kajian sejarah. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana susuk yang bernama Haji Buyong Bin Adil ini adalah individu awal selain dari Allahyarham Cikgu Abdul Hadi Bin Haji Hassan ( 1906-1937 ) yang menghasilkan buku-buku kajian sejarah berkaitan dengan negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak dari zaman sebelum merdeka lagi.
Haji Buyong Adil adalah salah satu contoh guru-guru Melayu terawal yang memberikan seluruh jiwa dan raganya demi pembanggunan pendidikan anak Melayu. Dilahirkan di Telok Anson, Perak pada tahun 1907. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Teluk Anson sebelum beliau lulus Darjah V ( darjah tertinggi di sekolah Melayu pada ketika itu ). Pada tahun 1924 beliau menjadi penuntut Sultan Idris Training College ( SITC ) Tanjong Malim dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1926.
SITC Tanjong Malim
Pada tahun 1927, beliau kembali ke semula ke Tanjong Malim bagi menjadi seorang tenaga pengajar di SITC. Perkhidmatannya di SITC berjalan dengan begitu lama iaitu hampir selama 15 tahun. Oleh itu adalah tidak menghairankan jika dalam tempoh itu hampir ribuan guru-guru Melayu yang menuntut ilmu keguruan di SITC mendapat tunjuk ajar dari beliau terutama dalam hal pensejarahan negara. Namun sesuatu yang pasti dalam setiap ajarannya terselit juga nilai-nilai yang berteraskan semangat nasionalis. Maka adalah tidak menghairankan jika bekas-bekas pelajar SITC seringkali meletakkan nama Haji Buyong Adil sebaris dengan dua lagi tokoh unggul SITC iaitu Allahyarham Tan Sri Pendeta Za'ba dan Allayarham Cikgu Harun Mohamad Amin ( Harun Aminurashid ).
Allahyarham Cikgu Harun Mohamad Amin
( Harun Aminurashid )
Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad
( Tuan Pendeta Za'ba )
Menurut Shaharom Husain dalam buku memoirnya Selingkar Kenangan Abadi ( 1996 ), Cikgu Buyong Adil mengajar matapelajaran sejarah dan senaman. Selain itu beliau juga menjadi penyunting majalah Chendera Mata ( majalah rasmi tahunan SITC ) serta menjadi guru pengawas kutubkhanah maktab.
Majalah Chendera Mata iaitu majalah
rasmi tahunan SITC
( sumber gambar : eisantique2.blogspot.com )
Sebagai seorang lulusan Sultan Idris Training College ( SITC ) beliau adalah salah seorang yang mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Dalam setiap pengajarannya diselitkan sekali dengan unsur-unsur nasihat berunsurkan kesedaran kepada bakal-bakal guru betapa peri pentingnya kemajuan bangsa Melayu yang sekian lama terjajah. Hal ini selanjutnya dinyatakan oleh Shaharom Hussin lagi " Buyong Adil, sebagaimana gurunya Abdul Hadi Hassan, menggunakan pelajaran sejarah dan karangannya dalam Chendera Mata sebagai alat menanamkan semangat kebangsaan kepada penuntut. Masa mengajar, beliau selalu menggambarkan kebesaran dan kewibawaan bangsa Melayu sebelum kedatangan penjajah barat. Di samping itu, beliau memberikan pendapat dan ulasan terhadap kelemahan dan kesilapan bangsa Melayu sendiri hingga menyebabkan kuasa barat dan bangsa asing dapat menguasai politik, ekonomi dan sosial. Di samping menanamkan rasa kebanggaan terhadap pahlawan dan tokoh pejuang kebangsaan, beliau mengharapkan akan muncul beberapa tokoh di kalangan bangsa Melayu untuk memimpin memajukan bangsa Melayu.
Apa yang diimpikan oleh Cikgu Buyong Adil itu benar-benar menjadi kenyataan. Hasil didikannya di SITC telah melahirkan begitu ramai tokoh pejuang politik Melayu yang unggul. Antara bekas penuntut SITC yang pernah menjadi pelajar kepada beliau ialah Ibrahim Haji Yaakub ( Pengasas Kesatuan Melayu Muda - KMM ), Shaharom Husain ( sasterawan dan budayawan sejarah Johor ), Tan Sri Datuk Senu Abdul Rahman ( ketua pemuda UMNO ke-4 ), Tan Sri Abdul Rahman Talib ( menteri pelajaran Persekutuan Tanah Melayu 1960 ), Syed Nasir Ismail ( pejuang bahasa Melayu dan pengarah Dewan Bahasa Pustaka), Pengeran Md.Yusuf Haji Abdul Rahim dan lain-lainnya yang tidak dapat disebutkan namanya. Kesemua tokoh-tokoh ini telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam pergerakan kemerdekaan dan kemajuan persekutuan Tanah Melayu malahan melewati Singapura dan Brunei.
Ibrahim Yaacob
( Pengasas Kesatuan Melayu Muda )
Tan Sri Datuk Senu Bin Abdul Rahman
Tan Sri Abdul Rahman Bin Talib
( Pada tahun 1960 dilantik sebagai Menteri Pelajaran
Persekutuan Tanah Melayu )
Tun Syed Nasir Bin Syed Ismail
Ketika riwayat sejarah negara kita banyak
dijalankan oleh penulis serta pengkaji Inggeris, Cikgu Buyong Adil dan gurunya
Abdul Hadi Bin Haji Hassan tampil kehadapan bagi menghasilkan buku Sejarah Alam Melayu I, II, III, IV dan V ( Cikgu Buyong
Adil memantapkan edisi Sejarah Alam Melayu IV dan V dengan memfokuskan sejarah
Negeri-negeri Selat dan Sejarah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ) yang menjadi
rujukan maklumat utama bagi guru-guru Melayu di SITC ( malahan ke seluruh Malaya
) pada dekad-dekad sebelum merdeka. Walaupun buku ini banyak bersumberkan dari
penulis-penulis Inggeris namun inilah bakti awal yang diusahakan oleh seorang
anak Melayu bernama Buyong Adil untuk pensejarahan bangsanya. Bakti yang akan
dikenang sampai bila-bila ... insyaAllah.
Perkhidmatan Cikgu Buyong Adil di SITC tamat pada
tahun 1942 ketika hampir dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ada cerita
yang menarik berkaitan dengan hal penamatan kerjayanya di SITC. Menurut
Shaharom Husain menjelang pendudukan Jepun, Cikgu Buyong Adil yang
berpangkat Leftenan Muda dalam Pasukan Tentera Sukarela Jalan Kaki Melayu ( MVI
) telah dituduh oleh R.P.S Walker ( Pengetua SITC ), bersubahat dengan Ibrahim
Yaakub ( Yang Dipertua Kesatuan Melayu Muda - KMM ) yang sangat antikan
British.
Hal ini berlaku ekoran dari kunjungan hormat Ibrahim Yaakub sebagai bekas murid ke rumah Cikgu Buyong Adil. Kunjungan itu tidaklah lebih dari kunjungan hormat serta perbincangan ringkas namun ia disalah ertikan oleh R.P.S Walker yang menganggap Cikgu Buyong Adil sebagai salah seorang yang boleh disangsikan kesetiaannya. Ini mungkin atas andaian pada ketika itu KMM dikatakan bekerjasama dengan penjajah Jepun dalam menentang Inggeris. Ekoran dari itu, Cikgu Buyong Adil dilucutkan pakaian seragam Leftenan Mudanya dan tidak ikut bersama pegawai, guru, dan penuntut MVI berjuang mempertahankan Tanah Melayu dari serangan Jepun.
Cikgu Buyong Adil seterusnya ditukarkan menjadi guru besar di Sekolah Melayu Tanjong Malim dan sejak itu tidak ada lagi nama Buyong Adil di SITC. Hilang sudah ajaran-ajaran yang penuh dengan semangat kebangsaan untuk guru-guru Melayu yang bersemangat kebangsaaan.
Ketika zaman pendudukan Jepun, Cikgu Buyong Adil telah mengikuti kursus perguruan Jepun di Tokyo Shihan Gakko di Kajang Selangor. Dari tahun 1946 hingga 1950, beliau menjadi guru besar di Sekolah Melayu Jalan Pasir Puteh, Ipoh. Pada ketika inilah beliau mula terlibat dengan aktif dalam hal-hal politik apabila menyertai Perikatan Melayu Perak ( PKP ) yang ditubuhkan oleh orang-orang Melayu Perak bagi menentang Malayan Union pada 22 Februari 1948. Namun demikian, apabila UMNO mula melebarkan sayapnya ke Perak, Perikatan Melayu Perak dibubarkan dan bergabung sekali dalam tubuh badan UMNO yang bersifat kebangsaan itu. Pada mesyuarat UMNO Perak yang pertama di Madrasah Paloh Ipoh, Cikgu Buyong Adil telah dilantik menjadi pegawai penerangan UMNO Perak yang pertama.
Sifat penentangannya terhadap Inggeris dan kedudukannya dalam UMNO telah menyebabkan pihak British bertindak menukarkannya ke Singapura bagi menjawat jawatan sebagai Ketua Siaran Radio Sekolah-Sekolah Melayu. Namun di Singapura, beliau terus aktif dalam kegiatan politik apabila menyertai Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura ( KGMS ) yang bersifat anti penjajahan. Beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan pada tahun 1962. Namun demikian pada tahun 1964, kerajaan Singapura telah melantik beliau sebagai salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Pada ketika inilah beliau kembali semula menjadi seorang sejarawan apabila menyusun semula buku Sejarah Johor, Sejarah Selangor, Sejarah Perak dan Sejarah Pahang.
Buku sejarah Pahang karya Haji Buyong Adil
Beliau bertugas dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura sehingga tahun 1969. Setelah kembali semula ke Malaysia beliau dipelawa oleh Tun Haji Abdul Razak untuk menyumbang bakti sebagai Penyelidik Sejarah di Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ). Di
DBP beliau terus giat menghasilkan siri buku kajian sejarah negeri-negeri
Melayu seperti Sejarah Sarawak, Sejarah Perlis, Sejarah Negeri Sembilan,
Sejarah Melaka, Sejarah Kedah, Sejarah Terengganu, Sejarah Kelantan dan
beberapa buku yang lain. Apa yang menarik disini ialah walaupun muncul buku-buku
sejarah lain yang ditulis oleh mereka-mereka yang jauh lebih hebat dan bergelar
profesor sekalipun, hasil karya sejarah Cikgu Buyong Adil tetap akan dianggap
sebagai rujukan paling penting dan utama sampai bila-bila.
Kenangan Cikgu Buyong Adil
semasa berkhidmat DBP.
( sumber gambar : harith sidek.blogspot.com )
Tokoh sejarah negara ini akhirnya
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1976 dalam usia 69 tahun.
Sasterawan Negara Abdullah Hussain mengenang Cikgu Buyong Adil sebagai "
buku rujukan" yang paling terbaik sebarang masalah sejarah malah beliau
sempat menulis sebuah artikel khusus untuk mengenang jasa dan sumbangan Cikgu
Buyong Adil di dalam majalah Sarina keluaran Oktober 1976.
Bagi mengenang jasa dan sumbangan
Allahyarham Cikgu Buyong Adil, sebuah sekolah di pekan Tapah telah dinamakan
dengan namanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil. Saya turut
menumpang bangga kerana pernah menuntut di SMK Buyong Adil ini pada tahun 2002
hingga 2003.
Logo SMK Buyong Adil Tapah
Saya pernah bersekolah disini pada
tahun 2002 dan 2003
Menjejaki tahun 2015 ini bermakna sudah 39
tahun Allahyarham Cikgu Buyong Adil meninggalkan kita. Namun hasil penulisannya
tetap kekal abadi dalam pensejarahan negara kita yang tercinta ini. Beliau
mungkin bukan pejuang yang terkehadapan dalam kemerdekaan namun ditangannya
telah lahir beribu pejuang-pejuang kemerdekaan yang masuk ke ceruk-ceruk
pelusuk negara kita mendidik dan menanamkan semangat kebangsaan dalam jiwa anak
bangsa Melayu. Terima kasih Cikgu Buyong Adil .... bapa pensejarahan Malaysia !