BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

SEPETANG DI SMK KAPIT

Petang ini hingar bingar berlaku di SMK Kapit. Masakan tidak, saya bersama Cikgu Sahiful dan Cikgu Aliff Stanley menjalankan aktiviti keceriaan sekolah. Hari ini kami bertiga mendapat arahan dari Tuan Pengetua untuk memotong daun pokok-pokok renek di sekitar sekolah dengan menggunakan mesin pemotong daun.

Pada mulanya agak takut juga di hati saya untuk menggunakan mesin ini buat kesekian kalinya. Namun hasil tunjuk ajar dari Cikgu Aliff Stanley segala kegusaran itu terbuang jauh-jauh. Maka menjeritlah mesin pemotong daun itu di sekeliling sekolah. Panas matahari tidak menghalang kerja kami yang dibantu oleh dua orang pelajar kelas intervensi ( kredit kepada mereka).

Mesin ini agak berat, malah ketika artikel ini ditulis tangan kiri dan kanan saya masih lagi terasa kekejangan. Hendak menaip pun serasa tidak terdaya akibat gegaran dari mesin itu. Namun ia satu pengalaman yang berharga juga bagi saya. Kadang kala terfikir juga di benak ini.... betapa uniknya menjadi guru di kawasan luar bandar ini. Di sini kita menjadi segalanya yang tak pernah terfikirkan oleh akal kita. Saya mula dapat merasai betapa bergunanya pengalaman sementelaah masih berada di Kapit ini. Dalam diam-diam saya mula dapat  menilai sesuatu tindakan dan tugasan yang diberikan oleh pentadbiran. Secara tidak langsung rasa kekaguman saya kepada Tuan Pengetua makin bertambah. Mungkin tugasan ini agak berat namun pada saya ia mengajar saya untuk menjadi lebih yakin kepada diri dan paling utama sekali ialah pengalaman.

Sepetang di SMK Kapit menguruskan kerja -kerja keceriaan sekolah banyak mengajar saya tentang kepatuhan dan keyakinan kita terhadap tugas yang diberikan. Ikhlas itu adalah yang sebaiknya. Ia membuatkan saya rasa sayang kepada sekolah ini walaupun saya sedar saya hanya penumpang sebentar di tanah buminya...... IA PERASAAN YANG TAK TERNILAI !!!!


  

  

  

  

  

Hafez J.Malim sedang bertugas

2 ulasan:

hilbert said...

Salam 1malaysia Cikgu,

terima kasih kerana memberi sokongan biarpun hanya didalam bentuk komen diblog saya..

macamana dengan liputan talian internet di Kapit ? bagus agaknya..

kepada warga pendidik disana semoga anda semua tebalkan semangat juang untuk terus mendidik anak bangsa supaya menjadi berguna kepada masyarakat dan negara.

walaupun ada diantaranya terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan juga kampung halaman masing-masing namun demi tanggungjawab sebagai seorang pendidik semua itu sanggup diharungi.

Syabas kepada semua warga pendidik, anda ibarat lilin..yang membakar diri demi untuk menerangi kegelapan... selamat bertugas

hafez j malim said...

salam 1 malaysia Hilbert..

saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan saudara terhadap blog saya.

talian internet di Kapit adalah baik. seronok tinggal di kapit ini. peribuminya ramah dan tak terasa diri ini jauh di rantau orang.

mungkin jiwa perjuangan kita berdua sama untuk membangunkan anak watan tercinta ini. percayalah walau dari jauh kami datang ke sarawak ini... bakti kami adalah untuk Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

saya mendoakan saudara maju dan jaya dalam perjuangan. Peribumi akan berdiri megah selamanya. SALAM PERJUANGAN