BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 18, 2011

Kembara Melihat Pekan - Pekan Lama 1 : Pekan Sungkai


Ada yang bertanya kepada saya kenapa saya tidak mengulas dengan lebih lanjut tentang pekan yang berjiran dengan pekan kelahiran saya Bidor iaitu pekan Sungkai ? .... saya sendiri sebenarnya sukar untuk menjawab soalan berkenaan kerana awal-awal lagi saya sudah menolak nama pekan Sungkai sebagai pekan terpencil untuk diulas, kerana Sungkai kini sudah jauh berubah. Pembangunan di Sungkai berlaku dengan amat pesat sekali dan ini secara tidak langsung membuat hati saya tawar untuk bercerita tentang pekan Sungkai.

Namun demikian akhirnya saya mengalah. Itupun setelah emak meminta saya bercerita tentang Sungkai di blog saya ini. Katanya sebagai simbolik tempat asal usul keturunan sebelah ibunya ( nenek saya ) yang khabarnya terlibat dalam pembukaan penempatan awal Sungkai ( benar atau tidak Wallahualam ). Sebagai catatan tambahan moyang saya yang bernama Tok Syeikh Ahmad ( Allahyarham ) adalah orang tua yang agak dikenali satu ketika dahulu terutama di Kampung Changkat Sulaiman Sungkai kerana beliau sering mengajar rebana dan marhaban di sekitar Sungkai.

Dahulu semasa saya kecil, emak sering membawa saya ke Sungkai mengunjungi sanak saudara di sini. Malahan sampai sekarang pun kami sering ke Sungkai sama ada untuk berjumpa sanak saudara atau sekadar membeli belah di pasar lambaknya yang meriah. Jika anda pertama kali sampai ke Sungkai maka sudah pastilah stesen bas nya yang akan menarik perhatian anda. Stesen bas ini adalah sebuah stesen bas terbuka di mana bas dari syarikat Hup Yik dan syarikat Star Coach ( dahulunya Mogah Omnibus ) perlu mengundur  ( gostan ) untuk meletak bas. Ianya sungguh unik. Rasanya tidak ada stesen bas di Malaysia yang serupa dengan stesen bas Sungkai.

Stesen Bas Sungkai ... 
untuk meletakkan bas di stesen bas ini, 
pemandu bas perlu mengundurkan bas 

Stesen bas Sungkai ... 
bagi generasi lama sudah pasti mengingati 
bas lagenda syarikat Mogah yang kini sudah berganti baru.

Bahagian belakang stesen bas Sungkai

Di sebelah stesen bas Sungkai kita akan menjumpai sebuah banggunan lama yang tidak berjaga. Dari cerita-cerita setempat mengatakan bahawa itu ialah bangunan Balai Polis Sungkai yang lama. Suatu ketika dahulu, penduduk Sungkai jika ingin mengunakan perkhidmatan telefon mesti akan ke balai polis tersebut. Rasanya bangunan ini dibina semasa zaman penjajahan British jika dilihat dari cara binaannya. Rasa sedih pula melihat bangunan unik lagi bersejarah seperti ini terbiar sahaja tanpa dipulihara. Ketika saya kecil, seringkali saya melihat bangunan balai polis ini sebagai satu tempat yang menakutkan setiap kali ke Sungkai. 

Bangunan balai polis lama Sungkai

Kelihatan sebahagian dari bangunan balai polis lama Sungkai.

Pekan Sungkai yang ada pada hari ini dilihat lebih meriah dengan pelbagai aktiviti penduduknya. Namun bila tiba hari petang pekan ini agak sunyi dan sepi. Kita boleh menjumpai bangunan rumah-rumah kedai yang klasik di sini. Walaupun pembangunan di Sungkai dilihat agak pantas, saya boleh melihat aura klasik yang masih ada pada Sungkai. Lensa kamera saya sempat merakamkan beberapa gambar berkenaan dengan panorama pekan Sungkai.

Deretan bangunan kedai lama yang masih boleh dilihat


Klasik !!!


Sederetan rumah kedai kayu lama beratap zink masih boleh dilihat di Sungkai

Sunyi petang di pekan Sungkai

Kelihatan dua buah bangunan lama yang masih digunakan

Bangunan Pejabat Pos Sungkai

Setelah pasar baru Sungkai dibina dan beroperasi berhampiran dengan stesen keretapi Sungkai, pasar yang lama tidak ditinggalkan terus. Ianya telah diubahsuai dan dijadikan bazar bagi peniaga-peniaga kecil. Dahulu semasa saya kecil sering juga saya ke pasar lama ini. Walaupun agak kecil tetapi teramat mariah dengan aktiviti perniagaannya. Apa yang menarik perhatian saya ialah papan tanda lama pasar ini  bertulis "Pasar Majlis Tempatan Sungkai " masih dikekalkan di tempatnya.  Betul juga kata emak, Sungkai adalah entiti klasik yang masih kekal dengan sifat lamanya. 

 Pasar lama Sungkai. Perhatikan papan tanda lamanya yang masih dikekalkan.

Ketika leka menangkap gambar di kawasan ini, saya ditegur oleh seseorang yang saya masih ingat sebagai saudara-mara saya namun saya lupa namanya. Peliknya, dia masih mengingati nama saya. Ketawa besar dia melihat saya menangkap gambar-gambar di pekan Sungkai. Tambahnya lagi saya ini sudah buang tabiat. Saya hanya tersenyum sahaja. Pada saya katakanlah apa sahaja. Saya tidak ambil hati.

Saya pernah menjalankan Rancangan Orientasi Sekolah ( ROS ) bertempat di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ( PKBP ) SK Sungkai semasa di semester 4 Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ). Sesekali apabila lalu di hadapan sekolah ini teringat kenangan manis saya selama dua minggu menjalankan ROS di sini. Awal-awal pagi lagi saya sudah menaiki bas dari Bidor ke Sungkai. Apabila sampai sahaja ke stesen bas Sungkai, saya berjalan kaki menuju ke sekolah. Ia membuatkan saya tersenyum sendirian. Di sekolah ini jugalah, saya menerima berita kematian bapa saudara saya di Bidor. Sehingga kini saya masih menyimpan kenangan manis di SK Sungkai sebagai catatan kehidupan yang menarik.

SK Sungkai

Masyarakat Sungkai adalah terdiri dari berbilang bangsa. Di pekan Sungkai, orang Cina menjadi peniaga yang dominan. Namun demikian bila kita bergerak sedikit ke pinggir pekan ini, maka kita akan melihat kampung-kampung Melayu dengan banyaknya. Antara perkampungan Melayu utama di Sungkai ialah Kampung Changkat Sulaiman, Kampung Haji dan Kampung Menderang. Kewujudan ladang-ladang dan estet juga menyebabkan Sungkai didiami oleh masyarakat India. Namun demikian, apabila sahaja beberapa tanah rancangan FELDA seperti Besout, Trolak dan Sungai Klah dibuka, Sungkai mula didiami oleh orang-orang Melayu yang bukan berasal dari Sungkai sebaliknya berasal dari selutuh negara Malaysia.

Sebuah kelab Cina di Sungkai menunjukkan kewujudan masyarakat majmuk di sini

Sejarah pekan Sungkai juga tidak dapat dipisahkan dengan Kampung Pekan Lama. Menurut penduduk setempat disitulah lokasi pekan Sungkai yang asal. Emak saya sendiri mengakuinya kerana beliau dibesarkan di Sungkai. Saya sering malalui kawasan pekan lama ini. Saya suka berhenti di jambatan yang merentangi Sungai Sungkai. Sengaja saya melihat panorama di sungai Sungkai ini yang penuh dengan lagendanya. Dengar ceritanya, zuriat Sultan Perak yang memerintah tidak boleh menjejakkan kaki mereka ke tanah kawasan Sungkai jika tidak dilapik dengan tujuh lapis kain berwarna kuning. Selain itu, Sultan juga tidak boleh meminum air dari kawasan Sungkai. Itulah yang saya dengar dari cerita orang-orang lama seperti opah saya Zabedah Bt Ahmad ( 73 tahun ).

Sungai Sungkai yang penuh dengan lagenda. 
Jambatan di seberang sana ialah jambatan bagi landasan keretapi.

 Apa yang menarik di kawasan pekan lama Sungkai ni ialah kewujudan rumah-rumah kayu lama yang masih tersisa. Ada juga rumah-rumah yang sudah ditinggalkan kesepian menanti masa untuk rebah ke bumi. Ada simbol kesunyian dapat dilihat bila saya melihat rumah-rumah kayu tinggal ini. Kata emak, satu ketika dahulu kawasan ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Masjid lama Sungkai juga masih wujud di kawasan ini. Ia sebuah bangunan lama yang begitu indah. Setelah masjid baru bagi kariah Sungkai dibina di tepi jalan persekutuan, masjid lama ini tidak ditinggalkan begitu sahaja. Khabarnya kini ia dijadikan pusat bagi para hafiz-hafiz menghafal Al-Quran.

Rumah lama di pekan lama Sungkai


Masjid lama Sungkai

Jika kita masuk ke pekan Sungkai dari jalan utama persekutuan, kita akan melalui sebuah taman perumahan lama yang dikenali sebagai ''Taman Syarikat Melayu''. Tidak diketahui kenapa ia dinamakan sedemikian. Saya amat berbangga dengan namanya. Namun ada sesuatu yang lebih bernilai tinggi di Taman Syarikat Melayu ini. Ianya tentang sebuah rumah kecil di tepi jalan. Itulah rumah onyang saya yang bernama Hajah Mariam. Di rumah itulah ayah dan ibu saya disatukan sebagai suami isteri yang sah pada tahun 1984. Onyang saya masih mendiami rumah berkenaan. Beliau adalah seorang aktivis wanita UMNO yang paling dohormati di Sungkai sejak dari zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman lagi. 

Papan tanda Taman Syarikat Melayu yang sudah uzur.
Boleh dilihat tulisan jawi juga menghiasi papan tanda ini.

Rumah tempat ayah dan emak melangsungkan perkahwinan pada tahun 1984

Sungkai tetap memberikan seribu satu kenangan kepada diri saya. Saya tidak boleh menipu diri saya bahawa saya memang mempunyai kaitan yang sungguh erat dengan Sungkai. Suku sakat nenek sebelah emak memang berasal dari Sungkai. Walaupun Sungkai sudah jauh berubah dengan kemajuan yang membadai namun ada sesuatu yang masih kekal di sini ...ketenangan. Datanglah ke Sungkai di waktu petang yang redup. Singgah-singgahlah ke gerai cendol dan ais kacang berhampiran dengan stesen bas .... duduk dan nikmati hidangan anda dan pandanglah sekeliling. Ada sesuatu yang mengalir perlahan akan anda rasa .... sesuatu yang bergerak perlahan. Ya itulah ... kesunyian sebuah pekan kecil menentang arus kemodenan dengan gagah.. Sungkai tidak pernah berhenti melawan ....

Gerai ais kacang dan cendol bersebelahan stesen bas. 
Tempat persinggahan utama saya sejak dari zaman belajar di UPSI



64 ulasan:

noi said...

A'kum, syabas, satu penulisan yang memberangsangkan dan menarik. Teruskan usaha wahai cucuku... :)

hafez j malim said...

terima kasih atas komen... akan cube sedaye upaya untuk posting terbaru nanti insyaAllah

Unknown said...

Salam indah rasa j malim..terima kasih kerana menulis tentang kg saya iaitu PEKAN SUNGKAI.amat saya hargai..sekian

Udin said...

Salam Sedara,

Tahniah atas penulisan anda.

Taman Syarikat Melayu itu bermula dari nama Taman Syarikat Koperasi Orang-Orang Melayu. sekarang sudah dibubarkan. kebanyakkan penduduk asal taman ini adalah ahli koperasi. Ahli koperasi ini adalah anak-anak tempatan Sungkai.

hafez j malim said...

Salam Encik Udin..

Terima kasih atas maklumat terbaru yang diberikan. Alhamdulillah secara tidak langsung kita berjaya mencungkil semula sejarah yang sudah lupus dari ingtan warga Sungkai melalui catatan ini. Terima kasih juga kerana sudi berkunjung ke blog saya. Jika Encik Udin ini org Sungkai mungkin kita punya kaitan persaudaraan.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Hafez...

Asalnya saya mengetahui blog saudara ni apabila melakukan carian di Google mengenai Sungkai dan keluarlah cerita blog saudara. Untuk pengetahuan saudara Hafez, saya pernah menetap di Taman Syarikat Melayu pada tahun 1983-awal 1992. Ketika itu bapa saya, Tuan Haji Nordin Arshad bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Sungkai. Membaca blog saudara ini banyak sekali mengingatkan saya terhadap Sungkai. Penulisan saudara ini amat-amatlah dihargai. Oh ya, sekiranya saudara mempunyai akaun FB sila add saya di MAHFIZ NORDIN. Semoga kita boleh berkenalan dengan lebih lanjut. Terima kasih.

hafez j malim said...

salam Tuan Mahfiz Nordin..
memang itulah hasrat hati saya, menulis dan memberikan ingtan semula diri kita kepada kenangan-kenangan yang pernah dibina di pekan-pekan lama seperti sungkai. insyaAllah saya akan add Tuan di FB kelak.

Anonymous said...

Walaupun saya bukan penduduk asal Sungkai, tapi saya membesar di sana. Masa tu saya tahun 1-6. Tingkatan 1-3 saya bersekolah di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Ternyata gambar-gambar Hafez tu banyak kenangannya. Cuma gambar padang bola tu tak ada ya.

hafez j malim said...

salam Tuan Mahfiz Nordin..
Saya selalu memikirkan kenangan2 masa lalu akan lupus ditelan masa dan ketika ... untuk mengelakkan sebarang kehilangan sesuatu yang bernilai sentimental itu saya berusaha untuk mengambil seberapa banyak peluang yang ada denagn merakamkannya dan dicatat didalm blog perkongsian ini. Mula2 dulu ada yg ckp saya ni mcm org tak betul ... tgkap gambar benda2 yang takde faedah kata mereka tapi saya buang kata2 mereka jauh2 ... Tuan Mahfuz punya hobi berkaitan foto?

Anonymous said...

Salam Hafez...

Biarlah apa orang nak kata tapi ada yang menghargainya. Ya, saya memang minat dengan fotografi. Saya sendiri mempunyai dua set DSLR dan beberapa lens yang sesuai mengikut kegunaan macam wide atau telephoto.

hafez j malim said...

salam tuan Mahfiz..
baguslah ada minat berkaitan fotografi .. saya pun berminat cuma belum ada rezeki untuknya. sekadar mengambil gambar untuk tujuan blog ini sahaja. hehehe. tuan ada blog sendiri?

Unknown said...

Salam.. Saya bakal berpraktikum di SmK Sungkai Julai 2013 ni. Agak takut juga sebab tak pernah ke sungkai. Masih clueless dgn pekan sungkai ni. Harap2 mudah la nak cari rumah sewa nanti. Dan kalau sy nak blk KL, sy hanya perlu ke stesen bas sungkai tu ke?? Sekadar bertanya. Owh ya. Sy pelajar UPSI juga :)

hafez j malim said...

salam qaqa vic
Saya berharap anda tidak merasa gusar tentang sungkai. insyaAllah semuanya akan dipermudahkan buat anda. rasanya masih banayk rumah sewa di sungkai. anda boleh bertanya kepada rakan-rakan guru disana. jika mahu ke kuala lumpur pula sebaiknya anda ke stesen bas sungkai dan ambil bas ke tanjong malim. anda boleh ke kuala lumpur dari tanjong malim. satu lagi alternatif lain ialah dengan menaiki train ( ETS ) dari stesen keretapi sungkai. saya berharap dengan sedikit maklumat ini dapat membantu urusan praktikal anda. terima kasih berkunjung ke blog perkongsian ini.

Anonymous said...

Salam Indah Rasa J. Malim..

Saya ke Pekan Sungkai semalam , 25/8/2013. Setelah sekian lama,..lebih 29 tahun, dari tahun 1984 sehingga semalam..Saya bersekolah di SKS dari tahun 1978 sehingga 1983. 1984 sekolah menengah (SMS) sebelum mengikut keluarga berpindah ke Kelantan. 29 tahun setelah ditinggalkan , tiada yang terbekaskan lagi selain pekan sungkai yang kekal klasik dan punyai nilai sentimental untuk dikenang.Saya suka nak bercerita lagi,banyak kisah suka duka waktu berada di Sungkai 29 tahun dahulu.

Andai saudara ada menyimpan gambar-gambar lama ,satu yang saya nak tengok adalah stesen keretapi lama sungkai , maklumlah anak orang kerja KTM ,..hantarkan ke email saya ibnor508@yahoo.com.my..

Salam..Terima kasih

hafez j malim said...

salam tuan Anonymous
terima kasih kerana sudi menjengok blog perkongsian ini. Sungkai sememangnya akan terus kekal klasik sampai bila2 ... dan di dalm doa saya selalunya saya bermohon agar sungkai kelihatan sebegini sampai bila agar segala kenangan dan memori kita akan terus kekal disini. berkenaan dengan gambar stesen keretapi lama sungkai, agak sukar bagi saya untuk mendapatkannya ... mungkin sdra boleh cuba merujuk blog ini iaitu zkeretapi.blogspot.com ... mungkin ia mempunyai sejumlah koleksi lama gambar stesen keretapi la sungkai.

Anonymous said...

salam yb hafez,

Anonymous said...

saya dolu2 dibesarkan di kg pekan lama sungkai romah saya nun di belakang mesjed lama sungkai,
sekolah di SK sungkai 1977-1882
antara cek egu yg saya ingat :
cek egu hashim
cek egu latipah
cek egu samad
ostazah kat haji (lupa Pulak nama ostazah tu)

Anonymous said...

dolu2 kat sebelah SK SUngkai ada : panggong wayang,
kedai makan ah chap (selamber je pulun mee goreng dia ni),
kedai runchit papathi (sebelahnya kedai jahit jamilah,
kedai makan dollah RR,

Anonymous said...

antara team Bola Sepak (ketika itu)SK Sungkai (coach cek egu hashim)
azaham - anak cek egu latipah
sopiyan - Ya Berhad
sukairi lasa - perlok
sivakumar - belakang kelinik
zuraimi - pekan lama
udin - sepak bola pejam mata
arshad - JKR
roslan - KTM




Anonymous said...

baru saya ingat nama ostazah SK sungkai dolu2 tu ialah Ostazah cek teh suaminya bernama ostat ibrahim nama anaknya satu kelas dgn saya ialah m hatta.

Anonymous said...

nama cek egu yg selalu kasi minum air semangat semasa nak main bola sepak SK Sungkai dolu2 ialah cek egu aripin

Anonymous said...

antara kg2 yg telah lenyap di sungkai :
kg gembol
kg keling
AA Tin
kg changkat sulaiman lama
perkampongan benggali - dekat kg pekan lama

Anonymous said...

antara quaters yg ada di pekan lama sungkai ketika itu :
quaters KTM - kawan2 saya - azman (man juleng),zaliza,azmi,latip
quaters JKR - kawan2 saya - arshad,borhan(boss),

Anonymous said...

Jalan short cut nak ke sekolah menengah lalu ikut dalam tok kong
cina..
Pasar Lambak hari jumaat, satu pekan ada gerai orang berniaga.
Sukan sekolah berbaris dari SKS ke
padang dekat sekolah tamil..
mengadap sekolah cina..
Masjid selalu gak kena banjir kilat...

hafez j malim said...

salam
ustazah teh rasanya baru sahaja bersara dr sk sungkai ... kg changkat sulaiman lama memang dh lama berkubur.. jambatan yang menghubungkan changkat sulaiman lama dengan kampung baru dh runtuh. masjid lama kini dijadikan tempat latihan tahfiz setelah kewujudan masjid baru di jalan persekutuan... kampung pekan lama dh jarg banjir...terima kasih atas maklumat. saya pasti jika ada individu2 yang sdra sebutkan namanya disini membaca artikel ini...insyaAllah mereka pasti akan mengenang kembali memori sungkai yang telah lama berlalu itu

Anonymous said...

salam ...
cerita2 di atas ini telah mengimbau kembali zaman kegemilangan aku bersama2 kawan2 aku di SK Sungkai...
antara goru2 besar SK Sungkai zaman aku :
cek egu samad
cek egu mohd noor
cek egu maksom

Anonymous said...

encik udin Team bola) yg dimaksotkan itu adalah kawan aku yg sangat rapat dgn aku ketika bersama2 di pokan lama, romah dia ni betol2 sebelah mesjed lama songkai, arwah bapak dia dolu2 ni tok siak mesjed songkai.

Anonymous said...

team bola Sk Songkai ketika itu mmg kuat setakat SK Tamil Sk Cina SK Changkat Solaiman SK Sg Klah mmg selalu kena sayur sje dgn team kitaorang.

Anonymous said...

cerita sungkai.
antara restoren mamak yg ada ketika itu :
Restoren Mubarak
Restoren Bismillah
Restoren Royal

Anonymous said...

cerita sungkai.
kedai gunting rambut :
kedai gunting rambut pak ngah pian-orang changkat sulaiman-kedai dia ni di belakang bazar melayu sebelah pasar lama.
arwah abah aku slalu bawa aku potong rambut kat sini.

Anonymous said...

cerita sungkai.
Restoren Azmawaty - berhadapan setesen petronas
dolu2 restoren ni mmg fopular,dolu2 kalau saya singgah makan di sini mmg selalu dapat diskon, kalau saya cakap saya ada sedara kat sungkai ter utama sebut sahaja changkat sulaiman ataupon pekan lama..pasti dapat diskon..kebetulan saya mmg ada sahabat bernama Abu Takdir B Hashim.....

Anonymous said...

Teacher yang make up tebal tu tuan ingat tak? Spek mata dia ngan pipi
dia...masih teringat lagi seorang kawan yang tersangkut kakinya kat grill longkang besar masuk ke sekolah sebelum construction sekolah baru
kat padang bola tu...Sahabat mari kita hangatkan indah kenangan silam ini..untuk Sungkai yang kekal klasik

hafez j malim said...

HEHEHEHE..
Restoran Azmawaty ... tempat bermain mase kecik2... restoran onyang sedra teman Hajah Mariam. ckp je nama dia kat sungkai tu mesti ramai yang tau. hehehe

Anonymous said...

cerita sungkai.
siapa kenal tokang masak canteen SK Sungkai ketika itu..?
beliau suami&isteri nama beliau pakcik ismail (juga tokang azan mesjed sungkai ketika itu)
tokang kebun SK Sungkai ketika itu..?
beliau pakcik shamsuddin (pokan lama) bersama pakcik Ghani (kg bikam)dan pak en (kg guntong)
kerani SK Sungkai ketika itu..?
abg darus (kg bikam)
abg lan (pokan lama)

Anonymous said...

cerita sungkai....ketika itu.
Gate Keretapi Sungkai.
dolu2 gate keretapi sungkai ini terletak sebelum setesen keretapi sungkai.
kalau kita hendak pi changkat sulaiman ka,pi negara estet ka, pi membang ka..kena lalu gate keretapi ini.
sungguh meriah sbb ramai warga sungkai lalu-lalang gate keretapi ini.
pengawal gate keretapi ini kalau tak silap saya nama beliau cuma Ali(kg. cgangkat sulaiman) sahaja.
kiranya gate keretapi ini menjadi penghubung antara kg2 diseblah sana.

Anonymous said...

cerita sungkai.
dolu2 ada sebuah bangunan di belakang setesen bus mengundur(bus mogah sama dgn bus hup yik)
kedai ah sang namanya.
sebelah kedai ah sang ni satu kedai tukang besi.
belakang kedai ah sang ini ada sebuah surau.
sebelah surau ini ada jln keretapi.
sebelah jln keretapi ni ada kira mcm perkampungan la (lupa lak nama kg ini)
kawan kelas aku ada tinggal disini.
namanya mahani bt nordin (bapanya berniaga ikan di pekan sungkai)dan kedai ikan peton.

Anonymous said...

cerita sungkai..ketika itu..
padang bola sepak sungkai.
kiranya padang keramat bagi penduduk sekitar sungkai.
seingat aku pernah melahirkan seorang pemain bola sepak dan pernah mewakili pasukan perak ketika itu. (1980-1990)
nama beliau ialah isham shaharuddin.
padang ini berlekuk panjang di tengah2nya kerana..laluan basikal.motosikal,pejalan kaki untuk ke romah murah disebelah sana.
padang ini juga pernah meragut beberapa nyawa kerana panahan petir ketika mereka bermain bolasepak ketika hujan.

Anonymous said...

sungkai ketika itu..
panggung wayang sungkai.
satu2 panggung wayang di pekan sungkai dan kira klasik habis la kalau maseh wujud lagi.
dinding kayu warna hijau, kerusi lipat kayu besi.
kalau pi sekolah SK Sungkai..musti lalu kat panggong nih..
poster yg aku ingat sampai sekarang ialah poster felem bruce lee..melangak tengok poster tu hingga cek egu hashim pekik "hoi masuk kelas"..

Unknown said...

Ustazah teh.. Rindu Sgt kt dia.. Saya student darjah 6..1993

Anonymous said...

Sungkai banyak kenangan .sebab saya pernah dudk di trolak input tahun 1979 - 1988.Bas Mogah dgn saya tak dapat di pisah kan.Sungkai - Tanjung Malim- Sungkai.masuk Slim river kejap.Ambik penumpang.Aku sekolah di di Slim river sekolah rendah jalan kelaa gambar kedai atap zink.b sukan slim river.Bas Mogah laa yang bawak kami ke slim river.Ujung minggu makan sate Noor di slim river.Orang tua aku keja felda .setiap ujung bulan beli barang rumah di sungkai.ada atap zink dalam gambar tu.itu semua dalam kenangan.tiada lagi suasana itu.Stesen bas sungkai pun banyaj kenangan,terutama pondok blakang bas.tu.selalu beli tiket bulanan bas mogah beli di pondok blakang tu laa.kenangan

Anonymous said...

cerita sungkai :
semejed pekan lama sungkai,
mengikut cerita arwah abah aku mesjed pekan lama sungkai dibina pada 1930an lagi, siap pada 1933 - dirasmikan pada 23 rabiulakhir 1325H bersamaan 23 ogos 1933, pernah disinggahi oleh tentera jepun, mengikut cerita arwah abah tentera jepun hanya melihat dari luar sahaja kerana ketika itu arwah abah tengah bersolat berjemaah bersama para penduduk pekan lama,seterusnya tentera jepun (mengikut cerita arwah abah) mengebom jambatan pekan lama sungkai bersama jambatan keretapi pekan lama sungkai,kesan2 besi jambatan keretapi sungkai maseh lagi boleh dilihat disebelah bekas rumah lama pak andak hashim (kalau maseh ada lagi lah)

Anonymous said...

anak sungkai juge ...
bila saya baca sume kenangan di atas mengingatkan kembali kenangan zaman sekolah di sungkai...1981-1983(darjah 4-6)...rasa macam nak balik semula ke zaman tu...

Anonymous said...

Sungkai Boys:
Fun Fair
Dolu2 antara hiburan di Sungkai ialah Fun Fair, mana2 otai2 sungkai musti ada nostalgia cerita fun fair ini.
setahu aku dolu2 tapak Fun Fair ini lokasi asalnya adalah di Taman Syarikat Melayu,
bila TSM dibina tapak Fun Fair ini berpindah dekat dengan Tokong Cina Sungkai,
sungguh meriah ketika itu, seingat aku antara kumpulan rock yg datang Fun Fair Sungkai :
SEARCH,LEFTHANDED,SYJ,BLOODSHED,MAY,M DAUD KILAU
pernah aku naik basikal dari KG KLAH BARU-SUNGKAI tengok FUN FAIR dgn kawan2 seperti : ABIN,LEE JABE,LEE BANDUT,NAZRI,JOHN,SEMAN,TAPA JAWA,DIN KEPALA BESAR,DIN JAGA,

Unknown said...

Salam.. walaupun saya bukan dilahirkan di Sungkai tetapi saya berminat untuk mengetahui sejarah2 di Sungkai kerana bapa saya berasal dari Sungkai sebuah perkampungan pendalaman - Kg. Gombol. Malah Aki saya dilahirkan di Pekan Lama Sungkai dan Opah saya di Kg. Gombol. Oleh kerana tiada siapa lagi yang ada di kampong tersebut saya berharap dapat indahrasa j.malim memperluaskan lagi cerita2 dan mencungkil kisah2 sukusakat keturunan datuk nenek sungkai. terima kasih.

Anonymous said...

bebudak sungkai.
serba-sedikit kg. gembol.
dolu2 saya dgn arwah bapa selalu juga melalui kg.gembol kalau hendak ke kg. changkat sulaiman,
kiranya kg. gembol ni short-cut ke kg changkat sulaiman,
laluan kg gembol ni adalah di belakang quaters KTM. terletak di pekan lama,
antara rumah2 yg ada seingat saya ketika itu ialah rumah mat sapi,kawan sekolah saya seingat saya ialah salasiah bt ahmad kg gembol.
ada sebahagian drp penduduk kg gembol ini telah berpindah ke kg klah baru,kawan saya juga orang kg gembol nama beliau (gelaran) apek sahaja,
jikalau sesiapa hendak tahu lebih lanjut kg gembol bolehlah berjumpa dgn Tapa Jawa atau tanya sahaja orang kg klah baru.

Anonymous said...

bebudak sungkai.
Moreh mesjed pekan lama sungkai :
dolu2 masuk sahaja bulan ramadhan musti sinonim dgn moreh masjade pekan lama sungkai.
masa sebulan itu boleh dikatakan seluruh kg2 disekitar sungkai akan berjumpa dan makan2 di masjed sungkai.
nak tahu bila masuk waktu berbuka..?
siren akan dibunyikan..tukang bunyi siren...aku panggil "abg nan" beliau akan bunyikan siren.
masak moreh ini dilakukan secara gotong-royong,
masak nasi minyak guna kawah..pada aku ketika itu sungguh besar kawah nasi itu.
tukang masak nasi kawah..?
siapa lagi kalau bukan "abg nan"
abg nan ni rumah beliau di belakang rumah aku sahaja..
agak terpencil..ada 2 rumah bersebelahan dgn rumah mohd noor.


Anonymous said...

cengal estate :
terimakasih kerana menceritakan kg gembol.
kawan saya ada juga dulu menetap di kg gembol, nama beliau satu kelas dgn saya Normala Bt Don.

Anonymous said...

KG KLAH BARU ....
Antara kawan2 aku :

DIN JAGA
DIN KANCIL
DIN KEPALA BESAR
DIN CUBA (TRY)
DIN SOPO
DIN MAJET
LEE JALA
LEE BANDUT
SIKAT
ABIN
LEE JABE
SEMAN
TAPA JAWA
AWI
BURHAN
MOGAH
MAN TODI
NUAR ANGKONG
KASSIM (LABI)
NUAR SONE
NONEK
EDI
PI
ALONG
ZALI
ADEK
PIE
JEPRI
AWANG
SAHROM (OM)
FIL LAILI

Anonymous said...

Sungai busuk.
Ada lagi nama tertinggal
Moin
Mat rawi
Norli
Kote
Crown
Lid khalet
Pie bon
Jaapar
Mat zain
Ladong
Taen
Koh
Munir
Dan
Ban

Anonymous said...

Salam
Baca pasal Sungkai, menyingkap sejarah silam saya. I was born and bred in Sungkai. Mak dan adik saya masih di Sungkai. So, masih ade lagi la term "balik kampung" tu. Ade lagi kampung nak balik.

Terima kasih dengan gambar2. Masjid lama, pekan lama, sungai sungkai dan pekan sungkai itself. Nostagia. Saya dibesarkan di Pekan Lama sebelum pindah ke taman syarikat melayu. NAma saya pun ade disebut dalam komen di atas. Lagilah buat saya sebak. Masih lagi ade org ingat kisah silam. cikgu2 saya, tok siak, tok mail dan opah uda dan lain2. Saya kenal Onyang tuan, Puan Hajjah Mariam. Saya panggil Opah Cu Mariam.

Salam dari US

hafez j malim said...

salam
alhamdulillah syukur kepada allah kerana penulisan yang tidak seberapa ini berjaya juga sekurang-kurangnya membeli semula ingatan dan memori lama anak-anak sungkai yang mungkin kini sudah berjauhan dengan pekan kecil yang begitu bersejarah ini. Insyaallah komen dan cdangan dr rakan-rakan pembaca akan saya saya cuba usahakan yang terbaik. Penulisan ini mungkin sudah agak lama tetapi saya berharap dapatlah kiranya terus kekal relevan untuk semua insan yang tahu betapa besar ertinya sebuah pekan bernama sungkai.

Unknown said...

Awok bangge sebab dilahirkan di dalan romah di kg guntong sungkei..#anakjatisungkai

Unknown said...

terjumpa laman ni..amat membanggakan..sy anak sungkai..tahniah pada yang melahirkan halaman ini..org sungkai biasanye dr keturunan yg sama..cuma kita sekarang x tau dan krg kenal..
tapi sy rasa ramai kenal ayah kesayangan saya hj yaakob atau lebih dikenali sebagai lebai akob atau aki akob.

Unknown said...

terjumpa laman ni..amat membanggakan..sy anak sungkai..tahniah pada yang melahirkan halaman ini..org sungkai biasanye dr keturunan yg sama..cuma kita sekarang x tau dan krg kenal..
tapi sy rasa ramai kenal ayah kesayangan saya hj yaakob atau lebih dikenali sebagai lebai akob atau aki akob.

Anonymous said...

Haa ramai keli selubuk serai serumpun hah...mak bapak datuk nenek kita berakar umbi di sungkai,smpy sekali sebut takde yang tak kenal...sayangnya kita squad2 bawah ni,tak dapat ngikut jejak deme,kita merantau ke luar,jadi kita tak kenal sepupu sepapat cuit gamit sendiri,dan automatik org pun tak kenal kita..deme pun,serupa mcm kita,sama2 tak kenal..kalau takde org tua lagi celah2 kita,habislah nohenn je masing2 tak kenal sedara mara..
Rajin2 la wakme bersoreh dgn org2 tua,idak esok org kenal tuk nenek kita aje la,mana yg ingat,,mana yg idak,silap2 balik ke kampung sendiri pun kena cekak,ingat dek deme org luor masuk kampung tak bertabik-tabik hahhaha ...

Anonymous said...

Tapi kalau berlawan buku lima atas padang,menang orang changkat...tu pasal kalah main bola,sbb pergi nak bertumbuk,bkan nak main bola sangat hahaha..

Anonymous said...

Dollah Raja Rompak haha..bkan kecam arwah,tidak..mmg bila ditanya pd arwah,RR tu apa,arwah kata "Raja Rompak" haha..Dollah RR ni anak dia Tuan Rakib dr Bukit Aman yang handle kes Mona Fendi,rumah arwah di sungai suo(gitu la nama panggilannye) dekat menderang,dia duduk lepas pencen..

Kembara Spontan said...

I feel u bro. Kesunyian pekan2 lama ini membuatkan saya lebih tenang. Kesunyian di petang hari. Insya allah, saya juga berhasrat untuk menulis seperti saudara berkenaan pekan2 lama ini. Tempat ya disekitar n.sembilan sebab saya dibesarkan disana..

Mohd Fauzi said...

Saya belajar di Sekolah Menengah Sungkai (SMS) pd 1972 - 1974 hingga SRP pastu ke Bidor (Sheikh Abdul Ghani) kemudian tuko ke Sri Perak, Teluk Anson. Memang Sungkai dan Pekan Lama ada seribu kenangan dlm hidup saya... terutama sungai sungkai tempat saya habiskan masa selepas waktu sekolah. Bas Mogah banyak kenangan buat saya yg berulang alek dari felda sg klah. Kedai Ponnusamy Pillay, tuck on long, Papathi tempat beli buku sekolah, kedai Han Eng tempat jual getah sekerap, makan roti canai dan bihun mamak diRoyal dan Bismilah Restoran, doktor jam belakang pasar sungkai banyak tinggal kenangan. Stesen keretapi lama tempat permainan saya yg sering diletakkan paku atas landasan utk digilis keretapi menjadi leper. Jambatan lama keretapi di sungai sungkai tempat terjunan saya ketika mandi sungai. Kawasan lombong tempat permainan saya sapanjang paip air utk pelombongan yg sedut dari sungai sungkai. Ketika itu saya pernah saksikan kewujudan kapal korek di lombong sungkai. Merentas desa acara wajib sukan tahinan bagi pelajar SMS setiap tahun melalui kebun getah, pinggir lombong dan sebahagian landasan keretapi. Perarakan maulud nabi di masjid pekan lama tak dilupai yg pernah saya johani utk SMS bagi kain rentang poster utk sambutan maulud tersebut. Quaters keretapi kini sepi senasib quaters dan balai polis sungkai. Pernah ada tol utk menyeberang landasan keretapi di belakang pekan sungkai. Pergi balik sekolah di pekan sungkai melalui tokong cina dan penempatan cina di belakang SMS.... Pengetua SMS masa itu Chan Sia Chee tinggal Panchun Estet Bidor sebelum cikgu Wahid ambil aleh kemudiannya.

Mohd Fauzi said...

Saya belajar di Sekolah Menengah Sungkai (SMS) pd 1972 - 1974 hingga SRP pastu ke Bidor (Sheikh Abdul Ghani) kemudian tuko ke Sri Perak, Teluk Anson. Memang Sungkai dan Pekan Lama ada seribu kenangan dlm hidup saya... terutama sungai sungkai tempat saya habiskan masa selepas waktu sekolah. Bas Mogah banyak kenangan buat saya yg berulang alek dari felda sg klah. Kedai Ponnusamy Pillay, tuck on long, Papathi tempat beli buku sekolah, kedai Han Eng tempat jual getah sekerap, makan roti canai dan bihun mamak diRoyal dan Bismilah Restoran, doktor jam belakang pasar sungkai banyak tinggal kenangan. Stesen keretapi lama tempat permainan saya yg sering diletakkan paku atas landasan utk digilis keretapi menjadi leper. Jambatan lama keretapi di sungai sungkai tempat terjunan saya ketika mandi sungai. Kawasan lombong tempat permainan saya sapanjang paip air utk pelombongan yg sedut dari sungai sungkai. Ketika itu saya pernah saksikan kewujudan kapal korek di lombong sungkai. Merentas desa acara wajib sukan tahinan bagi pelajar SMS setiap tahun melalui kebun getah, pinggir lombong dan sebahagian landasan keretapi. Perarakan maulud nabi di masjid pekan lama tak dilupai yg pernah saya johani utk SMS bagi kain rentang poster utk sambutan maulud tersebut. Quaters keretapi kini sepi senasib quaters dan balai polis sungkai. Pernah ada tol utk menyeberang landasan keretapi di belakang pekan sungkai. Pergi balik sekolah di pekan sungkai melalui tokong cina dan penempatan cina di belakang SMS.... Pengetua SMS masa itu Chan Sia Chee tinggal Panchun Estet Bidor sebelum cikgu Wahid ambil aleh kemudiannya.

Mohd Fauzi said...

Doroyan paling sedap antaranya dari Sungkai.

zainkhoryzs said...

Terima kasih atas perkongsian.

maidi said...

Salam bang

hafez j malim said...

Wasalam Tuan Maidi