BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

Perkhabaran Sedih



Sebuah karya dari seorang teman yang begitu saya sayangi dan sanjungi. Ada cerita yang tersirat disebalik sajaknya dan saya menyukainya sebagai kenangan indah yang tidak mudah dilupakan. 

Kadangkala tidak semua perasaan yang indah antara dua hati mampu diakhiri oleh penyatuan. Walaupun sejauh mana hati mendesak untuk memiliki namun kuasa Ilahi yang menjadi penentu segalanya.......dan dengan sebatang pena  dan secarik kertas segalanya terluah.


PERKHABARAN SEDIH

Perkhabaran sedih
dari insan yang bernama kekasih
tragisnya...
hingga bisa meremuk hatiku
ibarat kaca
yang terhempas ke lantai
berderai...berkecai...bertaburan
musnah !

Hatiku kini hilang segala rasa
hilang segala pedoman

Perkhabaran sedih
ianya bagai merentap nyawaku
bagai membunuh rohku
tubuhku terkulai sepi
terbujur kaku.

Perkhabaran sedih
kau membunuh jiwaku !
kau membunuh perasaanku !
kau membunuh sayangku !
kau membunuh cinta agungku !

Perkhabaran sedih
kau telah meranapkan
masa depanku
hilangkah sudah tempat mengadu
tempat merintih
tempat mencurahkan kasih,
tiada lagi panggilan "buah hati"
di cuping telingaku,
tiada lagi pujian
menggunung untukku,
tiada lagi panggilan SAYANG
disebalik bait gurauan
dari kekasihku.

Perkhabaran sedih
kau membuatkan aku
kehilangan akal yang waras
merintih pilu tiap saat dan detik..

Kini...tiada lagi
senyuman indah dibibirku
tiada lagi gelak manja
yang dapat ku pamer
semuanya hilang
kerana kau ....PERKHABARAN SEDIH !!

Kini..segala-galanya akan dicoret
sebagai kenangan..
kenangan yang sayu untuk kukenang.

Selagi minda ini berfungsi
kau yang tersayang 
akan tetap di sanubari
dan aku...
hanya sendiri bersama sepi
sendiri bersama sunyi !




8 ulasan:

Anonymous said...

mmg sedih..kdg2 kita sibuk membina kebahagian sendiri tp lupa pada org yg pnah mnyayangi kita..wallahualam.

hafez j malim said...

selamnanya tidak pernah melupakan setiap cerita yang pernah berlaku... tetap tersimpan di ingatan.

Anonymous said...

Ingatan akan hilang bersama masa yg blalu..manusia mudah lupa terutama tika masa senang(bahagia) .wallahualam..

Anonymous said...

Umpama hanyut di tengah lautan
Tak tentu kiri tak tentu kanan
Bila impian tidak kesampaian
Ibarat mati separuh badan

Masakan pungguk perlukan bulan
Jikalau kini terbang berpasangan
Harapan di semai menjadi kenangan
Umpama parut kekal di badan

hafez j malim said...

wallauhualam... setiap manusia itu berbeza dan setiap ingtan yang terbaik itu akan tetap menjadi kenangan yang indah untuk dikenang. semoga segala yang teringin akan dikecapi nanti. Allah yang berkuasa menentukannya.. insyaAllah

Anonymous said...

"perkhabaran sedih"mmg tpt n pdt skli karya tersebut.... karya tersebut tepat menceritakan kisah seorang insan bernama lelaki yang telah memperbodohkan seorang perempuan dengan kata-kata yang cukup manis,semuanya hilang sekelip mata tanpa tanpa ada penjelasan dan pemberitahuan..semuanya kesepian....

hafez j malim said...

BENAR AGAKNYA BEGITU...WALLUALAM

Unknown said...
This comment has been removed by the author.