Ingatan-ingatan terhadap penceritaan Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud di dalam buku ini membuatkan saya kepingin untuk memiliki buku ini sebagai salah satu koleksi peribadi yang penting. Sayangnya, agak sukar untuk menemui buku ini di dalam pasaran kerana tahun cetakannya yang sudah agak lama iaitu sekitar tahun 1997.
Namun rupa-rupanya pencarian itu akhirnya berakhir juga apabila saya dapat menemui buku ini di sebuah kedai buku yang menjadi ejen jualan buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka di Batu Pahat. Walaupun usia buku ini sudah mencapai 18 tahun ( ketika catatan ini ditulis ) namun kondisinya tetap utuh. Seutuh isi penceritaan yang terkandung di dalamnya.

Ayuh... kita selusuri gambaran sebenar buku ini. Siapa tahu kita salah seorang yang mempunyai kenangan yang sama dengan si penulisnya ... Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud.
Saya pernah menulis satu catatan berkaitan dengan Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud di blog ini pada tahun 2010. Namun demikian catatan berkenaan lebih berkisar kepada buku karya beliau yang banyak mempengaruhi kehidupan masa kecil saya iaitu "Anak Din Biola" dan sedikit biodata diri beliau secara ringkas.
Novel Anak Din Biola milik saya
cetakan tahun 1985
Namun demikian catatan yang ditulis 5 tahun yang lalu itu saya rasakan agak terlalu ringkas dan kurang padat. Tambahan pula, saya benar-benar terinspirasi dengan penulisan beliau, maka adalah perlu bagi saya menulis semula catatan berkaitan dengan penulisan beliau melalui ruangan Catatan Sebuah Buku di blog perkongsian ini. Ini kerana sisi pengalaman dan penceritaan penulis-penulis guru seperti beliau sangat kurang ditonjolkan dan namanya sering tenggelam dalam dunia sastera Malaysia walaupun sumbangannya terhadap perkembangan sastera itu sendiri agak besar khususnya dalam penciptaan novel kanak-kanak.
Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud dilahirkan di Ulu Yam Baharu pada 4 Disember 1920. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu di Ulu Yam Baharu. Beliau kemudiannya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sultan Idris Trainning College ( SITC ) Tanjong Malim pada sekitar tahun 1930an. Pernah bertugas sebagai seorang guru sebelum beralih pekerjaan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pembantu Penyelidik.
Semenjak 1955 lagi beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan. Telah beberapa kali memenangi hadiah dalam Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak anjuran Jabatan Pelajaran Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Allahyarham banyak menghasilkan buku kanak-kanak. Antaranya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Rahsia Sebuah Lori, Rahsia Penjual Senjata, Pancing Kasut dan Panjang Tangan dan lain-lain lagi. Novelnya yang popular iaitu Anak Din Biola merupakan pemenang pertama Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, tahun 1982.
Jika dilihat secara sepintas langsung berkenaan dengan tajuk-tajuk buku kanak-kanak yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah jelas sinonim dengan bacaan-bacaan popular kanak-kanak di perpustakaan pada tahun 1970an hingga ke tahun 1980an. Tajuk-tajuk berunsurkan hero/wira kanak-kanak, penyiasatan, misteri, jenayah dan suasana hidup di desa dan bandar merupakan daya penarik yang cukup kuat bagi kanak-kanak untuk membaca buku. Maka adalah tidak menghairankan jika kita sehingga kini mungkin masih mengingati buku kanak-kanak yang pernah kita baca sekitar 20 tahun yang lalu walaupun mungkin sudah lama tidak menjumpai buku tersebut.
Berenang Di Lautan Ceritera ... Sebuah Autobiografi
Sejujurnya apabila membaca buku ini, saya sebagai generasi baharu harus segera menoleh semula ke belakang melihat segala jalan sejarah yang pernah melatari kehidupan masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dalam tahun-tahun sebelum merdeka. Hakikatnya buku ini sarat dengan penceritaan yang begitu bernas berkenaan dengan permasalahan dan gaya hidup pada masa itu termasuk ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945.
Kenangan zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
Satu perkara yang membuatkan saya begitu dekat dengan buku ini ialah kecintaan Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud dengan tempat asalnya Ulu Yam Baharu. Betapalah beliau dalam usia emasnya masih mengenang tempat asalnya yang sudah jauh berubah. Begitulah juga saya ketika ini, sentiasa merindui desa tempat kelahiran saya yang kini sudah banyak berubah dibadai arus kemodenan sehingga hampir menghilangkan nilai-nilai kenangannya. Beliau bercerita berkenaan sungai, rumah, tempat bermain, sekolah, hutan dan sebagainya ... yang sebahagiannya kini sudah tidak dapat dilihat lagi. Ada rasa rindu yang bermain di hati bagi seorang tua sepertinya. Sama juga seperti kita nanti .....
Buku ini juga memperihalkan tentang kehidupan guru-guru Melayu pada zaman penjajahan Inggeris. Hal ini dapat dilihat menerusi penceritaan beliau yang agak panjang berkenaan bapanya Cikgu Mahmud Ujang, seorang guru tua Melayu yang mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Rupa-rupanya banyak halangan yang diberikan oleh penjajah Inggeris kepada bangsa Melayu pada masa itu.
Salah satu catatan Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud yang sangat terkesan di hati saya ialah larangan penjajah Inggeris dalam memberi kebenaran kepada guru-guru Melayu untuk memiliki kereta sendiri atas alasan gaji yang kecil tidak melayakkan mereka untuk memilikinya walaupun berstatus guru besar. Guru-guru Melayu pada ketika itu hanya layak untuk memiliki basikal sahaja sebagai kenderaan harian. Manakala guru pelawat pula boleh memakai motosikal. Betapalah seksanya hidup pada zaman penjajahan dahulu.

Zaman penjajahan Inggeris.. hanya basikal
yang layak dimiliki oleh guru besar sekolah Melayu
Itu belum dikira kesusahan yang bakal timbul apabila sesorang guru itu diambil tindakan disiplin oleh pihak kerajaan penjajah kerana ingkar perintah ataupun melakukan kesalahan lain dan mempunyai sifat penentangan. Pihak penjajah seboleh-bolehnya akan menghantar guru berkenaan ke kawasan yang jauh ceruk ke pedalaman. Hal inilah yang berlaku kepada Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud apabila terpaksa mengikuti bapanya, Allahyarham Cikgu Mahmud Ujang bertukar ke Sungai Selisek dalam daerah Hulu Selangor akibat dari pembelian kereta yang tidak dibenarkan kepada guru-guru Melayu oleh pihak penjajah Inggeris.
Cerita Sungai Selisek
Saya agak menyukai penceritaan Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud ketika berada di Sungai Selisek ini kerana Sungai Selisek ialah kampung asal keturunan datuk sebelah ibu saya. Rasanya belum ada buku atau kertas kerja yang khusus menceritakan berkenaan dengan suasana Kampung Sungai Selisek ini dalam tahun 1920an dan 1930an. Ini secara tidak langsung menjadikan buku karya Cikgu Maaruf Mahmud ini sebagai satu rujukan asas dalam memahami situasi masyarakat di Kampung Selisek dalam masa-masa berkenaan.
Masjid lama Kampung Masjid Sungai Selisek.
Dibina pada tahun 1939.
( gambar kredit : artmelayu.blogspot.com/ )
Menurut Allayarham Cikgu Maaruf Mahmud, suasana di Sungai Selisek ini begitu indah dan nyaman kerana masih diliputi hutan.Pemandangnnya begitu indah. Sungainya dipenuhi ikan dan menjadikan beliau begitu hebat dalam hal menangkap ikan. Suasana Sungai Selisek yang begitu menjadikan harimau belang mudah untuk bermaharajalela.
Ketika saya masih menuntut di Tanjong Malim dahulu, seringkali juga saya melalui Sungai Selisek. Walaupun keadaannya masih kekal dengan suasana kedesaan, namun banyak kawasan hutannya sudah mula terhakis. Saya tidak dapat membayangkan bagaimanalah suasananya ketika tahun 1930an dahulu. Ah ... pasti warga emasnya masih merindui masa-masa berkenaan. Manalah tahu juga jika-jika Allahyarham datuk saya juga pernah menjadi murid kepada bapa Cikgu Maaruf Mahmud ini siapalah yang tahu.

Paling menarik ialah jalan perhubungan untuk ke Sungai Selisek pada ketika itu adalah hanya menggunakan denai-denai kecil dan harus berjalan kaki. Mungkin juga masyarakatnya pada ketika itu masih menggunakan perahu atau sampan dengan mengakses Sungai Bernam untuk ke Tanjong Malim. Pada zaman itu, bagi sesiapa yang pertama kali ke Sungai Selisek haruslah menaiki keretapi dan turun di stesen keretapi Behrang Stesen.
Dari stesen keretapi tersebut, kita harus berjalan kaki melalui jalan atau denai kecil sebelum sampai ke Kampung Sungai Selisek. Stesen keretapi lama pekan Behrang Stesen yang pernah menjadi saksi kehadiran Cikgu Maaruf Mahmud dahulu kini sudah tiada lagi. Stesen kecil itu telah dirobohkan bagi pembinaan sebuah stesen keretapi baru yang lebih moden dan besar sesuai dengan peredaran zaman.
Peristiwa serangan harimau di Sungai Selisek juga sangat menarik minat saya. Bagaimana harimau yang mengganas dengan menjadikan beberapa ekor lembu milik seorang Punjabi telah berjaya ditembak mati oleh datuk kepada Cikgu Maaruf Mahmud yang dibawa khas ke situ. Paling menarik ialah tulisan beliau berkenaan dengan lelaki Punjabi penternak lembu itu yang menganggap Tanah Melayu ini hanyalah tempat mencari kekayaan untuk dibawanya balik ke India. Tiada perasaan untuk menumpahkan taat dan setia pada negara ini. Rasanya perasaan seperti itu sudah tiada lagi dalam diri rakyat Malaysia yang berbilang kaum kini, tambahan pula selepas era kemerdekaan.
Satu lagi cerita yang menarik di Sungai Selisek ini ialah pada ketika itu dalam sekitar tahun 1930an seringkali berlaku masalah pelajar yang ponteng untuk ke sekolah. Hal ini adalah sesuatu yang lumrah bagi keadaan sosial masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun di dalam penulisan buku ini dapat dilihat peranan yang dimainkan oleh guru-guru Melayu pada ketika itu dalam membantu menyelesaikan masalah murid yang sering ponteng sekolah. Paling menyedihkan ialah alasan tidak hadir ke sekolah adalah berfaktorkan masalah ekonomi dan kelaparan. Maka pada ketika inilah guru-guru Melayu membantu malahan berkongsi wang bagi membantu meringankan beban murid dan keluarganya.
Namun demikian salah satu faktor yang terpenting yang menyebabkan ramai murid tidak hadir ke sekolah ialah penularan penyakit demam malaria yang disebabkan oleh nyamuk tiruk. Sesetengah orang memanggil demam malaria ini dengan nama demam kura-kura. Menurut cikgu Maaruf demam malaria ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut. Ubat yang paling utama dalam membendung penyakit ini bernama Quinin yang rasanya amat pahit. Tetapi dengan menelan Quinin ini terlalu banyak pula boleh menyebabkan telinga menjadi pekak.
Dari ubat Quinin berbentuk tablet, kerajaan penjajah Inggeris menawarkan pula ubat Quinin dalam bentuk cecair yang dihantar ke Sungai Selisik dalam jumlah yang begitu banyak. Cikgu Maaruf menggunakan istilah bertempayan-tempayan bagi menggambarkan jumlah air Quinin yang dibekalkan. Menurutnya lagi, air ubat Quinin ini lebih pahit dari yang berbentuk tablet. Ini menjadikan darah pesakit menjadi pahit dan nyamuk tiruk tidak akan lagi menggigit pesakit.
Itulah sebahagian dari catatan sejarah Sungai Selisek yang sempat dirakamkan oleh Cikgu Maaruf di dalam bukunya ini. Mungkin bagi generasi tua yang masih mendiami Sungai Selisek mengingati akan peristiwa-peristiwa yang saya coretkan tadi. Bagi generasi muda Sungai Selisek kini mungkin ini boleh membantu dalam aspek penilaian semula pensejarahan kampung Sungai Selisek.. insyaAllah.
Cerita-Cerita di SITC Tanjong Malim
Papan tanda lama Stesen keretapi Behrang yang lama
( foto kredit : zkeretapi blogspot )
Dari stesen keretapi tersebut, kita harus berjalan kaki melalui jalan atau denai kecil sebelum sampai ke Kampung Sungai Selisek. Stesen keretapi lama pekan Behrang Stesen yang pernah menjadi saksi kehadiran Cikgu Maaruf Mahmud dahulu kini sudah tiada lagi. Stesen kecil itu telah dirobohkan bagi pembinaan sebuah stesen keretapi baru yang lebih moden dan besar sesuai dengan peredaran zaman.
Peristiwa serangan harimau di Sungai Selisek juga sangat menarik minat saya. Bagaimana harimau yang mengganas dengan menjadikan beberapa ekor lembu milik seorang Punjabi telah berjaya ditembak mati oleh datuk kepada Cikgu Maaruf Mahmud yang dibawa khas ke situ. Paling menarik ialah tulisan beliau berkenaan dengan lelaki Punjabi penternak lembu itu yang menganggap Tanah Melayu ini hanyalah tempat mencari kekayaan untuk dibawanya balik ke India. Tiada perasaan untuk menumpahkan taat dan setia pada negara ini. Rasanya perasaan seperti itu sudah tiada lagi dalam diri rakyat Malaysia yang berbilang kaum kini, tambahan pula selepas era kemerdekaan.
Satu lagi cerita yang menarik di Sungai Selisek ini ialah pada ketika itu dalam sekitar tahun 1930an seringkali berlaku masalah pelajar yang ponteng untuk ke sekolah. Hal ini adalah sesuatu yang lumrah bagi keadaan sosial masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun di dalam penulisan buku ini dapat dilihat peranan yang dimainkan oleh guru-guru Melayu pada ketika itu dalam membantu menyelesaikan masalah murid yang sering ponteng sekolah. Paling menyedihkan ialah alasan tidak hadir ke sekolah adalah berfaktorkan masalah ekonomi dan kelaparan. Maka pada ketika inilah guru-guru Melayu membantu malahan berkongsi wang bagi membantu meringankan beban murid dan keluarganya.
Sebahagian panorama SK Sungai Selisek kini. Dahulunya
dikenali sebagai Sekolah Melayu Sungai Selisek. Disinilah
Cikgu Maaruf Mahmud bersekolah dan bapanya Cikgu Mahmud Ujang
menjadi guru besar menggantikan Cikgu Mohd Din Bin Tambi pada
tahun 1933.
Namun demikian salah satu faktor yang terpenting yang menyebabkan ramai murid tidak hadir ke sekolah ialah penularan penyakit demam malaria yang disebabkan oleh nyamuk tiruk. Sesetengah orang memanggil demam malaria ini dengan nama demam kura-kura. Menurut cikgu Maaruf demam malaria ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut. Ubat yang paling utama dalam membendung penyakit ini bernama Quinin yang rasanya amat pahit. Tetapi dengan menelan Quinin ini terlalu banyak pula boleh menyebabkan telinga menjadi pekak.
Agaknya inilah ubat Quinin pahit yang menjadi penawar
penyakit malaria.
Bayangkan ubat ini dihantar bertempayan
ke rumah anda ?
Itulah sebahagian dari catatan sejarah Sungai Selisek yang sempat dirakamkan oleh Cikgu Maaruf di dalam bukunya ini. Mungkin bagi generasi tua yang masih mendiami Sungai Selisek mengingati akan peristiwa-peristiwa yang saya coretkan tadi. Bagi generasi muda Sungai Selisek kini mungkin ini boleh membantu dalam aspek penilaian semula pensejarahan kampung Sungai Selisek.. insyaAllah.
Cerita-Cerita di SITC Tanjong Malim
Bangunan Suluh Budiman ketika era SITC
Bagi orang-orang Melayu dalam tahun 1920an sehingga ke tahun 1950an, Sultan Idris Trainning College For Malay Teacher ( SITC )adalah universiti teragung dalam dunia pendidikan orang-orang Melayu. Anak-anak muda Melayu pada ketika itu amat berminat untuk memasuki SITC seterusnya bakal menjadi seorang guru yang amat dipandang tinggi oleh masyarakat.
Begitulah juga kepada cikgu Maaruf Mahmud, cita-citanya juga adalah untuk menjadi seorang guru. Untuk menjadi seorang guru syaratnya haruslah masuk dan belajar di SITC. Namun atas sesuatu peristiwa yang melibatkan seorang guru pelawat yang mengoyakkan keputusan peperiksaannya telah membantutkan harapan cikgu Maaruf untuk belajar di SITC. Namun demikian bapanya iaitu cikgu Mahmud tidak berputus asa dan pada suatu hari mereka berdua menaiki keretapi dari stesen keretapi Behrang ke Tanjong Malim. Tujuannya adalah untuk menemui Tuan O.T Dussek yang menjadi pengetua SITC ketika itu.
Cikgu Mahmud berharap agar Tuan O.T Dussek membantu agar Cikgu Maaruf Mahmud dapat masuk belajar di SITC tanpa perlu menjadi guru pelatih terlebih dahulu. Sayangnya Tuan O.T Dussek tidak dapat membantu malahan memberi nasihat agar Cikgu Maaruf Mahmud meneruskan pelajarannya dan seterusnya menjadi guru pelatih sebelum memasuki ujian kemasukan ke SITC yang menjadi ibu kandung kepada sekalian guru-guru Melayu termasuklah saya.
Cikgu Maaruf Mahmud memasuki SITC pada tahun 1937. Itupun setelah mengambil peperiksaan masuk ke maktab sebanyak dua kali. Begitulah sukarnya bagi guru-guru pelatih pada masa itu untuk belajar di SITC. Pengambilan pelajarnya agak terhad malahan meliputi negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura. Itulah sebabnya betapa nama SITC begitu mengharum kepada dunia pendidikan orang-orang Melayu. Malahan sehingga kini walaupun telah bertukar nama kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ), peranan yang dimainkan oleh institusi ini tidak pernah berubah malahan terus relevan dalam membekalkan guru-guru untuk dunia pendidikan negara kita.
Di maktab pada ketika itu, para pelajar diberikan makan nasi kawah. Sarapan paginya pula ialah sebiji telur rebus, dua keping roti dan sebiji pisang emas sebesar ibu jari. Air teh panas juga disediakan dengan mencedok sendiri dari dalam tempayan yang disediakan. Begitulah rutin menu makanan setiap hari tanpa berubah.
Penuntut juga diberikan wang saku sebanyak $2.50 ( dalam nilaian ketika itu ) pada setiap bulan. Jumlahnya tidaklah sebesar mana dan menurut cikgu Maaruf Mahmud, bagi penuntut yang rakus berbelanja jumlah sebanyak itu hanya mampu bertahan selama 15 hari sahaja.
Antara pensyarah-pensyarah SITC yang sempat namanya diabadikan di dalam buku ini ialah Cikgu Yazid ( Kapten Yazid ) yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman tentera Jepun, Cikgu Othman Syawal, Cikgu Rais, Cikgu Abdullah, Cikgu Abdul Rahman Adil ( adik kepada Cikgu Buyong Adil ). Turut disebutkan namanya disini ialah Tuan Pendeta Za'ba, Cikgu Yob Rawan dan Cikgu Harun Mohd Amin ( Harun Aminurrasyid ). Kebanyakan dari nama tokoh-tokoh guru yang saya sebutkan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kebangkitan semangat nasionalisma di kalangan guru-guru Melayu pada ketika itu. Sehingga kini jasa mereka tetap dikenang dan semoga Allah meredhai segala amal dan jasa mereka.

Sehelai kot milik bekas pelajar SITC. Tertera logo
lama SITC
( Foto kredit : http://chor-bidor.blogspot.com/ )

Allahyarham Cikgu Buyong Adil, namanya
diabadikan pada sekolah lama saya di Tapah iaitu
SMK Buyong Adil
Allahyarham Cikgu Harun Mohamad Amin
( Harun Aminurashid )
( Harun Aminurashid )
Kisah-kisah lucu sewaktu menjadi penuntut di SITC diceritakan dengan baik oleh cikgu Maaruf. Salah satu perkara yang kekal menjadi ingatan kepada saya ketika membaca buku ini ialah amalan memakan roti canai pada waktu malam sebenarnya telah wujud sejak dahulu lagi dan kekal sehingga kini. Saya sering menyatakan bahawa pada lewat tahun 1980an sahaja budaya melepak di kedai mamak pada waktu malam sambil menikmati roti canai mula menjadi kegemaran kebanyakan masyarakat Malaysia. Namun andaian saya itu salah kerana menurut cikgu Maaruf beliau pernah mencuri keluar dari maktab pada waktu malam hanya kerana ingin menikmati dua keping roti canai panas yang diletak dalam sebuah piring lengkung. Tidak pula dinyatakan dimana letaknya kedai roti tersebut yang cuma dinyatakan terletak di lorong belakang pekan Tanjong Malim.
Zaman Jepun
Kisah-kisah yang berlaku pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu diceritakan dengan begitu baik oleh Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud. Sebagai orang muda ketika itu, beliau antara saksi-saksi yang boleh dianggap begitu berkualiti dalam menceritakan setiap saat dan keadaan sosial masyarakat dalam menghadapi situasi penjajahan Jepun.
Betapalah ketika itu dalam suasana yang masih belum dipengaruhi oleh teknologi terkini seperti media sosial, khabar-khabar angin begitu mudah mempengaruhi masyarakat sehinggakan merubah sifat dan tingkah laku manusia. Rasa ketidakpercayaan dan kecurigaan semakin meninggi ketika itu malahan ramai yang sanggup mati demi menjaga perut. Begitulah andaian awal yang diberikan oleh cikgu Maaruf Mahmud dalam memperihalkan seksa hidup di zaman Jepun.
Turut disingkap dalam autobiografi ini ialah sikap segelintir masyarakat yang dilihat acuh tidak acuh dengan latihan perang yang dijalankan oleh pihak penjajah British sebagai persediaan dalam menghadapi perang.
Kubu-kubu simen bawah tanah banyak dibina oleh pihak askar Inggeris dan orang awam sejak tahun 1940 lagi. Namun sesetengah orang awam menjadikan pula kubu-kubu itu sebagai tempai membuang sampah sarap dan najis sehingga kubu-kubu itu menjadi kotor. Ada juga pasangan muda -mudi yang menjadikan kubu tersebut sebagai tempat melepaskan nafsu. Ternyata apa yang digarap oleh cikgu Maaruf pada masa itu masih kekal dalam senario masyarakat pada hari ini yang dilihat masih juga tidak menghargai segala kemudahan awam yang dibina oleh kerajaan. Kita sebenarnya masih ketinggalan dalam pemahaman sivik jika dibandingkan dengan masyarakat negara lain.

Sebuah bunker atau kubu peninggalan perang dunia kedua
Ketika Jepun mula mendarat di Tanah Melayu keadaan sudah semakin kacau bilau. Kapal-kapal terbang Jepun juga sudah mula kelihatan di langit terbuka. Kubu-kubu yang dahulunya dijadikan tempat pembuangan najis mula dipenuhi oleh manusia yang cuba mendapatkan perlindungan. Lebih aneh lagi terdapat juga orang-orang kaya yang menjadikan kubu-kubu itu seolah-olah hak mereka dengan menyumbatkan segala harta benda benda mereka kedalamnya sehingga timbul pula semacam pergaduhan dalam mendapatkan hak menduduki kubu-kubu berkenaan.
Keadaan bandar Kuala Lumpur begitu lengang dengan perompak-perompak mengambil kesempatan merompak kedai-kedai yang telah ditinggalkan. Rompakan tidak juga berlaku di kedai-kedai malahan merebak ke pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan hospital. Norma etika masyarakat menjadi begitu merudum dan inilah sebenarnya sejarah pahit yang perlu kita kenang selalu betapa perang merosakkan segalanya.
Tidak dinafikan ketika itu ramai muda mudi begitu terpengaruh dengan perjuangan Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) yang diasaskan oleh Ibrahim Yaakob dan Mustapha Hussain. Salah seorang yang turut terlibat dengan perjuangan KMM ini ialah cikgu Maaruf. Beberapa kali juga beliau hampir ditangkap oleh polis penjajah British akibat penyertaannya ke dalam KMM.
Kehadiran murid ke sekolah juga semakin merosot. Perkhidmatan kesihatan tidak dijalankan dengan sempurna dan banyak pesakit yang dibiarkan sakit menunggu maut. Namun kegiatan berjudi tidak pula semakin surut malahan semakin berleluasa pula terutama judi lumba kuda. Ada cerita lucu yang sempat dikongsi oleh Allahyarham berkaitan dengan judi lumba kuda ini. Mungkin boleh kita kongsikan bersama.
Di Jalan Ampang ketika itu terdapat sebuah padang lumba kuda yang dibina oleh penjajah Inggeris. Walaupun sudah bertukar kepada era Jepun, kegiatan berjudi dan bertaruh melalui perlumbaan lumba kuda tetap juga meriah malahan menjadi lebih besar. Tentera Jepun yang terkenal dengan disiplin yang tinggi tidak dibenarkan bertaruh sebaliknya hanya dibenarkan menonton sahaja perlumbaan lumba kuda berkenaan. Namun bagi tentera yang kaki judi, manalah boleh ditahan kehendak diri maka salah satu cara yang digunakan untuk bertaruh ialah menggunakan orang tengah.
Desakan hidup semasa zaman Jepun membuatkan cikgu Maaruf terlibat dengan urusan menjadi orang tengah dalam pertaruhan lumba kuda ini. Selain itu kefasihannya dalam bahasa Jepun membantu beliau untuk berhubung dengan askar-askar Jepun yang kemaruk berjudi. Caranya adalah menemui askar Jepun berkenaan dan bertanya pilihan kuda yang akan menjadi kuda taruhannya. Setelah itu, cikgu Maaruf akan berjumpa pula dengan rakannya yang bernama Jumali yang juga merupakan seorang joki ( penunggang kuda ). Jumali ini pula akan meneliti kuda yang dipilih oleh askar Jepun berkenaan dan pastinya beliau mengetahui sejauh mana kehandalan kuda tersebut.
Jika kuda pilihan pertaruhan askar Jepun tersebut adalah kuda yang diyakini boleh menang maka cikgu Maaruf perlulah membeli tiket pertaruhan seperti yang diminta oleh askar Jepun tersebut. Namun jika pilihan kuda adalah dari jenis yang tidak boleh menang ( atas nasihat Jumali ) maka cikgu Maaruf perlulah tidak membeli tiket pertaruhan dan menyimpan duit yang diberi oleh askar Jepun berkenaan. Ini bermakna kita boleh mendapat duit secara percuma.
Pada permulaannya, semuanya berlaku dengan baik. Namun akhirnya berlaku pula permasalahan apabila kuda yang dikatakan Jumali tidak boleh menang secara tiba-tiba menang dalam perlumbaan tersebut sedangkan cikgu Maaruf tidak pula membeli tiket pertaruhan seperti yang diminta oleh askar Jepun berkenaan kerana percaya kepada kata-kata Jumali yang kuda berkenaan tidak boleh menang.
Mahu tidak mahu cikgu Maaruf dan Jumali terpaksa berlari menyelamatkan diri dari amukan askar Jepun itu tadi. Namun secara positifnya ialah saya melihat betapa orang-orang Melayu itu sebenarnya kaya dengan tipu muslihat. Kehebatan orang-orang Jepun dalam berperang dapat ditundukkan dengan pertaruhan dan tipu muslihat. Sekurang-kurangnya cikgu Maaruf berjaya juga menewaskan seorang askar Jepun walaupun dengan caranya yang tersendiri.
Kisah Almarhum Sultan Azlan Shah Yang Menghormati Guru
Salah seorang murid kepada cikgu Maaruf Mahmud ialah Almarhum Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff ( Sultan Perak ke-34 ). Menurut cikgu Maaruf Mahmud, almarhum Sultan Azlan Shah ialah seorang pelajar yang begitu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum malahan cikgu Maaruf sendiri pernah tewas dalam perlumbaan lumba lari dengan almarhum baginda. Turut dicatatkan disini ialah almarhum Sultan Azlan Shah pernah mencatatkan masa bawah dari 10 saat dalam acara larian 100 ela. Pada saya, inilah catatan sejarah besar yang membanggakan saya sebagai rakyat Perak yang pernah bernaung di bawah pemerintahan baginda. Semoga roh almarhum Sultan Azlan Shah dicucuri rahmat. Al-Fatihah untuk baginda.
Cikgu Maaruf Mahmud sangat bernostalgia dengan Almarhum Sultan Azlan Shah yang menurutnya seorang pelajar yang sangat menghormati guru. Menurutnya lagi sifat rendah diri Almarhum Sultan Azlan terserlah dengan rela bersama-sama rakan penuntut yang lain bertanam ubi kayu.
Seringkali kereta Almarhum Sultan Azlan Shah memintas kereta cikgu Maaruf dan berhanti di tepi jalan hanya semata-mata untuk bertanya khabar gurunya Cikgu Maaruf Mahmud. Alangkah bertuahnya seorang guru apabila sentiasa diingati oleh muridnya sendiri dan alangkah mulianya hati almarhum Sultan Azlan Shah yang dengan rendah dirinya tetap menghormati gurunya walaupun telah menjadi seorang Ketua Hakim Negara dan seorang Sultan yang ternama.
Penutup
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang menarik yang boleh dikongsikan bersama apabila membaca buku ini. Namun cukuplah setakat ini yang termampu untuk saya ulas dan kongsikan bersama pembaca budiman. Mungkin buku ini bukanlah jenisan buku yang laris di pasaran. Tetapi percayalah, ia adalah satu koleksi yang cukup hebat dalam memerihalkan sejarah negara kita dari kaca mata seorang guru tua seperti Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud.
Beliau tidak menulis buku ini dengan imaginasi sebaliknya memerihalkan sesuatu perkara itu dengan fakta dan bahasa yang mudah serta berkesan. Segala kenangan-kenangan lalu dikutipnya dengan cermat dan dipersembahkan dengan sistematik.
Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud mungkin bukan nama besar dalam khazanah sastera negara kita. Tetapi sumbangannya terhadap perkembangan sastera kanak-kanak sangatlah mengagumkan. Jika tidak silap saya beliau antara penulis kelahiran Selangor yang sangat penting sebaris dengan SN Anwar Ridhwan dan SN Kemala. Secara peribadi saya lebih beranggapan, cikgu Maaruf Mahmud lebih terserlah jika dibandingkan dengan dua nama besar itu tadi atas alasan kekuatan novel "Anak Din Biola" , walaupun ianya hanya sebuah novel remaja.
Cikgu Maaruf Mahmud pulang ke Rahmatullah pada tanggal 27 September tahun 2000 dalam usia 80 tahun. Sudah 15 tahun beliau meninggalkan kita namun segala hasil penulisannya akan tetap segar dalam ingatan kita. InsyaAllah kita juga akan menyusulnya nanti.
Allahyarham Ibrahim Yacob
Allahyarham Mustapha Hussain
Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud sangat bertuah kerana beliau tetap juga menjadi seorang cikgu ketika zaman penjajahan Jepun. Secara tidak langsung buku autobiografi ini dapat juga sedikit sebanyak merungkai dan menerangkan sistem dan sejarah pendidikan negara kita semasa penjajahan Jepun. Sebenarnya agak sukar bagi kita untuk mengetahui senario pendidikan negara kita semasa penjajahan Jepun akibat kurangnya penulisan sejarah yang berkaitan.
Kehadiran murid ke sekolah juga semakin merosot. Perkhidmatan kesihatan tidak dijalankan dengan sempurna dan banyak pesakit yang dibiarkan sakit menunggu maut. Namun kegiatan berjudi tidak pula semakin surut malahan semakin berleluasa pula terutama judi lumba kuda. Ada cerita lucu yang sempat dikongsi oleh Allahyarham berkaitan dengan judi lumba kuda ini. Mungkin boleh kita kongsikan bersama.
Di Jalan Ampang ketika itu terdapat sebuah padang lumba kuda yang dibina oleh penjajah Inggeris. Walaupun sudah bertukar kepada era Jepun, kegiatan berjudi dan bertaruh melalui perlumbaan lumba kuda tetap juga meriah malahan menjadi lebih besar. Tentera Jepun yang terkenal dengan disiplin yang tinggi tidak dibenarkan bertaruh sebaliknya hanya dibenarkan menonton sahaja perlumbaan lumba kuda berkenaan. Namun bagi tentera yang kaki judi, manalah boleh ditahan kehendak diri maka salah satu cara yang digunakan untuk bertaruh ialah menggunakan orang tengah.
Gelanggang lumba kuda Jalan Ampang suatu ketika dahulu.
Kini gelanggang lumba kuda itu sudah tidak lagi wujud dan ditapaknya
telah dibina Menara Berkembar Petronas.
Desakan hidup semasa zaman Jepun membuatkan cikgu Maaruf terlibat dengan urusan menjadi orang tengah dalam pertaruhan lumba kuda ini. Selain itu kefasihannya dalam bahasa Jepun membantu beliau untuk berhubung dengan askar-askar Jepun yang kemaruk berjudi. Caranya adalah menemui askar Jepun berkenaan dan bertanya pilihan kuda yang akan menjadi kuda taruhannya. Setelah itu, cikgu Maaruf akan berjumpa pula dengan rakannya yang bernama Jumali yang juga merupakan seorang joki ( penunggang kuda ). Jumali ini pula akan meneliti kuda yang dipilih oleh askar Jepun berkenaan dan pastinya beliau mengetahui sejauh mana kehandalan kuda tersebut.
Jika kuda pilihan pertaruhan askar Jepun tersebut adalah kuda yang diyakini boleh menang maka cikgu Maaruf perlulah membeli tiket pertaruhan seperti yang diminta oleh askar Jepun tersebut. Namun jika pilihan kuda adalah dari jenis yang tidak boleh menang ( atas nasihat Jumali ) maka cikgu Maaruf perlulah tidak membeli tiket pertaruhan dan menyimpan duit yang diberi oleh askar Jepun berkenaan. Ini bermakna kita boleh mendapat duit secara percuma.
Pada permulaannya, semuanya berlaku dengan baik. Namun akhirnya berlaku pula permasalahan apabila kuda yang dikatakan Jumali tidak boleh menang secara tiba-tiba menang dalam perlumbaan tersebut sedangkan cikgu Maaruf tidak pula membeli tiket pertaruhan seperti yang diminta oleh askar Jepun berkenaan kerana percaya kepada kata-kata Jumali yang kuda berkenaan tidak boleh menang.
Mahu tidak mahu cikgu Maaruf dan Jumali terpaksa berlari menyelamatkan diri dari amukan askar Jepun itu tadi. Namun secara positifnya ialah saya melihat betapa orang-orang Melayu itu sebenarnya kaya dengan tipu muslihat. Kehebatan orang-orang Jepun dalam berperang dapat ditundukkan dengan pertaruhan dan tipu muslihat. Sekurang-kurangnya cikgu Maaruf berjaya juga menewaskan seorang askar Jepun walaupun dengan caranya yang tersendiri.
Kisah Almarhum Sultan Azlan Shah Yang Menghormati Guru
Salah seorang murid kepada cikgu Maaruf Mahmud ialah Almarhum Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff ( Sultan Perak ke-34 ). Menurut cikgu Maaruf Mahmud, almarhum Sultan Azlan Shah ialah seorang pelajar yang begitu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum malahan cikgu Maaruf sendiri pernah tewas dalam perlumbaan lumba lari dengan almarhum baginda. Turut dicatatkan disini ialah almarhum Sultan Azlan Shah pernah mencatatkan masa bawah dari 10 saat dalam acara larian 100 ela. Pada saya, inilah catatan sejarah besar yang membanggakan saya sebagai rakyat Perak yang pernah bernaung di bawah pemerintahan baginda. Semoga roh almarhum Sultan Azlan Shah dicucuri rahmat. Al-Fatihah untuk baginda.
Cikgu Maaruf Mahmud sangat bernostalgia dengan Almarhum Sultan Azlan Shah yang menurutnya seorang pelajar yang sangat menghormati guru. Menurutnya lagi sifat rendah diri Almarhum Sultan Azlan terserlah dengan rela bersama-sama rakan penuntut yang lain bertanam ubi kayu.
Seringkali kereta Almarhum Sultan Azlan Shah memintas kereta cikgu Maaruf dan berhanti di tepi jalan hanya semata-mata untuk bertanya khabar gurunya Cikgu Maaruf Mahmud. Alangkah bertuahnya seorang guru apabila sentiasa diingati oleh muridnya sendiri dan alangkah mulianya hati almarhum Sultan Azlan Shah yang dengan rendah dirinya tetap menghormati gurunya walaupun telah menjadi seorang Ketua Hakim Negara dan seorang Sultan yang ternama.
Penutup
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang menarik yang boleh dikongsikan bersama apabila membaca buku ini. Namun cukuplah setakat ini yang termampu untuk saya ulas dan kongsikan bersama pembaca budiman. Mungkin buku ini bukanlah jenisan buku yang laris di pasaran. Tetapi percayalah, ia adalah satu koleksi yang cukup hebat dalam memerihalkan sejarah negara kita dari kaca mata seorang guru tua seperti Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud.
Beliau tidak menulis buku ini dengan imaginasi sebaliknya memerihalkan sesuatu perkara itu dengan fakta dan bahasa yang mudah serta berkesan. Segala kenangan-kenangan lalu dikutipnya dengan cermat dan dipersembahkan dengan sistematik.
Allahyarham Cikgu Maaruf Mahmud mungkin bukan nama besar dalam khazanah sastera negara kita. Tetapi sumbangannya terhadap perkembangan sastera kanak-kanak sangatlah mengagumkan. Jika tidak silap saya beliau antara penulis kelahiran Selangor yang sangat penting sebaris dengan SN Anwar Ridhwan dan SN Kemala. Secara peribadi saya lebih beranggapan, cikgu Maaruf Mahmud lebih terserlah jika dibandingkan dengan dua nama besar itu tadi atas alasan kekuatan novel "Anak Din Biola" , walaupun ianya hanya sebuah novel remaja.
Cikgu Maaruf Mahmud pulang ke Rahmatullah pada tanggal 27 September tahun 2000 dalam usia 80 tahun. Sudah 15 tahun beliau meninggalkan kita namun segala hasil penulisannya akan tetap segar dalam ingatan kita. InsyaAllah kita juga akan menyusulnya nanti.
AL-FATIHAH
UNTUK
ALLAHYARHAM CIKGU MAARUF MAHMUD
1 ulasan:
Bole saya dapatkan email pemilik blog ni (hafiz j malik) utk pencerahan...?
Post a Comment