Di Kapit ini hati mudah menjadi sayu jika tidak tahu membawa diri sendiri. Jarak yang jauh dan kehidupan lama di kampung halaman kadang kala bisa membuat mata ini berair merah. Ditambah pula dengan diri saya sendiri yang masih belum pulih sepenuhnya dari kekecewaan lalu. Namun jika tahu membawa diri dengan aliran penduduk Kapit ini maka satu keseronokan pula yang akan timbul. Pertembungan budaya menjadikan kami bertambah erat dalam kepelbagai kaum dan etnik. Dalam diam saya mula jatuh cinta dengan Sarawak dan penduduknya. Perpaduan terlukis indah di sini.
Hari ini saya menjadi terlalu sibuk dengan aktiviti - aktiviti sekolah dan berlibur dengan teman - teman. Pada pagi tadi telah berlangsung Kejohanan Jogathon SMK Kapit anjuran Lembaga Pengawas SMK Kapit. Saya bertugas sebagai marshal mengiringi pelajar yang berlari. Terdapat beberapa aktiviti sampingan lain yang dijalankan seperti jualan makanan dan minuman, cuci kereta dan motosikal guru serta cabutan bertuah. Secara umumnya program ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya iaitu mencari dana tambahan bagi lembaga pengawas SMK Kapit.
Pelajar berkumpul sebelum memulakan larian jogathon
Taklimat keselamatan disampaikan oleh Cikgu Kiu Toh Seng
Peserta dilepaskan oleh Tuan Pengetua SMK Kapit,
Encik Ananthan A/L Subramaniam.
"Agi Idup Agi Ngelaban"
Salah satu aktiviti sampingan bagi menambahkan dana Lembaga Pengawas,
mencuci kenderaan guru.
Tahniah kepada Lembaga Pengawas SMK Kapit yang telah berjaya menagnjurkan kejohanan ini. Semoga acara seperti ini dapat dianjurkan pada masa yang akan datang. Pada sebelah petangnya pula saya dan rakan - rakan serumah merancang untuk memasak pansuh. Pansuh ialah sejenis masakan yang terkenal bagi orang Iban khasnya di Kapit. Rasanya sedap dan ianya dimasak didalam buluh. Bagi mereka yang pertama kali merasa hidangan pansuh ini sudah pasti akan jatuh cinta dengan keenakannya. Pada petang ini kami memasak pansuh ayam dan iakan jelawat.
Orang yang paling "expert" dalam hal ehwal memasak pansuh ini sudah semestinya Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kapit iaitu Cikgu Kuiek Bon Siau. Beliau sendiri yang menyediakan ramuan untuk menghasilkan pansuh ini. Saya sendiri masih belajar sedikit demi sedikit berkaitan ilmu memasak pansuh ini dari beliau. Mungkin boleh dibawa ke semenanjung nanti siapalah yang tahu....
Kaedah memasak pansuh sama dengan cara membakar lemang
Hafez J.Malim sedang menunjukkan "keterroran" beliau.
Memang berselera sekali menjamu selera bersama teman - teman di rumah. Terasa keseronokan bila bersama dengan teman - teman menikmati hari - hari yang indah ini. Di sini kami bersatu dalam kepelbagaian bangsa dan agama. Walaupun letih namun semuanya bagai tidak terasa.
Beginilah hidangan pansuh yang sudah siap dimasak
Bersama teman - teman guru menikmati suatu masa yang indah.
Seharian di Kapit membuatkan hati menjadi tenang. Ia membuatkan diri lupa pada kekecewaan diri tentang percaturan hidup yang tidak menjadi. Sekurang-kurangnya di sini saya punya teman yang sentiasa membuat diri rasa kuat dan bersemangat. Bila jauh dirantauan ini, segala yang bermain di hati boleh menjadi racun. Setiap harapan yang terbina disini biarlah terus hidup dan subur di jiwa. BIAR HATI JAUH MENGENANG... SAYANG KU MASIH TETAP DI SINI !!!!!
0 ulasan:
Post a Comment