Kedai Buku Yang Menyerikan Sukma
Sudah lama sebenarnya buku ini berada didalam simpanan saya. Saya membelinya di sebuah kedai buku yang menjadi wakil jualan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) di bandar Batu Pahat. Melonjak girang saya apabila pertama kali terpandang papan tanda kedai buku ini hingga membuatkan isteri saya kehairanan. Jawapan saya padanya senang sahaja .... sudah pasti saya mudah mendapatkan koleksi buku terbaru terbitan DBP sekiranya gian membaca saya datang. Membaca sememangnya hobi saya sejak dari kecil lagi. Jadi adalah tidak menghairankan saya tidak akan lokek menabur duit untuk mendapatkan buku-buku yang menjadi kegilaan diri saya !.

Isteri saya yang agaknya tidak kuasa melayan permintaan saya untuk ke kedai buku berkenaan terus sahaja membawa saya singgah ke kedai berkenaan. Ah ... terasa bahagia memiliki isteri yang memahami setiap denyut nadi pemikiran saya. Saya tidak terus masuk ke kedai ini sebaliknya meninjau-ninjau dahulu keadaannya dari luar. Nampaknya banyak juga koleksi yang terdapat di kedai buku ini. Saya mengajak isteri saya masuk ke dalam dan beliau menurutinya. Terliur juga saya apabila terpandang koleksi buku yang terdapat di kedai ini. Walaupun sebuah kedai kecil namun jenisan buku yang dijual disini adalah begitu lengkap. Ini ditambah dengan peranannya sebagai wakil jualan DBP, maka adalah tidak menghairankan jika buku-buku yang sukar didapati juga boleh dijumpai disini asalkan pandai mencari.
Saya meminati buku-buku bebentuk biografi atau autobiografi tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Selain itu, saya juga turut meminati buku-buku yang menyingkap berkenaan dengan sejarah Malaysia. Hal ini mungkin berkait rapat dengan minat saya terhadap ilmu sejarah terutamanya yang berkaitan dengan ketamadunan Melayu.
Saya juga gemar membaca novel namun ianya lebih terarah kepada novel bergenre berat seperti karya sasterawan negara ataupun penulis mapan. Sejujurnya, saya tidak pernah mencuba langsung membaca novel-novel ringan dan picisan yang membicarakan soal cinta walaupun sesetengah rakan-rakan begitu berminat membacanya. Pada saya membaca novel bergenre berat memberikan saya suatu kenikmatan kerana terdapat unsur estetika dan keintelektualan didalamnya. Ia juga menjadi cerminan masyarakat yang sebenar-benarnya. Antara sasterawan besar yang benar- benar mempengaruhi pembacaan saya ialah Sasterawan Negara Abdullah Hussain dan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sehingga kini saya masih boleh membaca karya mereka berulang kali tanpa jemu. Karya mereka padat dengan ilmu dan jati diri keMelayuan yang tinggi.

SN Abdullah Hussain
Saya melilau di dalam kedai buku ini untuk mencari buku yang kena dengan citarasa saya. Isteri saya pula lebih selesa membiarkan saya tenggelam dengan dunia saya sendiri. Terdapat beberapa buah buku yang saya rasa begitu kena dengan cita rasa saya namun sayangnya saya tidak membawa ongkos yang banyak. Akhirnya, saya memilih sebuah buku yang lebih bersifat akademik hasil tulisan Allahyarham Rustam A.Sani. Ia bukan sebuah buku biografi, sejarah ataupun novel. Sebaliknya ia sebuah buku yang mengandungi koleksi esei ilmiah Rustam A.Sani yang diterbitkan antara tahun 1988 hingga 1993 di dalam majalah Dewan Masyarakat terbitan DBP.
Rustam A.Sani yang dilahirkan di Ipoh Perak pada tanggal 11 Ogos 1944 akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 64 tahun di Gombak pada tanggal 23 April 2008. Saya mengetahui pemergiaannya menerusi internet. Sehinggalah 4 tahun pemergian beliau, barulah kini saya dapat membaca koleksi tulisannya sebelum tahun 1999 menerusi buku ini. Benarlah kata pepatah "harimau mati meningglkan belang..manusia mati meninggalkan nama". Rustam A.Sani tetap dikenang sebagai seorang tokoh intelektual bangsa Malaysia sampai bila-bila.
Tinta Rustam A.Sani Yang Hebat !
Pertama kali membaca buku ini ibarat mengembalikan diri semula ke zaman-zaman transisi Malaysia ke arah negara maju di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika tahun 1988 sehingga 1993, saya masih lagi menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak dan semestinya tidak memahami isu, peristiwa atau permasalahan rakyat yang berlaku di negara itu. Membaca buku ini memberikan saya kefahaman baru berkenaan perbagai perkara yang selama ini dianggap sebagai hal yang remeh.
Buku ini menghimpunkan sejumlah 48 buah artikel Rustam A.Sani yang dimuatkan dalam majalah Dewan Masyarakat dari tahun 1988 sehingga ke tahun 1993. Keseluruhan 48 buah artikel ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 yang mengandungi 28 artikel berkenaan dengan perkara sosial dan budaya. Bahagian 2 pula adalah artikel-artikel yang menyentuh berkenaan soal politik dan negara yang berjumlah 20 buah.
Isu-isu yang dikupas oleh Rustam A.Sani sebenarnya sangat lekat dalam kehidupan masyarakat malahan terus relevan hingga kini seperti isu dilema orang Melayu, hal-hal sastera, kehidupan masyarakat kota, institusi keluarga, bahasa, pendidikan, hubungan diplomatik dengan negara tetangga, nasionalis dan pelbagal hal lain. Beliau bagaikan merentas zaman apabila mengulas dengan berhemah dan bijaksana tentang sesuatu isu yang pada zamannya bukanlah satu isu yang besar namun menjadi isu yang besar pada hari ini. Sebagai contoh ialah berkenaan dengan tafsiran sejarah kepada tokoh-tokoh Melayu yang menjadi penggerak Partai Komunis Malaya ( PKM ) yang hangat diperdebatkan baru-baru ini sebenarnya telah diulas oleh Rustam A.Sani melalui artikelnya yang berjudul "Shamsiah Fakeh dan Tafsiran Sejarah" yang tersiar di Dewan Masyarakat keluaran Mei 1991 atau 21 tahun yang lalu.
Beberapa isu hangat yang berlaku ketika pentadbiran Tun Mahathir juga diperjelaskan dengan begitu akademik. Antara yang menarik minat saya ialah berkenaan isu kekebalan institusi beraja yang berlaku dalam tahun 1992. Inilah kelebihan Rustam A.Sani dalam memberikan hujahan. Suatu ketika dahulu, saya menganggap isu pemansuhan kekebalan raja-raja ini merugikan orang Melayu sendiri namun apabila membaca artikel beliau yang bertajuk "Mematangkan Institusi Raja" ( Dewan Mayarakat, April 1992 ), saya menjadi lebih jelas kenapa dan mengapa perlunya kekebalan ini dikurangkan.
Soal Melayu juga menjadi hal yang sangat dominan dalam penulisan artikel-artikel beliau. Terdapat lapan tajuk artikel dalam buku iniyang mengandungi frasa Melayu. Jadi adalah tidak adil untuk menyatakan Rustam ialah seorang sosialis kerana jauh sebelum perjalanan politiknya dalam PRM beliau adalah seorang yang berjiwa nasionalis malah salah sebuah artikel beliau berjudul "Nasionalisme Melayu" juga pernah disiarkan di dalam Dewan Masyarakat keluaran November 1992.
Namun demikian, seperti yang tertulis di atas tadi, buku ini lebih terarah kepada pemikiran Rustam A.Sani ketika dan sebelum beliau menjadi aktivis politik. Buku ini adalah cerminan penghormatan masyarakat terhadap keintelektual beliau tanpa menjejaskan pegangan politik yang didokongnya. Ia sesuai dibaca oleh semua ahli golongan masyarakat tanpa mengira fahaman politik kerana apa yang terkandung di dalamnya ialah satu suara bebas yang penuh fakta, jitu dan berkualiti. Saya mengakui sedikit sebanyak saya agak terpengaruh dengan tulisan-tulisannya walaupun sesekali saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu isu yang diperbincangkan.
Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini diterbitkan pada tahun 2011 dan berharga RM30. Kata pengantar buku ini ditangani oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin iaitu Pengarah Institut Kajian Etnik ( KITA ), Universiti Kebangsaan Malaysiua ( UKM ). Pada akhir kata pengantarnya, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan :
Rujukan :
Baharuddin Zainal, Safian Hussain, Sarah Sadon, A.M Thani, Wajah ( Biografi 100 Penulis ), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981.
Rustam A.Sani, Tinta Rustam A.Sani , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2011
http://en.wikipedia.org/wiki/Rustam_Sani
http://www.tentang-rustam.blogspot.com/
http://www.karya-merdeka.blogspot.com/
http://farihinzul1974.blogspot.com/2012/02/isu-kenegaraan-kekebalan-raja-raja.html
Siapa Rustam A.Sani ?
Allahyarham Rustam A.Sani
Sebenarnya saya agak bertuah kerana sedari remaja lagi saya sudah mendengar nama susuk tubuh yang bernama Rustam A.Sani ini. Rasanya kali pertama saya mendengar nama ini ialah ketika saya mula berjinak-jinak mencari fahaman atau ideologi politik kepartian yang sesuai dengan diri. Kebetulan pada ketika itu Rustam A.Sani ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia ( PRM ) yang dikatakan kesinambungan dari Parti Sosialis Rakyat Malaya ( PSRM ), jadi secara tidak langsung nama Rustam A.Sani agak lekat di pemikiran saya. Tambahan pula beliau adalah putera kepada Allahyarham Ahmad Boestamam yang merupakan salah seorang patriot nasionalis kemerdekaan Malaysia.
Rustam A.Sani sebenarnya merupakan seorang tokoh intelektual dan akademik yang hebat. Sepanjang hidupnya beliau seringkali menghasilkan penilisan-penulisan ilmiah yang bersifat ilmiah dan lontaran idea. Namun demikian seperti juga ayahandanya, beliau juga berupaya menghasilkan karya-karya sastera yang berkualiti terutamanya dalam bidang puisi. Salah sebuah buku kumpulan puisinya yang terkenal berjudul Riak-riak Kecil yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1977. Selain itu beliau juga memberi sumbangan besar menerusi peranannya sebagai seorang penterjemah karya-karya kreatif dari negara asing yang seterusnya memberi faedah yang bukan sedikit kepada pembaca di Malaysia untuk mengikuti karya-karya yang bermutu dari luar negara. Maka tidak hairahlah namanya turut tersenarai dalam buku WAJAH yang menghimpunkan biografi 100 penulis terkenal tanah air yang diterbitkan pada tahun 1981.
Keterlibatan beliau di dalam politik juga agak lewat walaupun dilahirkan sebagai anak jagoan politik Malaysia. Ini mungkin berkait rapat dengan kegiatannya sebagai seorang intelektual dalam kalangan masyarakat. Malahan ketika menjadi Pengarah Penerbitan dan Ketua Editor di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, beliau dilihat sebagai salah seorang pemikir yang memainkan peranan yang amat besar dalam memberikan komentar terhadap dasar atau perkara baru yang cuba dijalankan oleh kerajaan.
Parti Rakyat Malaysia ( PRM )
Penyertaannya di dalam Parti Rakyat Malaysia ( PRM ) pada tahun 1999 ibarat seperti" sireh pulang ke gagang". Hal ini adalah kerana PRM yang ditubuhkan pada tahun 1955 adalah diasaskan oleh ayahanda beliau sendiri iaitu Ahmad Boestamam. Beliau sempat menjadi naib presiden parti ini sebelum PRM bergabung dengan parti keADILan bagi membentuk Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) sehingga kini.
Keterlibatan Rustam A.Sani di dalam politik kepartian membuka pula satu segmen baru kepada beliau di dalam bidang penulisan. Mengikut Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin di dalam kolum kata pengantar buku Tinta Rustam A. Sani yang menyatakan :
" Pada tahun 1999 dan selepasnya, seperti yang disebut sebentar tadi, apa yang dihasilkan beliau ( Rustam A.Sani ) tidak lagi atas tuntutan akademik, sebagai seorang pensyarah universiti atau sebagai seorang penyelidik di sebuah pusat pengajian ilmiah di universiti. Secara sedar dan terbuka beliau menulis untuk kepentingan ideologi politik kepartian yang diperjuangkannya ".Namun sesuatu yang mengujakan ialah, kehebatan penulisan beliau ( walaupun bersifat politik ) masih juga bersifat intelektual sehingga ia memberikan satu peluru yang sangat berkesan bagi parti politik dokongannya mencabar parti lawan.
Rustam A.Sani yang dilahirkan di Ipoh Perak pada tanggal 11 Ogos 1944 akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 64 tahun di Gombak pada tanggal 23 April 2008. Saya mengetahui pemergiaannya menerusi internet. Sehinggalah 4 tahun pemergian beliau, barulah kini saya dapat membaca koleksi tulisannya sebelum tahun 1999 menerusi buku ini. Benarlah kata pepatah "harimau mati meningglkan belang..manusia mati meninggalkan nama". Rustam A.Sani tetap dikenang sebagai seorang tokoh intelektual bangsa Malaysia sampai bila-bila.
Tinta Rustam A.Sani Yang Hebat !
Pertama kali membaca buku ini ibarat mengembalikan diri semula ke zaman-zaman transisi Malaysia ke arah negara maju di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika tahun 1988 sehingga 1993, saya masih lagi menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak dan semestinya tidak memahami isu, peristiwa atau permasalahan rakyat yang berlaku di negara itu. Membaca buku ini memberikan saya kefahaman baru berkenaan perbagai perkara yang selama ini dianggap sebagai hal yang remeh.
Buku ini menghimpunkan sejumlah 48 buah artikel Rustam A.Sani yang dimuatkan dalam majalah Dewan Masyarakat dari tahun 1988 sehingga ke tahun 1993. Keseluruhan 48 buah artikel ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 yang mengandungi 28 artikel berkenaan dengan perkara sosial dan budaya. Bahagian 2 pula adalah artikel-artikel yang menyentuh berkenaan soal politik dan negara yang berjumlah 20 buah.
Isu-isu yang dikupas oleh Rustam A.Sani sebenarnya sangat lekat dalam kehidupan masyarakat malahan terus relevan hingga kini seperti isu dilema orang Melayu, hal-hal sastera, kehidupan masyarakat kota, institusi keluarga, bahasa, pendidikan, hubungan diplomatik dengan negara tetangga, nasionalis dan pelbagal hal lain. Beliau bagaikan merentas zaman apabila mengulas dengan berhemah dan bijaksana tentang sesuatu isu yang pada zamannya bukanlah satu isu yang besar namun menjadi isu yang besar pada hari ini. Sebagai contoh ialah berkenaan dengan tafsiran sejarah kepada tokoh-tokoh Melayu yang menjadi penggerak Partai Komunis Malaya ( PKM ) yang hangat diperdebatkan baru-baru ini sebenarnya telah diulas oleh Rustam A.Sani melalui artikelnya yang berjudul "Shamsiah Fakeh dan Tafsiran Sejarah" yang tersiar di Dewan Masyarakat keluaran Mei 1991 atau 21 tahun yang lalu.
Beberapa isu hangat yang berlaku ketika pentadbiran Tun Mahathir juga diperjelaskan dengan begitu akademik. Antara yang menarik minat saya ialah berkenaan isu kekebalan institusi beraja yang berlaku dalam tahun 1992. Inilah kelebihan Rustam A.Sani dalam memberikan hujahan. Suatu ketika dahulu, saya menganggap isu pemansuhan kekebalan raja-raja ini merugikan orang Melayu sendiri namun apabila membaca artikel beliau yang bertajuk "Mematangkan Institusi Raja" ( Dewan Mayarakat, April 1992 ), saya menjadi lebih jelas kenapa dan mengapa perlunya kekebalan ini dikurangkan.
Soal Melayu juga menjadi hal yang sangat dominan dalam penulisan artikel-artikel beliau. Terdapat lapan tajuk artikel dalam buku iniyang mengandungi frasa Melayu. Jadi adalah tidak adil untuk menyatakan Rustam ialah seorang sosialis kerana jauh sebelum perjalanan politiknya dalam PRM beliau adalah seorang yang berjiwa nasionalis malah salah sebuah artikel beliau berjudul "Nasionalisme Melayu" juga pernah disiarkan di dalam Dewan Masyarakat keluaran November 1992.
Namun demikian, seperti yang tertulis di atas tadi, buku ini lebih terarah kepada pemikiran Rustam A.Sani ketika dan sebelum beliau menjadi aktivis politik. Buku ini adalah cerminan penghormatan masyarakat terhadap keintelektual beliau tanpa menjejaskan pegangan politik yang didokongnya. Ia sesuai dibaca oleh semua ahli golongan masyarakat tanpa mengira fahaman politik kerana apa yang terkandung di dalamnya ialah satu suara bebas yang penuh fakta, jitu dan berkualiti. Saya mengakui sedikit sebanyak saya agak terpengaruh dengan tulisan-tulisannya walaupun sesekali saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu isu yang diperbincangkan.
Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini diterbitkan pada tahun 2011 dan berharga RM30. Kata pengantar buku ini ditangani oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin iaitu Pengarah Institut Kajian Etnik ( KITA ), Universiti Kebangsaan Malaysiua ( UKM ). Pada akhir kata pengantarnya, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan :
Kita tahu pendirian Rustam sebelum tahun 1999, seperti terjelma dalam koleksi esei ini. Kita juga tahu perubahan pendirian Rustam selepas tahun 1999, seperti terjelma dalam tulisannya yang tidak termasuk dalam koleksi esei ini. Sebelum atau selepas 1999, Rustam tetap merupakan seorang penulis yang hebat dan disegani, biarpun kita tidak bersetuju dengan sebahagian ideologi dan idealisme beliau itu. Pepatah berkata " patah tumbuh hilang berganti" dan P.Ramlee pula telah mengeluh dengan lagunya " Di mana kan ku cari ganti.
Dalam kes Rustam nampaknya belum ada ganti, itu pun kalau ada, InsyaAllah ....Dan apabila saya membaca frasa akhir itu, diakui .... saya mengakuinya dengan bersungguh-sungguh !
AL-FATIHAH
UNTUK
RUSTAM A.SANI DAN AHMAD BOESTAMAM
Rujukan :
Baharuddin Zainal, Safian Hussain, Sarah Sadon, A.M Thani, Wajah ( Biografi 100 Penulis ), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981.
Rustam A.Sani, Tinta Rustam A.Sani , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2011
http://en.wikipedia.org/wiki/Rustam_Sani
http://www.tentang-rustam.blogspot.com/
http://www.karya-merdeka.blogspot.com/
http://farihinzul1974.blogspot.com/2012/02/isu-kenegaraan-kekebalan-raja-raja.html
1 ulasan:
assalamualaikum..
jika berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP dgn kadar diskaun menarik, sila email saifulnazaree@gmail.com. kadar diskaun menarik sah untuk belian tunai sahaja.
terima kasih
Post a Comment